Kitab Suci
Alma 19


Bab 19

Lamoni menerima cahaya kehidupan kekal dan melihat Penebus—Seisi rumahnya dikuasai oleh kebahagiaan dan banyak yang nampak para malaikat—Amon dilindungi secara ajaib—Dia membaptis banyak orang dan menubuhkan sebuah jemaah gereja di kalangan mereka. Kira-kira 90 tahun S.M.

1 Dan terjadilah bahawa setelah dua hari dan dua malam mereka hampir membawa tubuhnya dan membaringkannya di dalam makam, yang telah mereka bina untuk tujuan menguburkan orang mati mereka.

2 Sekarang, permaisuri telah mendengar tentang kemasyhuran Amon, oleh itu dia mengutus dan berhasrat agar dia datang kepadanya.

3 Dan terjadilah bahawa Amon melakukan seperti yang diperintahkan kepadanya, dan masuk menghadap permaisuri, dan berhasrat untuk mengetahui apa yang permaisuri inginkan dia lakukan.

4 Dan dia berkata kepadanya: Para orang suruhan suami aku telah menyingkapkan kepada aku bahawa kamu adalah anabi daripada seorang Tuhan yang kudus, dan bahawa kamu memiliki kebolehan untuk melakukan banyak perbuatan hebat dalam nama-Nya;

5 Oleh itu, jika ini keadaannya, aku menghendaki agar kamu hendaknya masuk dan melihat suami aku, kerana dia telah dibaringkan di atas katilnya untuk jangka masa dua hari dan dua malam; dan ada orang berkata bahawa dia belum mangkat, tetapi yang lain berkata bahawa dia sudah mangkat dan bahawa dia berbau busuk, dan bahawa dia seharusnya ditempatkan di dalam makam; tetapi bagi diri aku sendiri, bagi aku dia tidak berbau busuk.

6 Sekarang, inilah yang Amon hasratkan, kerana dia tahu bahawa raja Lamoni berada di bawah kuasa Tuhan; dia tahu bahawa atirai gelap ketidakpercayaan sedang dibuang daripada fikirannya, dan bcahaya yang menerangi fikirannya, yang adalah cahaya kemuliaan Tuhan, yang adalah cahaya yang menakjubkan daripada kebaikan-Nya—ya, cahaya ini telah menanamkan kebahagiaan yang demikian ke dalam jiwanya, setelah awan kegelapan dihilangkan, dan bahawa cahaya kehidupan kekal dinyalakan dalam jiwanya, ya, dia tahu bahawa ini telah menguasai raga alamiahnya, dan dia dibawa pergi dalam Tuhan—

7 Oleh itu, apa yang permaisuri hasratkan daripada dirinya adalah hasratnya sendiri yang tunggal. Oleh itu, dia masuk untuk melihat raja seperti yang telah permaisuri hasratkan daripadanya; dan dia melihat raja; dan dia tahu bahawa raja tidak mangkat.

8 Dan dia berkata kepada permaisuri: Dia tidaklah mangkat, tetapi dia tidur di dalam Tuhan, dan esok hari dia akan bangun kembali; oleh itu janganlah menguburkannya.

9 Dan Amon berkata kepadanya: Percayakah kamu tentang ini? Dan permaisuri berkata kepadanya: Aku tidak memiliki kesaksian lain kecuali perkataanmu, dan perkataan para orang suruhan; walaupun demikian aku percaya bahawa akan terjadi seperti yang telah kamu katakan.

10 Dan Amon berkata kepadanya: Diberkatilah kamu kerana iman kamu yang amat besar; Aku berkata kepada kamu, permaisuri, tidak pernah ada aiman yang demikian besar di kalangan seluruh bangsa Nefi.

11 Dan terjadilah bahawa dia menjaga tidur suaminya, sejak waktu itu bahkan sampai waktu keesokan harinya itu yang telah Amon tetapkan bahawa raja akan bangun.

12 Dan terjadilah bahawa dia bangun, menurut kata-kata Amon; dan sewaktu dia bangun, dia menghulurkan tangannya kepada wanita itu, dan berkata: Terpujilah nama Tuhan, dan diberkatilah kamu.

13 Kerana sepasti kamu hidup, lihatlah, aku telah melihat Penebusku; dan Dia akan tampil, dan adilahirkan daripada seorang bwanita, dan Dia akan menebus seluruh umat manusia yang percaya pada nama-Nya. Sekarang, ketika dia telah mengatakan perkataan ini, hatinya bergembung di dalam dirinya, dan dia jatuh pengsan lagi dengan kebahagiaan; dan permaisuri juga jatuh pengsan, dikuasai oleh Roh.

14 Sekarang, Amon melihat Roh Tuhan dicurahkan menurut adoa-doanya ke atas bangsa Laman, saudara-saudaranya, yang telah menjadi sebab sedemikian banyaknya duka nestapa di kalangan bangsa Nefi, atau di kalangan seluruh umat Tuhan kerana kederhakaan mereka dan badat resam mereka, dia jatuh berlutut, dan mula mencurahkan jiwanya dalam doa dan ungkapan kesyukuran kepada Tuhan atas apa yang telah Dia lakukan bagi saudara-saudaranya; dan dia juga dikuasai oleh ckebahagiaan; dan demikianlah mereka bertiga telah djatuh pengsan ke atas bumi.

15 Sekarang, ketika para orang suruhan raja telah melihat bahawa mereka telah terjatuh, mereka juga mula berseru kepada Tuhan, kerana ketakutan akan Tuhan telah melanda diri mereka juga, kerana amerekalah yang telah berdiri di hadapan raja dan bersaksi kepadanya berkenaan kebolehan hebat Amon.

16 Dan terjadilah bahawa mereka memanggil nama Tuhan, dengan segala kekuatan mereka, bahkan sampai mereka semuanya telah jatuh ke atas bumi, kecuali salah seorang wanita Laman, yang namanya adalah Abis, dia telah berpaling kepada Tuhan selama bertahun-tahun, kerana suatu penglihatan luar biasa ayahnya—

17 Demikianlah, setelah berpaling kepada Tuhan, dan tidak pernah menyingkapkannya, oleh itu, ketika dia melihat bahawa semua orang suruhan Lamoni telah jatuh ke bumi, dan juga majikan wanitanya, si permaisuri, dan raja, dan Amon terbaring tertelungkup di atas bumi, dia tahu bahawa itu adalah kuasa Tuhan; dan mengira bahawa kesempatan ini, dengan menyingkapkan kepada orang apa yang telah terjadi di kalangan mereka, agar dengan melihat kejadian ini, itu akan amenyebabkan mereka percaya pada kuasa Tuhan, oleh itu dia lari dari rumah ke rumah, menyingkapkannya kepada orang.

18 Dan mereka mula berhimpun bersama di rumah raja. Dan datanglah orang ramai, dan yang membuat mereka tercengang, mereka melihat raja, dan permaisuri, dan para orang suruhan mereka tertelungkup di atas bumi, dan mereka semuanya terbaring di sana seakan-akan mereka sudah mati; dan mereka juga melihat Amon, dan lihatlah, dia adalah bangsa Nefi.

19 Dan sekarang, orang mula merungut sesama sendiri; sebahagian berkata bahawa adalah suatu nahas besar yang telah menimpa diri mereka, atau diri raja dan seisi rumahnya, kerana dia telah membiarkan bangsa Nefi itu ahidup di negeri itu.

20 Tetapi yang lain menegur mereka, mengatakan: raja telah membawa kecelakaan ini ke atas seisi rumahnya, kerana dia membunuh para orang suruhannya kerana kawanan ternak mereka dicerai-beraikan di aperairan Sebus.

21 Dan mereka juga ditegur oleh para lelaki itu yang telah berdiri di perairan Sebus dan amencerai-beraikan kawanan ternak yang adalah kepunyaan raja, kerana mereka marah terhadap Amon kerana sejumlah orang yang telah dia bunuh di antara saudara-saudara mereka di perairan Sebus, semasa membela kawanan ternak raja.

22 Sekarang, salah seorang daripada mereka, yang saudaranya telah aterbunuh oleh pedang Amon, yang amat marah terhadap Amon, menghunus pedangnya dan mara ke depan agar dia boleh menikam Amon, untuk membunuhnya; dan sewaktu dia mengangkat pedangnya untuk menyerangnya, lihatlah, dia jatuh mati.

23 Sekarang, kita lihat bahawa Amon tidak dapat dibunuh, kerana aTuhan telah berfirman kepada Mosia, ayahnya: Aku akan membiarkannya hidup, dan akan terjadi kepadanya menurut imanmu—oleh itu, Mosia bmengamanahkannya kepada Tuhan.

24 Dan terjadilah bahawa ketika orang ramai melihat bahawa lelaki itu telah jatuh mati, yang mengangkat pedang untuk membunuh Amon, ketakutan melanda diri mereka semua, dan mereka tidak berani menghulurkan tangan mereka untuk menyentuhnya atau sesiapa pun daripada mereka yang telah jatuh; dan mereka mula berasa takjub lagi di kalangan diri mereka sendiri tentang apa yang mungkin menjadi sebab kuasa besar ini, atau apakah erti segala hal ini.

25 Dan terjadilah bahawa ada banyak di antara mereka yang berkata bahawa Amon adalah aRoh Agung, dan yang lain berkata dia diutus oleh Roh Agung;

26 Tetapi yang lain menegur mereka semua, mengatakan bahawa dia adalah makhluk mengerikan, yang telah diutus daripada bangsa Nefi untuk menyeksa mereka.

27 Dan ada orang yang berkata bahawa Amon diutus oleh Roh Agung untuk menyengsarakan mereka kerana kederhakaan mereka; dan bahawa Roh Agunglah yang telah selalu menyertai bangsa Nefi, yang telah senantiasa membebaskan mereka daripada tangan mereka; dan mereka berkata bahawa Roh Agung inilah yang telah menghancurkan sedemikian banyak saudara-saudara mereka, bangsa Laman.

28 Dan demikianlah perselisihan itu mula menjadi amat tajam di antara mereka. Dan sewaktu mereka sedang demikian berselisih, orang suruhan aperempuan yang telah menyebabkan orang ramai datang berkumpul bersama, dan ketika dia melihat perselisihan yang terjadi di kalangan orang ramai dia amatlah penuh dukacita, bahkan sampai berlinang air mata.

29 Dan terjadilah bahawa dia pun memegang permaisuri pada tangannya, agar barangkali dia boleh mengangkatnya dari tanah; dan sebaik saja dia menyentuh tangannya dia terbangun dan berdiri atas kakinya, dan berseru dengan suara nyaring, mengatakan: Ya terpujilah Yesus, yang telah menyelamatkan aku dari neraka yang amenyeramkan! Ya terpujilah Tuhan, bberbelas kasihanlah pada bangsa ini!

30 Dan ketika dia telah mengatakan ini, dia menggenggam tangannya, dipenuhi dengan kebahagiaan, mengucapkan banyak perkataan yang tidak difahami; dan ketika dia telah melakukan ini, dia memegang raja, Lamoni, pada tangannya, dan lihatlah dia terbangun dan berdiri atas kakinya.

31 Dan dia, dengan segera, melihat perselisihan di kalangan rakyatnya, mara dan mula menegur mereka, dan mengajar mereka akata-kata yang telah dia dengar dari mulut Amon; dan sebanyak yang mendengar kata-katanya percaya, dan berpaling kepada Tuhan.

32 Tetapi ada banyak di antara mereka yang tidak mahu mendengar kata-katanya; oleh itu mereka pergi dari situ.

33 Dan terjadilah bahawa ketika Amon terbangun dia juga melayani mereka, dan juga semua orang suruhan Lamoni; dan mereka semua memaklumkan kepada rakyat itu hal yang sama—bahawa hati mereka telah adiubah; bahawa mereka tidak lagi berhasrat untuk melakukan yang bjahat.

34 Dan lihatlah, banyak yang memaklumkan kepada rakyat itu bahawa mereka telah melihat apara malaikat dan telah bercakap-cakap dengan mereka; dan demikianlah mereka telah memberitahu mereka apa yang daripada Tuhan, dan tentang kesolehan-Nya.

35 Dan terjadilah bahawa ada banyak yang percaya pada kata-kata mereka; dan seberapa banyak yang percaya adibaptis; dan mereka menjadi umat yang soleh, dan mereka menegakkan sebuah jemaah gereja di kalangan mereka.

36 Dan demikianlah pekerjaan Tuhan bermula di kalangan bangsa Laman; demikianlah Tuhan mula mencurahkan Roh-Nya ke atas diri mereka; dan kita melihat bahawa lengan-Nya dihulurkan kepada asemua orang yang akan bertaubat dan percaya pada nama-Nya.