Kitab Suci
Alma 13


Bab 13

Kaum lelaki dipanggil sebagai imam-imam tinggi kerana iman yang amat besar dan kerja-kerja baik mereka—Mereka mesti mengajarkan perintah-perintah—Melalui kesolehan mereka dikuduskan dan masuk ke dalam peristirahatan Tuhan—Melkisedek adalah salah seorang daripada mereka ini—Para malaikat memaklumkan khabar gembira ke seluruh negeri—Mereka akan mengisyhtiharkan kedatangan Kristus yang sebenarnya. Kira-kira 82 tahun S.M.

1 Dan lagi, saudara-saudaraku, aku mahu mengarahkan fikiranmu ke depan ke waktu ketika Tuhan Raja memberikan perintah-perintah ini kepada anak-anak-Nya; dan aku menghendaki agar kamu mestilah ingat bahawa Tuhan Raja amentahbiskan para imam, menurut tarekat kudus-Nya, yang adalah menurut tarekat Putera-Nya, untuk mengajarkan hal-hal ini kepada umat.

2 Dan para imam itu ditahbiskan menurut atarekat Putera-Nya, dengan bcara di mana umat itu boleh tahu dengan cara apa menanti-nantikan Putera-Nya untuk penebusan.

3 Dan inilah cara yang menurutnya mereka ditahbiskan—adipanggil dan bdipersiapkan sejak cpengasasan dunia menurut dprapengetahuan Tuhan, kerana iman yang amat besar dan kerja-kerja baik mereka; pertamanya ditinggalkan untuk ememilih yang baik atau yang jahat; oleh itu mereka setelah memilih yang baik, dan menjalankan fiman yang amat besar, gdipanggil dengan panggilan yang kudus, ya, dengan panggilan yang kudus itu yang dipersiapkan dengan, dan menurut, suatu penebusan persiapan untuk orang yang demikian.

4 Dan demikianlah mereka telah adipanggil pada panggilan yang kudus ini kerana iman mereka, sementara yang lain mahu menolak Roh Tuhan kerana kekerasan hati mereka dan kebutaan fikiran mereka, sementara, jika bukan kerana ini mereka mungkin boleh memiliki bhak istimewa sebesar saudara-saudara mereka.

5 Atau kesimpulannya, pertamanya mereka berada pada kedudukan yang asama dengan saudara-saudara mereka; demikianlah panggilan yang kudus ini dipersiapkan sejak pengasasan dunia bagi mereka yang tidak akan mengeraskan hati mereka, dalam dan melalui korban tebusan Putera Tunggal, yang telah dipersiapkan—

6 Dan sedemikian dipanggil melalui panggilan yang kudus ini, dan ditahbiskan pada imamat tinggi dalam tarekat kudus Tuhan, untuk mengajarkan perintah-perintah-Nya kepada anak-anak manusia, agar mereka juga boleh masuk ke dalam aperistirahatan-Nya

7 Imamat tinggi ini adalah menurut tarekat Putera-Nya, yang tarekat itu ada sejak pengasasan dunia; atau dengan perkataan lain, atanpa permulaan hari atau pengakhiran tahun, dipersiapkan dari keabadian ke seluruh keabadian menurut bpra-pengetahuan-Nya tentang segala sesuatu—

8 Sekarang, mereka aditahbiskan menurut cara ini—dipanggil dengan panggilan yang kudus, dan ditahbiskan dengan tatacara kudus, dan mengambil ke atas diri mereka imamat tinggi dalam tarekat yang kudus, yang panggilan, dan tatacara, dan imamat tingginya, adalah tanpa permulaan atau pengakhiran—

9 Demikianlah mereka menjadi apara imam tinggi selamanya, menurut tarekat Putera, Anak Tunggal Bapa, yang adalah tanpa permulaan hari atau pengakhiran tahun, yang penuh dengan brahmat, kesetaraan, dan kebenaran. Dan demikianlah halnya. Amin.

10 Sekarang, seperti yang aku katakan berkenaan tarekat kudus, atau aimamat tinggi ini, ada banyak yang ditahbiskan dan menjadi para imam tinggi Tuhan; dan ini kerana iman yang amat besar dan bpertaubatan mereka, dan kesolehan mereka di hadapan Tuhan, mereka memilih untuk bertaubat dan mengerjakan kebenaran dan bukannya untuk terbinasa;

11 Oleh itu mereka dipanggil menurut tarekat kudus ini, dan adisucikan, dan bpakaian mereka dibasuh hingga putih oleh darah Anak Domba.

12 Sekarang, mereka, setelah adisucikan melalui bRoh Kudus, setelah pakaian mereka dijadikan putih, mereka menjadi cmurni dan tanpa noda di hadapan Tuhan, tidak dapat memandang pada ddosa kecuali dengan ekebencian; dan ada banyak, amat sangat banyak, yang dijadikan murni dan masuk ke dalam peristirahatan Tuhan Raja mereka.

13 Dan sekarang, saudara-saudaraku, aku menghendaki agar kamu sepatutnya merendahkan hatimu di hadapan Tuhan, dan menghasilkan abuah yang sesuai untuk pertaubatan, agar kamu boleh juga masuk ke dalam peristirahatan itu.

14 Ya, rendahkanlah hatimu bahkan seperti orang pada masa aMelkisedek, yang adalah juga seorang imam tinggi menurut tarekat yang sama ini yang telah aku bicarakan, yang juga mengambil ke atas dirinya imamat tinggi selamanya.

15 Dan adalah Melkisedek yang sama ini yang kepadanya aAbraham membayar bpersepuluhan; ya, bahkan bapa kita Abraham membayar persepuluhan iaitu sepersepuluh bahagian daripada semua yang dia miliki.

16 Sekarang, atatacara-tatacara ini diberikan menurut cara ini, agar dengan demikian orang boleh menanti-nantikan Putera Tuhan, kerana itu ialah suatu blambang tarekat-Nya, atau itu ialah tarekat-Nya, dan ini agar mereka boleh menanti-nantikan-Nya untuk pengampunan dosa-dosa mereka, agar mereka boleh masuk ke dalam peristirahatan Tuhan.

17 Sekarang, Melkisedek ini adalah raja atas negeri Salem; dan rakyatnya telah menjadi dahsyat dalam kederhakaan dan kekejian; ya, mereka telah semuanya tersesat; mereka penuh dengan segala macam kejahatan;

18 Tetapi Melkisedek setelah menjalankan iman yang amat kuat, dan menerima jawatan imamat tinggi menurut atarekat kudus Tuhan, mengkhutbahkan pertaubatan kepada rakyatnya. Dan lihatlah, mereka bertaubat; dan Melkisedek menegakkan kedamaian di negeri itu pada masa hidupnya; oleh itu dia digelar putera kedamaian, kerana dia adalah raja Salem; dan dia memerintah di bawah ayahnya.

19 Sekarang, ada abanyak sebelum dia, dan juga ada banyak sesudahnya, tetapi btiada seorang pun yang lebih agung; oleh itu, tentangnya mereka telah secara lebih khusus menyebutkannya.

20 Sekarang, aku tidak perlu menceritakan kembali hal ini; apa yang telah aku katakan boleh mencukupi. Lihatlah, atulisan suci ada di hadapanmu; jika kamu akan bmemutarbelitkannya, itu akan menjadi kehancuranmu sendiri.

21 Dan sekarang, terjadilah bahawa ketika Alma telah mengatakan perkataan-perkataan ini kepada mereka, dia menghulurkan tangannya kepada mereka dan berseru dengan suara yang amat kuat, mengatakan: Sekarang adalah waktu untuk abertaubat, kerana hari penyelamatan semakin dekat;

22 Ya, dan suara Tuhan, melalui amulut para malaikat, memaklumkannya kepada semua bangsa; ya, memaklumkannya, agar mereka boleh memperoleh khabar gembira tentang kebahagiaan yang besar; ya, dan Dia menyuarakan khabar gembira ini ke kalangan seluruh umat-Nya, ya, bahkan kepada mereka yang tercerai-berai secara luas di atas muka bumi; oleh itu, khabar gembira itu telah datang kepada kita.

23 Dan ia disingkapkan kepada kita dalam kata-kata yang ajelas, agar kita boleh memahami, agar kita tidak dapat khilaf; dan ini kerana kita adalah bpengembara di sebuah negeri asing; oleh itu, kita demikian sangat dirahmati kerana khabar gembira ini telah dimaklumkan kepada kita di semua bahagian ladang anggur kita.

24 Kerana lihatlah, apara malaikat memaklumkannya kepada banyak orang pada waktu ini di negeri kita; dan ini adalah bagi tujuan mempersiapkan hati anak-anak manusia untuk menerima firman-Nya pada waktu kedatangan-Nya dalam kemuliaan-Nya.

25 Dan sekarang, kita hanya menunggu untuk mendengar berita penuh kebahagiaan itu dimaklumkan kepada kita oleh mulut para malaikat, tentang kedatangan-Nya; kerana waktunya semakin hampir, kita atidak tahu seberapa segera. Aku sungguh-sungguh berhasrat pada Tuhan bahawa itu boleh terjadi pada masa hidupku; tetapi biarlah itu terjadi lebih cepat atau lebih lambat, di dalamnya aku akan bersukacita.

26 Dan akan disingkapkan kepada orang yang asoleh dan kudus, oleh mulut para malaikat, pada waktu kedatangan-Nya, agar perkataan-perkataan nenek moyang kita boleh digenapi, menurut apa yang telah mereka ucapkan berkenaan-Nya, yang adalah menurut roh nubuat yang ada dalam mereka.

27 Dan sekarang, saudara-saudaraku, aku aberkeinginan dari lubuk hatiku, ya, dengan kegelisahan besar bahkan hingga terasa sakit, bahawa kamu akan mendengar perkataan-perkataanku, dan mengenyahkan dosa-dosamu, dan tidak menangguhkan hari pertaubatanmu;

28 Tetapi bahawa kamu akan merendahkan hatimu di hadapan Tuhan, dan memanggil nama kudus-Nya, dan aberjaga dan berdoa secara berterusan, agar kamu tidak bdigoda melebihi apa yang dapat kamu tanggung, dan dengan demikian dituntun oleh Roh Kudus, menjadi rendah hati, clembut hati, peserah, sabar, penuh dengan kasih dan segala panjang sabar;

29 aMemiliki iman kepada Tuhan; mempunyai harapan bahawa kamu akan menerima kehidupan abadi; memiliki bkasih Tuhan selalu dalam hatimu, agar kamu boleh diangkat pada hari terakhir dan masuk ke dalam cperistirahatan-Nya.

30 Dan semoga Tuhan memberikan kepadamu pertaubatan, agar kamu tidak akan menurunkan kemurkaan-Nya ke atas dirimu, agar kamu tidak akan diikat oleh rantai aneraka, agar kamu tidak menderita bkematian kedua.

31 Dan Alma mengucapkan lebih banyak lagi perkataan kepada umat itu, yang tidak tertulis dalam kitab ini.