Kitab Suci
Alma 40


Bab 40

Kristus mendatangkan kebangkitan semua orang—Orang mati yang soleh pergi ke firdaus dan yang jahat ke kegelapan luar untuk menunggu hari kebangkitan mereka—Segala sesuatu akan dipulihkan pada rangkanya yang semula jadi dan sempurna dalam Kebangkitan. Kira-kira 74 tahun S.M.

1 Sekarang, anakku, inilah sedikit lagi yang hendak aku katakan kepadamu; kerana aku berasa bahawa fikiranmu runsing berkenaan kebangkitan orang mati.

2 Lihatlah, aku berkata kepadamu, bahawa tidak ada kebangkitan—atau, aku hendak katakan, dengan perkataan-perkataan lain, bahawa yang fana ini tidak mengenakan akebaqaan, kereputan ini tidak bmengenakan ketidakreputan—csampai selepas kedatangan Kristus.

3 Lihatlah, Dia mendatangkan akebangkitan orang mati. Tetapi lihatlah, anakku, kebangkitan belumlah ada. Sekarang, aku membentangkan kepadamu suatu misteri; walaupun demikian, ada banyak bmisteri-misteri yang cdisimpan, agar tiada seorang pun mengetahuinya kecuali Tuhan sendiri. Tetapi aku memperlihatkan kepadamu satu hal yang telah aku tanyakan dengan tekun kepada Tuhan agar aku boleh tahu—iaitu berkenaan kebangkitan.

4 Lihatlah, ada waktu yang ditetapkan bahawa semua akan atampil dari yang mati. Sekarang, bila waktu ini datang tiada seorang pun tahu; tetapi Tuhan mengetahui waktu yang ditetapkan.

5 Sekarang, sama ada akan adanya satu waktu, atau waktu yang akedua, atau waktu yang ketiga, ketika manusia akan tampil dari yang mati, tidaklah penting; kerana Tuhan bmengetahui segala hal ini; dan cukuplah bagiku untuk mengetahui bahawa inilah keadaannya—bahawa ada waktu yang ditetapkan apabila semua akan bangkit dari yang mati.

6 Sekarang, mestilah perlu ada suatu tempoh antara waktu kematian dan waktu kebangkitan.

7 Dan sekarang, aku mahu bertanya apakah yang terjadi kepada ajiwa-jiwa manusia dari waktu kematian ini sampai waktu yang ditetapkan untuk kebangkitan?

8 Sekarang, sama ada terdapat lebih daripada satu waktu yang ditetapkan bagi manusia untuk bangkit tidaklah penting; kerana semua tidaklah mati pada waktu yang sama, dan ini tidaklah penting; semuanya itu bagaikan satu hari bagi Tuhan, dan waktu hanyalah diukurkan kepada manusia.

9 Oleh itu, ada waktu yang ditetapkan bagi manusia ketika mereka akan bangkit dari yang mati; dan ada suatu tempoh antara waktu kematian dan kebangkitan. Dan sekarang, berkenaan tempoh ini, apa yang terjadi dengan jiwa-jiwa manusia itulah apa yang telah aku tanyakan dengan tekun kepada Tuhan untuk tahu; dan inilah apa yang aku tahu.

10 Dan ketika waktunya tiba ketika semua akan bangkit, pada waktu itu akan mereka tahu bahawa Tuhan mengetahui segala awaktu yang ditetapkan bagi manusia.

11 Sekarang, berkenaan keadaan jiwa antara akematian dan kebangkitan—Lihatlah, telah disingkapkan kepadaku oleh seorang malaikat, bahawa roh semua orang, sebaik sahaja mereka pergi dari tubuh fana ini, ya, roh semua orang, sama ada mereka baik atau jahat, dibawa bpulang kepada Tuhan itu yang memberi mereka kehidupan.

12 Dan pada waktu itu akan terjadi, bahawa roh-roh mereka yang soleh diterima ke dalam keadaan akebahagiaan, yang dipanggil bfirdaus, suatu keadaan cistirahat, suatu keadaan dkedamaian, di mana mereka akan beristirahat daripada segala kesusahan mereka dan daripada segala kekhuatiran, dan dukacita.

13 Dan pada waktu itu akan terjadi, bahawa roh-roh orang jahat, ya, yang jahat—kerana lihatlah, mereka tidak memiliki tempat tidak juga bahagian daripada Roh Tuhan; kerana lihatlah, mereka memilih perbuatan-perbuatan yang jahat daripada yang baik; oleh itu roh iblis masuk ke dalam diri mereka, dan mengambil penguasaan atas rumah mereka—dan mereka ini akan dicampakkan ke dalam akegelapan luar; di sana akan ada btangisan, dan ratapan, dan kertakan gigi, dan ini kerana kederhakaan mereka sendiri, yang dituntun tertawan oleh kehendak iblis.

14 Sekarang, inilah keadaan jiwa aorang yang jahat, ya, dalam kegelapan, dan suatu keadaan yang menyeramkan, bberketakutan menantikan keberangan berapi-api kemurkaan Tuhan atas diri mereka; demikianlah mereka tetap tinggal dalam ckeadaan ini, seperti juga yang soleh di dalam firdaus, sampai waktu kebangkitan mereka.

15 Sekarang, ada yang telah faham bahawa keadaan kebahagiaan ini dan keadaan kegetiran jiwa ini, sebelum kebangkitan, merupakan kebangkitan pertama. Ya, aku akui itu boleh diistilahkan suatu kebangkitan, dibangkitkannya roh atau jiwa dan penyerahan mereka pada kebahagiaan atau kegetiran, menurut perkataan-perkataan yang telah diucapkan.

16 Dan lihatlah, lagi telah dikatakan, bahawa ada akebangkitan bpertama, suatu kebangkitan mereka semua yang pernah wujud, atau yang wujud, atau yang akan wujud, hingga kebangkitan Kristus dari yang mati.

17 Sekarang, kita tidak mengagak bahawa kebangkitan pertama ini, yang dibicarakan dengan cara ini, dapat menjadi kebangkitan jiwa dan apenyerahan mereka pada kebahagiaan atau kegetiran. Kamu tidak dapat mengagak bahawa inilah ertinya.

18 Lihatlah, aku berkata kepadamu, Tidak; tetapi ertinya ialah penyatuan kembali jiwa dengan tubuh mereka yang wujud sejak masa Adam hingga akebangkitan Kristus.

19 Sekarang, sama ada jiwa dan tubuh mereka yang tentangnya telah dibicarakan akan semuanya disatukan kembali pada waktu yang sama, yang jahat seperti juga yang soleh, tidak aku katakan; biarlah cukup, bahawa aku berkata bahawa mereka semua tampil; atau dengan perkataan-perkataan lain, kebangkitan mereka terjadi asebelum kebangkitan mereka yang mati selepas kebangkitan Kristus.

20 Sekarang, anakku, aku tidak berkata bahawa kebangkitan mereka datang semasa kebangkitan Kristus; tetapi lihatlah, aku memberikannya sebagai pendapatku, bahawa jiwa dan tubuh disatukan kembali, mereka yang soleh, semasa kebangkitan Kristus, dan akenaikan-Nya ke syurga.

21 Tetapi sama ada itu terjadi semasa kebangkitan-Nya atau selepas itu, tidak aku katakan; tetapi sebanyak ini aku katakan, bahawa ada suatu atempoh antara kematian dan kebangkitan tubuh, dan suatu keadaan jiwa dalam bkebahagiaan atau dalam ckegetiran sampai waktu yang ditetapkan oleh Tuhan ketika yang mati akan tampil, dan disatukan kembali, baik jiwa mahupun tubuh, dan ddibawa untuk berdiri di hadapan Tuhan, dan dihakimi menurut perbuatan-perbuatan mereka.

22 Ya, ini mendatangkan pemulihan hal-hal itu yang berkenaannya telah disabdakan melalui mulut para nabi.

23 aJiwa akan bdipulihkan pada ctubuh, dan tubuh pada jiwa; ya, dan setiap anggota tubuh dan tulang sendi akan dipulihkan pada tubuhnya; ya, bahkan sehelai rambut pun dari kepala tidak akan hilang; tetapi segala sesuatu akan dipulihkan pada rangkanya yang semula jadi dan sempurna.

24 Dan sekarang, anakku, inilah pemulihan yang berkenaannya telah adisabdakan melalui mulut para nabi—

25 Dan pada waktu itu orang yang soleh akan bersinar di dalam kerajaan Tuhan.

26 Tetapi lihatlah, suatu akematian yang menyeramkan datang pada orang yang jahat; kerana mereka mati terhadap hal yang berkaitan dengan hal-hal kesolehan; kerana mereka tidak bersih, dan tidak ada bsesuatupun yang tidak bersih dapat mewarisi kerajaan Tuhan; tetapi mereka dicampakkan, dan diserahkan untuk makan buah hasil kerja mereka atau perbuatan mereka, yang jahat; dan mereka minum mendapan dari cawan yang pahit.