Kitab Suci
Alma 48


Bab 48

Amalikia menghasut bangsa Laman melawan bangsa Nefi—Moroni menyediakan bangsanya untuk membela perjuangan orang Kristian—Dia bersukacita dalam kemerdekaan dan kebebasan, dan dia pesuruh perkasa Tuhan. Kira-kira 72 tahun S.M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa, sebaik sahaja Amalikia telah mendapatkan kerajaan dia mula merangsangkan hati bangsa Laman menentang bangsa Nefi; ya, dia melantik orang lelaki untuk berbicara kepada bangsa Laman dari menara-menara mereka, menentang bangsa Nefi.

2 Dan demikianlah dia merangsangkan hati mereka menentang bangsa Nefi, sedemikian rupa sehingga pada penghujung tahun kesembilan belas zaman pemerintahan hakim-hakim, kerana dia telah mencapai rancangannya sejauh ini, ya, telah dijadikan raja atas bangsa Laman, dia berupaya juga untuk memerintah seluruh negeri, ya, dan semua orang yang berada di negeri itu, bangsa Nefi dan juga bangsa Laman.

3 Oleh itu dia telah mencapai rancangannya, kerana dia telah mengeraskan hati bangsa Laman dan membutakan fikiran mereka, dan menghasut mereka menjadi marah, sedemikian rupa sehingga dia telah mengumpulkan bersama sejumlah besar bala tentera untuk pergi bertempur melawan bangsa Nefi.

4 Kerana dia bertekad, kerana besarnya jumlah orangnya, untuk mengalahkan bangsa Nefi dan membawa mereka ke dalam perhambaan.

5 Dan demikianlah dia melantik para panglima autama daripada orang Zoram, mereka yang paling mengenali kekuatan bangsa Nefi, dan tempat-tempat perlindungan mereka, dan bahagian-bahagian yang paling lemah di kota-kota mereka; oleh itu dia melantik mereka untuk menjadi panglima utama atas tenteranya.

6 Dan terjadilah bahawa mereka membawa perkhemahan mereka, dan bergerak maju menuju negeri Zarahemla di padang belantara.

7 Sekarang, terjadilah bahawa sementara Amalikia telah demikian mendapatkan kekuasaan dengan penipuan dan perdayaan, Moroni, sebaliknya, telah amenyediakan fikiran bangsa itu untuk setia kepada Tuhan Raja mereka.

8 Ya, dia telah memperkuat tentera-tentera bangsa Nefi, dan mendirikan kubu-kubu kecil, atau tempat-tempat perlindungan; membangunkan benteng-benteng tanah di sekitarnya untuk mengurungkan tenteranya, dan juga membangunkan tembok-tembok batu untuk mengelilingi mereka, di sekitar kota-kota mereka dan sempadan-sempadan negeri mereka; ya, sekitar seluruh negeri itu.

9 Dan di kubu-kubu pertahanan mereka yang paling lemah dia tempatkan jumlah orang yang lebih banyak; dan demikianlah dia mengubui dan memperkuat negeri yang dikuasai oleh bangsa Nefi.

10 Dan demikianlah dia bersiap untuk amempertahan kemerdekaan mereka, negeri mereka, isteri-isteri mereka, dan anak-anak mereka, dan kedamaian mereka, dan agar mereka boleh hidup demi Tuhan Raja mereka, dan agar mereka boleh mempertahan apa yang dipanggil oleh musuh mereka perjuangan orang Kristian.

11 Dan Moroni seorang lelaki yang kuat dan perkasa; dia seorang lelaki yang memiliki apengertian yang sempurna; ya, lelaki yang tidak gemar akan pertumpahan darah; lelaki yang jiwanya bersukacita dalam kemerdekaan dan kebebasan negerinya, dan saudara-saudaranya daripada penawanan dan perhambaan;

12 Ya, seorang lelaki yang hatinya menggembung dengan kesyukuran kepada Tuhannya, untuk banyaknya hak istimewa dan berkat yang Dia limpahkan ke atas umat-Nya; seorang lelaki yang bekerja dengan amat keras demi akesejahteraan dan keselamatan bangsanya.

13 Ya, dan dia seorang lelaki yang teguh dalam iman kepada Kristus, dan dia telah abersumpah dengan sebuah sumpah untuk membela bangsanya, haknya, dan negerinya, dan agamanya, bahkan sampai hilangnya darahnya.

14 Sekarang, bangsa Nefi diajar untuk mempertahan diri mereka terhadap musuh mereka, bahkan sampai pertumpahan darah jika perlu; ya, dan mereka juga diajar untuk langsung atidak melakukan serangan ya, dan untuk jangan sekali-kali mengangkat pedang kecuali untuk melawan musuh, kecuali untuk melindung nyawa mereka.

15 Dan inilah iman mereka, bahawa dengan melakukan demikian Tuhan akan memakmurkan mereka di negeri itu, atau dengan kata-kata lain, jika mereka setia dalam mentaati perintah-perintah Tuhan maka Dia akan memakmurkan mereka di negeri itu; ya, memperingatkan mereka untuk melarikan diri, atau untuk bersiap untuk perang, menurut bahaya mereka;

16 Dan juga, bahawa Tuhan akan menyingkapkan kepada mereka ke mana hendaknya mereka pergi untuk mempertahan diri mereka melawan musuh mereka, dan dengan melakukan demikian, Tuhan akan membebaskan mereka; dan inilah iman Moroni, dan hatinya bermegah di dalamnya; abukan dalam pertumpahan darah tetapi dalam melakukan yang baik, dalam melindungi bangsanya, ya, dalam mentaati perintah-perintah Tuhan, ya, dan melawan kederhakaan.

17 Ya, sesungguh-sungguhnya aku berkata kepadamu, jika semua orang dahulu, dan sekarang, dan senantiasa, menyerupai Moroni, lihatlah, kekuatan neraka pun akan tergoncang selama-lamanya; ya, aiblis sama sekali tidak akan memiliki kuasa atas hati anak-anak manusia.

18 Lihatlah, dia seorang lelaki seperti Amon, putera Mosia, ya, dan bahkan para putera Mosia yang lain, ya, dan juga Alma dan para anak lelakinya, kerana mereka semua hamba Tuhan.

19 Sekarang, lihatlah, Helaman dan saudara-saudaranya tidak kurang bergunanya bagi umat daripada Moroni; kerana mereka mengkhutbahkan firman Tuhan, dan mereka membaptis untuk pertaubatan semua orang barang siapa akan mendengar perkataan-perkataan mereka.

20 Dan demikianlah mereka pergi, dan orang amerendahkan hati mereka kerana perkataan-perkataan mereka, sedemikian rupa sehingga mereka sangat bberkenan kepada Tuhan, dan demikianlah mereka bebas daripada peperangan dan perselisihan di kalangan mereka sendiri, ya, bahkan untuk tempoh masa empat tahun.

21 Tetapi, seperti yang telah aku katakan, pada penghujung tahun kesembilan belas, ya, tidak mengira kedamaian mereka di kalangan mereka sendiri, mereka terpaksa dengan keengganan bertempur melawan saudara-saudara mereka, bangsa Laman.

22 Ya, dan kesimpulannya, peperangan mereka tidak pernah berhenti untuk tempoh masa bertahun-tahun lamanya melawan bangsa Laman, tidak mengira keengganan mereka yang besar.

23 Sekarang, mereka amenyesal mengangkat senjata melawan bangsa Laman, kerana mereka tidak senang akan pertumpahan darah; ya, dan ini bukanlah semuanya—mereka menyesal menjadi sarana dalam menghantar sedemikian banyaknya saudara mereka keluar dari dunia ini ke suatu dunia abadi, tidak bersedia untuk menemui Tuhan mereka.

24 Walaupun demikian, mereka tidak dapat membiarkan penyerahan nyawa mereka, sehingga aisteri-isteri mereka dan anak-anak mereka akan dibunuh beramai-ramai oleh kekejaman gasar mereka yang dahulunya saudara-saudara mereka, ya, dan telah bmembelot daripada gereja mereka, dan telah meninggalkan mereka dan telah berniat untuk menghancurkan mereka dengan bergabung dengan bangsa Laman.

25 Ya, mereka tidak tahan bahawa saudara-saudara mereka akan bersukacita atas darah bangsa Nefi, selagi ada sesiapa pun yang akan mentaati perintah-perintah Tuhan, kerana janji Tuhan adalah, jika mereka akan mentaati perintah-perintah-Nya, mereka akan makmur di negeri itu.