Alma 27
sebelumnya seterusnya

Bab 27

Tuhan memerintahkan Amon untuk memimpin orang Anti-Nefi-Lehi kepada keselamatan—Saat bertemu Alma, sukacita Amon menyusut kekuatannya—Bangsa Nefi memberikan orang Anti-Nefi-Lehi negeri Yerson—Mereka dipanggil orang Amon. Kira-kira 90–77 tahun S.M.

1 Sekarang, terjadilah bahawa ketika bangsa Laman itu yang telah pergi untuk berperang melawan bangsa Nefi telah mendapati, setelah banyak perjuangan mereka untuk menghancurkan mereka, bahawa adalah sia-sia untuk mengupayakan kehancuran mereka, mereka kembali lagi ke negeri Nefi.

2 Dan terjadilah bahawa bangsa Amaleki, kerana kekalahan mereka, tersangatlah marah. Dan ketika mereka melihat bahawa mereka tidak dapat memperoleh balas dendam daripada bangsa Nefi, mereka mula menghasut rakyat menjadi marah terhadap asaudara-saudara mereka, orang bAnti-Nefi-Lehi; oleh itu mereka mula lagi menghancurkan mereka.

3 Sekarang, orang ini sekali alagi enggan mengangkat senjata mereka, dan mereka membiarkan diri mereka dibunuh menurut hasrat musuh mereka.

4 Sekarang, ketika Amon dan saudara-saudaranya melihat pekerjaan penghancuran ini di kalangan mereka yang mereka begitu mengasihi, dan di kalangan mereka yang telah begitu mengasihi mereka—kerana mereka diperlakukan seakan-akan mereka para malaikat yang diutus daripada Tuhan untuk menyelamatkan mereka daripada kehancuran kekal—oleh itu, ketika Amon dan saudara-saudaranya melihat pekerjaan penghancuran yang besar ini, mereka dilanda oleh rasa kasihan, dan mereka aberkata kepada raja:

5 Marilah kita mengumpulkan bersama umat Tuhan ini, dan marilah kita pergi ke negeri Zarahemla kepada saudara-saudara kita bangsa Nefi, dan melarikan diri daripada tangan musuh kita, agar kita tidak dihancurkan.

6 Tetapi raja berkata kepada mereka: Lihatlah, bangsa Nefi akan menghancurkan kita, kerana banyaknya pembunuhan dan dosa yang telah kita lakukan terhadap mereka.

7 Dan Amon berkata: Aku akan pergi dan bertanya kepada Tuhan, dan jika Dia berfirman kepada kita, pergilah kepada saudara-saudara kita, akankah kamu pergi?

8 Dan raja berkata kepadanya: Ya, jika Tuhan berfirman kepada kita untuk pergi, kita akan pergi kepada saudara-saudara kita, dan kita akan menjadi hamba abdi mereka sampai kita memampas mereka bagi banyaknya pembunuhan dan dosa yang telah kita lakukan terhadap mereka.

9 Tetapi Amon berkata kepadanya: Ini melawan hukum saudara-saudara kita, yang ditetapkan oleh ayahku, bahawa ada ahamba abdi siapa pun di kalangan mereka; oleh itu marilah kita pergi dan bersandar pada belas kasihan saudara-saudara kita.

10 Tetapi raja berkata kepadanya: Tanyakanlah kepada Tuhan, dan jika Dia berfirman kepada kita untuk pergi, kita akan pergi; jika tidak kita akan binasa di negeri ini.

11 Dan terjadilah bahawa Amon pergi dan bertanya kepada Tuhan, dan Tuhan berfirman kepadanya:

12 Keluarkanlah orang ini dari negeri ini, agar mereka tidak binasa; kerana Setan memiliki pengaruh yang besar atas hati bangsa Amaleki, yang menghasut bangsa Laman menjadi marah terhadap saudara-saudara mereka sampai membunuh mereka; oleh itu keluarlah engkau dari negeri ini; dan diberkatilah orang ini dalam generasi ini, kerana Aku akan melindungi mereka.

13 Dan sekarang, terjadilah bahawa Amon pergi dan memberitahu raja segala firman yang telah Tuhan firmankan kepadanya.

14 Dan mereka mengumpulkan bersama semua umat mereka, ya, seluruh umat Tuhan, dan mengumpulkan bersama semua kawanan domba dan kawanan ternak mereka, dan keluar dari negeri itu, dan masuk ke padang belantara yang memisahkan negeri Nefi dari negeri Zarahemla, dan tiba dekat sempadan negeri.

15 Dan terjadilah bahawa Amon berkata kepada mereka: Lihatlah, aku dan saudara-saudaraku akan pergi ke negeri Zarahemla, dan kamu akan tetap tinggal di sini sampai kami kembali; dan kami akan menguji hati saudara-saudara kami, adakah mereka mahu bahawa kamu akan masuk ke negeri mereka.

16 Dan terjadilah bahawa sewaktu Amon sedang pergi ke negeri itu, bahawa dia dan saudara-saudaranya menemui Alma, di atempat yang tentangnya telah dibicarakan; dan lihatlah, ini suatu pertemuan yang penuh sukacita.

17 Sekarang, akebahagiaan Amon sedemikian besarnya bahkan hingga dia penuh; ya, dia tertelan dalam kebahagiaan Tuhannya, bahkan sampai btersusut kekuatannya; dan dia jatuh clagi ke bumi.

18 Sekarang, bukankah ini kebahagiaan yang tersangat besar? Lihatlah, inilah kebahagiaan yang sesiapa pun tidak memperolehi kecuali dia pencari kebahagiaan yang benar-benar menyesal dan yang rendah hati.

19 Sekarang, sukacita Alma dalam menemui saudara-saudaranya benar-benar besar, dan juga sukacita Harun, Omner, dan Himni; tetapi lihatlah sukacita mereka tidaklah yang melampaui kekuatan mereka.

20 Dan sekarang, terjadilah bahawa Alma menuntun saudara-saudaranya kembali ke negeri Zarahemla; bahkan ke rumahnya sendiri. Dan mereka pergi dan menceritakan kepada ahakim utama segala sesuatu yang telah terjadi kepada mereka di negeri Nefi, di kalangan saudara-saudara mereka, bangsa Laman.

21 Dan terjadilah bahawa hakim utama mengirimkan suatu perisytiharan ke seluruh negeri, menghasratkan suara rakyat berkenaan penerimaan saudara-saudara mereka, yang adalah orang Anti-Nefi-Lehi.

22 Dan terjadilah bahawa suara rakyat datang, mengatakan: Lihatlah, kita akan menyerahkan negeri Yerson, yang berada di timur dekat laut, yang bersebelahan dengan negeri Kelimpahan, yang berada di selatan negeri Kelimpahan; dan negeri Yerson inilah negeri yang akan kita berikan kepada saudara-saudara kita sebagai warisan.

23 Dan lihatlah, kita akan menempatkan tentera kita di antara negeri Yerson dan negeri Nefi, agar kita boleh melindungi saudara-saudara kita di negeri Yerson; dan ini kita lakukan untuk saudara-saudara kita, kerana ketakutan mereka terhadap mengangkat senjata melawan saudara-saudara mereka, jangan-jangan mereka akan berbuat dosa; dan ketakutan mereka yang besar ini datang kerana pertaubatan mereka yang hebat yang telah mereka alami, kerana pembunuhan mereka yang banyak dan kejahatan mereka yang menyeramkan.

24 Dan sekarang, lihatlah, inilah yang akan kita lakukan bagi saudara-saudara kita, agar mereka boleh mewarisi negeri Yerson; dan kita akan menjaga mereka daripada musuh mereka dengan tentera kita, dengan syarat bahawa mereka akan memberikan kepada kita sebahagian daripada harta kekayaan mereka untuk membantu kita agar kita boleh menyara tentera kita.

25 Sekarang, terjadilah bahawa ketika Amon telah mendengar ini, dia kembali kepada orang Anti-Nefi-Lehi, dan juga Alma bersamanya, ke padang belantara, di mana mereka telah mendirikan khemah-khemah mereka, dan menyingkapkan kepada mereka segala hal ini. Dan Alma juga menceritakan kepada mereka apenukaran hatinya, bersama Amon dan Harun, dan saudara-saudaranya.

26 Dan terjadilah bahawa itu telah menyebabkan kebahagiaan yang besar di kalangan mereka. Dan mereka pergi ke negeri Yerson, dan mengambil penguasaan atas negeri Yerson; dan mereka dipanggil oleh bangsa Nefi, orang Amon; oleh itu mereka dibezakan dengan nama itu buat selama-lamanya.

27 Dan mereka berada di kalangan bangsa Nefi, dan juga terbilang di kalangan umat yang daripada gereja Tuhan. Dan mereka juga dibezakan kerana semangat mereka terhadap Tuhan, dan juga terhadap manusia; kerana mereka secara sempurna ajujur dan lurus dalam segala hal; dan mereka bteguh dalam iman kepada Kristus, bahkan sampai akhir.

28 Dan mereka memandang penumpahan darah saudara-saudara mereka dengan kemualan terbesar; dan mereka langsung tidak pernah dapat diyakinkan untuk mengangkat senjata melawan saudara-saudara mereka; dan mereka tidak pernah memandang kematian dengan kengerian sedikit pun, kerana harapan dan pandangan mereka tentang Kristus dan kebangkitan; oleh itu, kematian tertelan bagi mereka dengan kemenangan Kristus atasnya.

29 Oleh itu, mereka akan menderita akematian dengan cara yang paling parah dan pedih yang dapat ditimpakan oleh saudara-saudara mereka, sebelum mereka akan mengambil pedang atau golok untuk menghentam mereka.

30 Dan demikianlah mereka itu sebuah bangsa yang bersemangat dan dikasihi, suatu umat yang sangat berkenan pada Tuhan.