Kitab Suci
Alma 29


Bab 29

Alma berhasrat untuk menyerukan pertaubatan dengan semangat malaikat—Tuhan memberikan para pengajar bagi semua bangsa—Alma bermegah dalam pekerjaan Tuhan dan dalam kejayaan Amon dan saudara-saudaranya. Kira-kira 76 tahun S.M.

1 Ah, moga-moga aku seorang malaikat, dan dapat mengecapi keinginan hatiku, agar aku boleh pergi dan berucap menggunakan sangkakala Tuhan, dengan suara yang menggoncangkan bumi, dan menyerukan pertaubatan kepada setiap bangsa!

2 Ya, aku akan memaklumkan kepada setiap jiwa, bagaikan dengan suara guruh, pertaubatan dan rancangan penebusan, bahawa mereka mesti bertaubat dan adatang kepada Tuhan kita, agar tidak akan ada lebih banyak kedukaan di atas seluruh permukaan bumi.

3 Tetapi lihatlah, aku seorang manusia, dan berdosa dalam keinginanku; kerana aku seharusnya puas hati dengan apa yang telah Tuhan peruntukkan bagiku.

4 Aku seharusnya tidak mengalutkan dalam hasratku perintah tegas daripada seorang Tuhan yang adil, kerana aku tahu bahawa Dia mengabulkan kepada manusia menurut ahasrat mereka, sama ada ia menuju kematian atau menuju kehidupan; ya, aku tahu bahawa Dia peruntukkan bagi manusia, ya, mengisytiharkan kepada mereka perintah-perintah yang tidak terubahkan, menurut bkehendak mereka, sama ada ia menuju keselamatan atau menuju kehancuran.

5 Ya, dan aku tahu bahawa yang baik dan yang jahat telah tiba di hadapan semua manusia; dia yang tidak mengetahui yang baik daripada yang jahat tidak bersalah; tetapi dia yang amengetahui yang baik dan yang jahat, kepadanya diberikan menurut hasratnya, sama ada dia menghasratkan yang baik atau yang jahat, kehidupan atau kematian, kebahagiaan atau penyesalan bhati nurani.

6 Sekarang, melihat bahawa aku mengetahui hal-hal ini, mengapakah aku mesti menghasratkan lebih daripada melaksanakan pekerjaan yang padanya aku telah dipanggil?

7 Mengapakah aku mesti berhasrat bahawa aku seorang malaikat, agar aku dapat berucap kepada segenap hujung bumi?

8 Kerana lihatlah, Tuhan membiarkan asegala bangsa, daripada bangsa dan bbahasa mereka sendiri, untuk mengajarkan firman-Nya, ya, dalam kebijaksanaan, semua yang Dia canggap patut bahawa mereka hendaknya miliki; oleh itu kita lihat bahawa Tuhan menasihati dengan kebijaksanaan, menurut apa yang tepat dan benar.

9 Aku tahu apa yang telah Tuhan perintahkan kepadaku, dan aku bermegah di dalamnya. Aku tidak abermegah akan diriku sendiri, tetapi aku bermegah dalam apa yang telah Tuhan perintahkan kepadaku; ya, dan inilah kemegahanku, agar barangkali aku boleh menjadi alat dalam tangan Tuhan untuk membawa satu jiwa pada pertaubatan, dan inilah kebahagiaanku.

10 Dan lihatlah, ketika aku nampak banyak daripada saudara-saudaraku benar-benar menyesal, dan datang kepada Tuhan Raja mereka, pada waktu itu jiwaku dipenuhi dengan sukacita; pada waktu itu aku ingat aapa yang telah Tuhan lakukan bagiku, ya, bahkan bahawa Dia telah mendengar doaku; ya, pada waktu itu aku ingat lengan penuh belas kasihan-Nya yang Dia hulurkan kepadaku.

11 Ya, dan aku juga ingat penawanan nenek moyangku; kerana aku pastilah tahu bahawa aTuhan membebaskan mereka daripada perhambaan, dan melalui ini menegakkan gereja-Nya; ya, Tuhan Raja, Tuhan Abraham, Tuhan Ishak, dan Tuhan Yakub, membebaskan mereka daripada perhambaan.

12 Ya, aku selalu ingat penawanan nenek moyangku; dan Tuhan yang sama itu yang amembebaskan mereka daripada tangan orang Mesir, membebaskan mereka daripada pengabdian.

13 Ya, dan Tuhan yang sama itu juga menegakkan gereja-Nya di antara mereka; ya, dan Tuhan yang sama itu telah memanggilku melalui suatu pemanggilan yang kudus, untuk mengkhutbahkan firman kepada bangsa ini, dan telah memberiku banyak kejayaan, yang di dalamnya asukacitaku penuh.

14 Tetapi aku tidak bersukacita dalam kejayaanku sahaja, tetapi sukacitaku lebih penuh kerana akejayaan saudara-saudaraku, yang telah pergi ke negeri Nefi.

15 Lihatlah, mereka telah bekerja amat keras, dan telah menghasilkan banyak buah; dan betapa besar akan jadinya pahala mereka!

16 Sekarang, ketika aku berfikir tentang kejayaan saudara-saudaraku ini jiwaku terhanyut, bahkan sampai seakan-akan pemisahannya dari tubuh, demikian besarnya sukacitaku.

17 Dan sekarang, semoga Tuhan mengabulkan bagi mereka ini, saudara-saudaraku, bahawa mereka boleh duduk di dalam kerajaan Tuhan; ya, dan juga mereka semua yang merupai buah hasil kerja mereka bahawa mereka tidak akan lagi keluar, tetapi bahawa mereka boleh memuji Dia selama-lamanya. Dan semoga Tuhan mengabulkan agar hal ini boleh terjadi menurut kata-kataku, bahkan seperti yang telah aku ucapkan. Amin.