Kitab Suci
Alma 34


Bab 34

Amulek bersaksi bahawa firman ada di dalam Kristus yang mendatangkan keselamatan—Kecuali suatu korban tebusan dibuat, seluruh umat manusia mesti binasa—Seluruh hukum Musa menunjuk pada pengorbanan Putera Tuhan—Rancangan penebusan abadi berdasarkan pada iman dan pertaubatan—Berdoalah untuk berkat-berkat duniawi dan rohani—Kehidupan ini waktu bagi manusia untuk bersedia bertemu dengan Tuhan—Usahakanlah keselamatanmu dengan rasa takut di hadapan Tuhan. Kira-kira 74 tahun S.M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa setelah Alma mengucapkan perkataan-perkataan ini kepada mereka dia duduk di atas tanah, dan aAmulek bangkit dan mula mengajar mereka, mengatakan:

2 Saudara-saudaraku, aku fikir tidak mungkin bahawa kamu tidak tahu tentang apa yang telah dibicarakan berkenaan kedatangan Kristus, yang diajarkan oleh kami ialah Putera Tuhan; ya, aku tahu bahawa ahal-hal ini diajarkan kepadamu secara berlimpah-limpah sebelum pembelotanmu daripada antara kami.

3 Dan seperti yang telah kamu hasratkan daripada saudara terkasihku agar dia hendaknya menyingkapkan kepadamu apa yang patutnya kamu lakukan, kerana kesengsaraanmu; dan dia telah berucap sedikit kepadamu untuk menyediakan fikiranmu; ya, dan dia telah mendesakmu menuju iman dan pada kesabaran—

4 Ya, bahkan agar kamu akan memiliki sedemikian besarnya iman bahkan untuk amenanamkan firman itu dalam hatimu, agar kamu boleh mencuba percubaan akan kebaikannya.

5 Dan kami telah melihat bahawa soalan besar yang ada dalam fikiranmu ialah sama ada firman itu berada dalam Putera Tuhan, ataupun sama ada tidak akan ada Kristus.

6 Dan kamu juga melihat bahawa saudaraku telah membuktikan kepadamu, dalam banyak hal, bahawa afirman itu berada di dalam Kristus yang mendatangkan penyelamatan.

7 Saudaraku telah merujuk pada kata-kata Zenos, bahawa penebusan datang melalui Putera Tuhan, dan juga pada kata-kata Zenok; dan juga dia telah merujuk kepada Musa, untuk membuktikan bahawa hal-hal ini benar.

8 Dan sekarang, lihatlah, aku akan abersaksi kepadamu diriku sendiri bahawa hal-hal ini benar. Lihatlah, aku berkata kepadamu, bahawa aku tahu bahawa Kristus akan datang di kalangan anak-anak manusia, untuk mengambil pada diri-Nya pelanggaran umat-Nya, dan bahawa Dia akan bmenebuskan dosa-dosa dunia; kerana Tuhan Raja telah memfirmankannya.

9 Kerana perlu bahawa suatu akorban tebusan hendaknya dibuat; kerana menurut brancangan agung Tuhan Yang Abadi mestilah ada suatu korban tebusan dibuat, jikalau tidak, seluruh umat manusia tidak dapat mengelakkan kebinasaan; ya, semuanya bersikap keras; ya, semuanya cterjatuh dan tersesat, dan mesti binasa kecuali melalui korban tebusan yang perlu dibuat.

10 Kerana perlu bahawa hendaknya ada suatu akorban yang agung dan terakhir; ya, bukan korban manusia, tidak juga korban binatang, tidak juga jenis unggas yang lain; kerana ia bukan merupakan korban manusia; tetapi ia mestilah bkorban yang ctidak terhingga dan abadi.

11 Sekarang, tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengorbankan darahnya sendiri yang akan menebuskan dosa-dosa orang lain. Sekarang, jika seorang manusia membunuh, lihatlah akankah hukum kita, yang aadil, mengambil nyawa saudaranya? Aku berkata kepadamu, Tidak.

12 Tetapi hukum menuntut nyawa daripada dia yang telah amembunuh; oleh itu tidak dapat ada sesuatu pun yang kurang daripada suatu korban tebusan yang tidak terhingga yang akan cukup untuk dosa-dosa dunia.

13 Oleh itu, perlu bahawa hendaknya ada suatu korban yang agung dan terakhir, dan kerana itu akan ada, atau perlu hendaknya ada, suatu apenghentian penumpahan darah; barulah bhukum Musa akan digenapi; ya, kesemuanya akan digenapi, setiap titik dan tanda huruf, dan tidak ada yang akan lenyap.

14 Dan lihatlah, inilah seluruh aerti bhukum itu, setiap butir menunjuk kepada korban yang agung dan terakhir itu; dan ckorban yang agung dan terakhir itu ialah Putera Tuhan, ya, tidak terhingga dan abadi.

15 Dan demikianlah Dia akan membawa akeselamatan kepada semua mereka yang akan percaya pada nama-Nya; inilah maksud korban yang terakhir ini, untuk mendatangkan sanubari belas kasihan, yang mengalahkan keadilan, dan mendatangkan cara bagi manusia agar mereka boleh memiliki iman menuju pertaubatan.

16 Dan demikianlah abelas kasihan dapat memuaskan tuntutan bkeadilan, dan mengelilingi mereka dalam lengan penyelamatan, sementara dia yang tidak menjalankan iman menuju pertaubatan terdedah kepada seluruh hukum tuntutan ckeadilan; oleh itu hanya kepada dia yang memiliki iman menuju pertaubatan didatangkan drancangan penebusan yang agung dan abadi.

17 Oleh itu semoga Tuhan mengabulkan kepadamu, saudara-saudaraku, bahawa kamu boleh mula menjalankan aimanmu menuju pertaubatan, hingga kamu mula bmemanggil nama kudus-Nya, agar Dia berbelas kasihan pada dirimu;

18 Ya, berserulah kepada-Nya untuk belas kasihan; kerana Dia perkasa untuk menyelamatkan.

19 Ya, rendahkanlah hatimu, dan teruslah dalam doa kepada-Nya.

20 Berserulah kepada-Nya ketika kamu berada di ladangmu, ya, atas semua kawanan ternakmu.

21 aBerserulah kepada-Nya di dalam rumahmu, ya, atas seluruh isi rumahmu, baik pagi, tengah hari, mahupun malam.

22 Ya, berserulah kepada-Nya melawan kekuatan musuhmu.

23 Ya, aberserulah kepada-Nya melawan biblis, iaitu musuh kepada segala ckesolehan.

24 Berserulah kepada-Nya berkenaan tanaman ladangmu, agar kamu boleh makmur kerananya.

25 Berserulah berkenaan kawanan ternak di ladangmu, agar boleh bertambah.

26 Tetapi ini bukanlah semuanya; kamu mesti mencurahkan jiwamu dalam abilikmu, dan tempat-tempat rahsiamu, dan di padang belantaramu.

27 Ya, dan apabila kamu tidak berseru kepada Tuhan, biarlah ahatimu bpenuh, tercurah dalam doa kepada-Nya secara berterusan demi kesejahteraanmu, dan juga demi kesejahteraan mereka yang berada di sekitarmu.

28 Dan sekarang, lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku berkata kepadamu, janganlah mengira bahawa ini kesemuanya; kerana setelah kamu melakukan segala hal ini, jika kamu menolak orang yang amemerlukan, dan yang telanjang, dan tidak mengunjungi yang sakit dan yang sengsara, dan bmemberikan harta kekayaanmu, jika kamu milikinya, kepada mereka yang memerlukan—aku berkata kepadamu, jika kamu tidak melakukan apa pun daripada hal-hal ini, lihatlah, cdoamu dsia-sia, dan tidak berfaedah apa pun bagimu, dan kamu seperti orang munafik yang menyangkal iman.

29 Oleh itu, jika kamu tidak ingat untuk aberkasih ihsan, kamu seperti sampah, yang dibuang oleh para perajin, (kerana itu tidak berharga) dan diinjak-injak di bawah kaki orang.

30 Dan sekarang, saudara-saudaraku, aku menghendaki bahawa, setelah kamu menerima sedemikian banyaknya kesaksian, melihat bahawa tulisan-tulisan suci yang kudus bersaksi tentang hal-hal ini, kamu tampil dan membawa abuah yang menghasilkan pertaubatan.

31 Ya, aku menghendaki agar kamu akan tampil dan tidak mengeraskan hatimu lebih lama lagi; kerana lihatlah, sekaranglah waktu dan amasa penyelamatanmu; dan oleh itu, jika kamu bertaubat dan tidak mengeraskan hatimu, dengan serta-merta akanlah rancangan penebusan yang agung itu dibawa kepadamu.

32 Kerana lihatlah, kehidupan inilah waktu bagi manusia abersedia untuk bertemu dengan Tuhan; ya, lihatlah masa kehidupan inilah masa bagi manusia untuk melaksanakan kerja mereka.

33 Dan sekarang, seperti yang aku katakan kepadamu sebelumnya, kerana kamu telah memiliki demikian banyaknya kesaksian, oleh itu, aku memohon daripadamu agar kamu tidak amenangguhkan hari bpertaubatanmu sampai akhir; kerana setelah masa kehidupan ini, yang diberikan kepada kita untuk bersiap bagi keabadian, lihatlah, jika kita tidak memanfaatkan waktu kita semasa dalam kehidupan ini, kemudian datanglah cmalam dkegelapan di mana tidak ada kerja yang dapat dilaksanakan.

34 Kamu tidak dapat berkata, ketika kamu dibawa pada akegentingan yang menyeramkan itu, bahawa aku akan bertaubat, bahawa aku akan kembali kepada Tuhanku. Tidak, kamu tidak dapat mengatakan ini; kerana roh yang sama itu yang menguasai tubuhmu pada waktu ketika kamu keluar dari kehidupan ini, roh yang sama itu akan memiliki kuasa untuk menguasai tubuhmu di dunia abadi itu.

35 Kerana lihatlah, jika kamu telah menangguhkan hari pertaubatanmu bahkan sampai kematian, lihatlah, kamu telah menjadi atunduk kepada roh iblis, dan dia bmemeteraikanmu sebagai miliknya; oleh itu, Roh Tuhan telah menarik diri darimu, dan tidak memiliki tempat dalam dirimu, dan iblis memiliki segala kuasa atas dirimu; dan inilah keadaan akhir orang yang jahat.

36 Dan ini aku tahu, kerana Tuhan telah berfirman Dia tidak hidup di dalam bait suci yang atidak kudus, tetapi dalam hati orang bsoleh Dia hidup; ya, dan Dia telah juga berfirman bahawa yang soleh akan duduk di dalam kerajaan-Nya, untuk tidak keluar lagi; tetapi pakaian mereka akan dijadikan putih melalui darah Anak Domba.

37 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku berhasrat bahawa kamu hendaknya mengingati hal-hal ini, dan bahawa kamu hendaknya amengerjakan keselamatanmu dengan rasa takut di hadapan Tuhan, dan bahawa kamu hendaknya tidak lagi menyangkal kedatangan Kristus;

38 Agar kamu tidak aberselisih lagi melawan Roh Kudus, tetapi agar kamu menerima-Nya, dan mengambil ke atas dirimu bnama Kristus; agar kamu merendahkan hatimu bahkan ke debu, dan cmenyembah Tuhan, di tempat mana pun kamu boleh berada, dalam roh dan dalam kebenaran; dan agar kamu hidup dalam dkesyukuran setiap hari, disebabkan banyaknya belas kasihan dan berkat yang Dia limpahkan ke atas dirimu.

39 Ya, dan aku juga mendesakmu, saudara-saudaraku, agar kamu awaspada supaya dapat berdoa secara berterusan, agar kamu tidak akan disesatkan oleh bgodaan iblis, agar dia tidak akan menguasaimu, agar kamu tidak menjadi taklukkannya pada hari terakhir; kerana lihatlah, dia memberi ganjaran kepadamu itu yang ctidak baik.

40 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku mahu mendesakmu untuk memiliki akesabaran, dan agar kamu menanggung segala macam kesengsaraan; agar kamu tidak bmencaci maki mereka yang mengusirmu kerana kemiskinanmu yang teramat sangat, agar jangan kamu menjadi pendosa seperti mereka;

41 Tetapi agar kamu memiliki kesabaran, dan menanggung kesengsaraan itu, dengan harapan yang teguh bahawa kamu akan suatu hari beristirahat daripada segala kesengsaraanmu.