Kitab Suci
Alma 4


Bab 4

Alma membaptis ribuan orang yang insaf—Kederhakaan memasuki Gereja, dan kemajuan Gereja terbatas—Nefiha ditetapkan sebagai hakim utama—Alma, sebagai imam tinggi, membaktikan dirinya pada pelayanan. Kira-kira 86–83 tahun S.M.

1 Sekarang, terjadilah bahawa pada tahun keenam zaman pemerintahan hakim-hakim atas bangsa Nefi, tidak ada perselisihan atau peperangan di anegeri Zarahemla;

2 Tetapi rakyat sengsara, ya, teramat sengsara kerana akehilangan saudara-saudara mereka, dan juga kerana kehilangan kawanan domba dan kawanan ternak mereka, dan juga kerana kehilangan ladang biji-bijian mereka, yang diinjak-injak di bawah kaki dan dihancurkan oleh bangsa Laman.

3 Dan sedemikian besarnya kesengsaraan mereka sehingga setiap jiwa memiliki alasan untuk berduka nestapa; dan mereka percaya bahawa itu adalah penghakiman Tuhan yang dikirim ke atas diri mereka kerana kejahatan mereka dan kekejian mereka; oleh itu mereka dibangunkan terhadap ingatan akan kewajipan mereka.

4 Dan mereka mula menegakkan gereja dengan lebih sepenuhnya; ya, dan banyak yang adibaptis di Perairan Sidon dan digabungkan dengan gereja Tuhan; ya, mereka dibaptis oleh tangan Alma, yang telah ditahbiskan sebagai bimam tinggi atas umat gereja, oleh tangan ayahnya, Alma.

5 Dan terjadilah pada tahun ketujuh zaman pemerintahan hakim-hakim ada kira-kira tiga ribu lima ratus jiwa yang menyatukan diri mereka dengan agereja Tuhan dan dibaptis. Dan demikianlah berakhir tahun ketujuh zaman pemerintahan hakim-hakim atas bangsa Nefi; dan ada kedamaian berterusan sepanjang waktu itu.

6 Dan terjadilah pada tahun kelapan zaman pemerintahan hakim-hakim, bahawa umat gereja mula menjadi angkuh, kerana akekayaan mereka yang amat banyak, dan sutera mereka yang bhalus, dan kain linen mereka yang terpintal halus, dan kerana banyaknya kawanan domba dan kawanan ternak mereka, dan emas mereka dan perak mereka, dan segala macam benda berharga, yang telah mereka dapatkan melalui kerajinan mereka; dan dalam segala hal ini mereka terangkat-angkat dalam keangkuhan pada mata mereka sendiri, kerana mereka mula memakai pakaian yang sangat mahal.

7 Sekarang, ini adalah sebab banyak kesengsaraan bagi Alma, ya, dan bagi banyak orang yang telah Alma atahbiskan untuk menjadi para pengajar, dan para imam, dan para penatua atas gereja; ya, banyak daripada mereka amat dipilukan kerana kejahatan yang mereka lihat telah mula ada di kalangan bangsa mereka.

8 Kerana mereka menyaksi dan melihat dengan dukacita besar bahawa umat gereja mula terangkat-angkat dalam akeangkuhan pada mata mereka sendiri, dan menaruh hati mereka pada kekayaan dan pada apa yang sia-sia daripada dunia, sehingga mereka mula mencemuh, satu terhadap yang lain, dan mereka mula menganiaya mereka yang btidak percaya menurut kehendak dan kesenangan mereka sendiri.

9 Dan demikianlah, pada tahun kelapan zaman pemerintahan hakim-hakim, mula ada aperselisihan hebat di kalangan umat gereja; ya, ada bkeirihatian, dan pertikaian, dan niat jahat, dan penganiayaan, dan keangkuhan, bahkan melebihi keangkuhan mereka yang tidak menganggotai gereja Tuhan.

10 Dan demikianlah berakhir tahun kelapan zaman pemerintahan hakim-hakim; dan kejahatan gereja adalah batu sandungan besar bagi mereka yang tidak menganggotai gereja; dan demikianlah gereja mula gagal dalam kemajuannya.

11 Dan terjadilah pada permulaan tahun kesembilan, Alma melihat kejahatan gereja, dan dia melihat juga bahawa acontoh daripada gereja mula menuntun mereka yang merupakan orang kufur dari satu kederhakaan ke kederhakaan yang lain, dengan demikian menyebabkan kehancuran bangsa itu.

12 Ya, dia melihat ketidaksetaraan yang besar di kalangan bangsa itu, sebahagian mengangkat-angkat diri mereka dengan keangkuhan mereka, meremehkan yang lain, memalingkan belakang mereka terhadap yang amemerlukan dan yang telanjang dan mereka yang blapar, dan mereka yang dahaga, dan mereka yang sakit dan sengsara.

13 Sekarang, ini adalah sebab yang besar untuk ratapan di kalangan orang, sementara yang lain merendahkan diri mereka, menyokong mereka yang memerlukan sokongan mereka, seperti amemberikan harta kekayaan mereka kepada yang miskin dan yang memerlukan, memberi makan kepada yang lapar, dan menderita segala macam bkesengsaraan, cdemi Kristus, yang akan datang menurut roh nubuat;

14 Menanti-nantikan hari itu, dengan demikian amengekalkan pengampunan dosa-dosa mereka; dipenuhi dengan bkebahagiaan yang besar kerana kebangkitan orang mati, menurut kehendak dan kuasa dan pembebasan oleh Yesus Kristus daripada ikatan kematian.

15 Dan sekarang, terjadilah bahawa Alma, setelah melihat kesengsaraan para pengikut Tuhan yang rendah hati, dan penganiayaan yang ditimpakan ke atas diri mereka oleh yang selebihnya daripada bangsanya, dan melihat segala aketidaksetaraan mereka, mula menjadi sangat berdukacita; walaupun demikian Roh Tuhan tidak meninggalkannya.

16 Dan dia memilih seorang lelaki bijak yang ada di antara para penatua gereja, dan memberinya kuasa menurut asuara rakyat, agar dia boleh memiliki kuasa untuk menggubal bhukum menurut hukum yang telah diberikan, dan untuk menguatkuasakannya menurut kejahatan dan jenayah-jenayah rakyat.

17 Sekarang, nama lelaki ini adalah Nefiha, dan dia dilantik sebagai ahakim utama; dan dia duduk di kerusi kehakiman untuk menghakimi dan untuk mentadbir bangsa itu.

18 Sekarang, Alma tidak memberikan kepadanya jawatan sebagai imam tinggi atas gereja, tetapi dia terus memegang jabatan imam tinggi bagi dirinya sendiri; tetapi dia menyerahkan kerusi penghakiman kepada Nefiha.

19 Dan ini dia lakukan agar dia asendiri boleh pergi ke kalangan bangsanya, atau ke kalangan bangsa Nefi, agar dia boleh mengkhutbahkan bfirman Tuhan kepada mereka, untuk cmendorong mereka dalam dingatan akan kewajipan mereka, dan agar dia boleh meruntuhkan, dengan firman Tuhan, segala keangkuhan dan kelicikan dan segala perselisihan yang terjadi di kalangan bangsanya, kerana melihat tidak ada jalan bagaimana dia boleh memulihkan mereka kecuali dengan menekan ekesaksian semata-mata terhadap mereka.

20 Dan demikianlah pada permulaan tahun kesembilan zaman pemerintahan hakim-hakim atas bangsa Nefi, Alma menyerahkan kerusi penghakiman kepada aNefiha, dan mengabdikan dirinya seutuhnya pada bimamat tinggi yang sebahagian tarekat kudus Tuhan, pada kesaksian tentang firman, menurut roh wahyu dan nubuat.