Kitab Suci
Alma 10


Bab 10

Lehi adalah dari keturunan Manasye—Amulek menuturkan kembali perintah malaikat agar dia menjaga Alma—Doa-doa orang soleh menyebabkan bangsa itu dibiarkan hidup—Para peguam dan hakim yang tidak soleh meletakkan asas kehancuran bangsa. Kira-kira 82 tahun S.M.

1 Sekarang, inilah aperkataan-perkataan yang bAmulek khutbahkan kepada orang yang berada di negeri Amoniha, mengatakan:

2 Aku adalah Amulek; aku adalah anak lelaki Gidona, yang adalah anak lelaki Ismael, yang adalah keturunan Aminadi; dan dia ini ialah Aminadi yang sama yang telah mentafsirkan tulisan yang ada pada tembok bait suci, yang ditulis oleh jari Tuhan.

3 Dan Aminadi adalah keturunan Nefi, yang adalah anak lelaki Lehi, yang datang dari negeri Yerusalem, yang adalah keturunan aManasye, yang adalah anak lelaki bYusuf yang cdijual ke Mesir oleh tangan saudara-saudaranya.

4 Dan lihatlah, aku juga seorang lelaki yang tidak kurang kedudukannya di kalangan mereka semua yang mengenalku; ya, dan lihatlah, aku memiliki banyak kerabat dan ateman, dan aku juga telah memperolehi banyak kekayaan dengan tangan kerajinanku.

5 Walaupun demikian, setelah semua ini, aku tidak pernah mengetahui banyak tentang jalan Tuhan, dan amisteri-misteri dan kuasa-Nya yang menakjubkan. Aku berkata aku tidak pernah mengetahui banyak tentang hal-hal ini; tetapi lihatlah, aku silap, kerana aku telah melihat banyak daripada misteri-misteri-Nya dan kuasa-Nya yang menakjubkan; ya, bahkan dalam pemeliharaan nyawa bangsa ini.

6 Walaupun demikian, aku mengeraskan hatiku, kerana aku adipanggil berulang kali dan aku tidak mahu bmendengar; oleh itu aku tahu berkenaan hal-hal ini, namun aku tidak mahu tahu; oleh itu aku terus memberontak melawan Tuhan, dalam kejahatan hatiku, bahkan sampai hari keempat dalam bulan ketujuh ini, yang dalam tahun kesepuluh zaman pemerintahan para hakim.

7 Sewaktu aku melakukan perjalanan untuk mengunjungi seorang kerabat yang sangat dekat, lihatlah seorang amalaikat Tuhan menampakkan diri kepadaku dan berkata: Amulek, kembalilah ke rumahmu sendiri, kerana engkau akan memberi makan seorang nabi Tuhan; ya, orang yang kudus, yang adalah orang terpilih oleh Tuhan; kerana dia telah bberpuasa berhari-hari kerana dosa bangsa ini, dan dia lapar, dan engkau hendaknya cmenerimanya ke dalam rumahmu dan memberinya makan, dan dia akan memberkatimu dan seisi rumahmu; dan berkat Tuhan akan berdiam atas dirimu dan seisi rumahmu.

8 Dan terjadilah bahawa aku mematuhi suara malaikat itu, dan kembali menuju rumahku. Dan sewaktu aku sedang pergi ke sana aku menemui alelaki yang malaikat katakan kepadaku: Engkau hendaknya terima ke dalam rumahmu—dan lihatlah dia adalah lelaki yang sama yang telah berbicara kepadamu berkenaan apa yang daripada Tuhan.

9 Dan malaikat berkata kepadaku dia adalah orang yang akudus; oleh itu aku tahu dia adalah orang yang kudus kerana telah dikatakan oleh seorang malaikat Tuhan.

10 Dan lagi, aku tahu bahawa apa yang dia telah bersaksikan adalah benar; kerana lihatlah aku berkata kepadamu, bahawa sebagaimana Tuhan hidup, demikian pun Dia telah mengutus amalaikat-Nya untuk menyatakan hal-hal ini kepadaku; dan hal ini telah Dia lakukan semasa Alma ini telah bberdiam di rumahku.

11 Kerana lihatlah, dia telah amemberkati seisi rumahku, dia telah memberkatiku, dan kaum wanitaku, dan anak-anakku, dan ayahku dan sanak saudaraku; ya, bahkan semua kerabatku telah dia berkati, dan berkat Tuhan telah berdiam atas diri kami menurut perkataan-perkataan yang dia ucapkan.

12 Dan sekarang, ketika Amulek telah mengucapkan perkataan-perkataan ini orang banyak mula tercengang, memandangkan ada alebih daripada seorang saksi yang bersaksi tentang apa yang mereka dituduhkan, dan juga tentang apa yang akan datang, menurut roh nubuat yang ada dalam diri mereka.

13 Walaupun demikian, ada beberapa di kalangan mereka yang berfikir untuk menanyai mereka, agar melalui amuslihat licik mereka, mereka boleh menangkap mereka dalam perkataan-perkataan mereka, agar mereka boleh menemukan saksi menentang mereka, agar mereka boleh menyerahkan mereka kepada para hakim mereka agar mereka boleh dihakimi menurut hukum, dan agar mereka boleh dibunuh atau dilemparkan ke dalam penjara, menurut jenayah yang mereka dapat tampakkan atau persaksikan menentang mereka.

14 Sekarang, lelaki-lelaki itu yang berusaha untuk menghancurkan mereka, yang merupakan apara peguam, yang diupah atau dilantik oleh orang banyak untuk melaksanakan hukum pada waktu perbicaraan mereka, atau dalam perbicaraan untuk jenayah-jenayah orang banyak di hadapan para hakim.

15 Sekarang, para peguam ini terpelajar dalam segala ilmu penipuan dan kelicikan bangsa itu; dan ini adalah untuk memungkinkan mereka agar mereka boleh menjadi cekap dalam pekerjaan mereka.

16 Dan terjadilah bahawa mereka mula menyoal Amulek, agar dengan demikian mereka boleh membuat dia melawan perkataan-perkataannya, atau menyanggah perkataan-perkataan yang akan dia ucapkan.

17 Sekarang, mereka tidak tahu bahawa Amulek dapat mengetahui tentang rancangan mereka. Tetapi terjadilah semasa mereka mula menyoalkannya, dia amenanggap fikiran mereka, dan dia berkata kepada mereka: Wahai kamu bgenerasi yang jahat dan suka melawan, kamu para peguam dan orang munafik, kerana kamu sedang meletakkan landasan-landasan iblis; kerana kamu sedang meletakkan cperangkap dan jerat untuk menangkap orang kudus Tuhan.

18 Kamu membuat rancangan untuk amenyimpangkan jalan orang soleh, dan untuk membawa kemurkaan Tuhan ke atas kepalamu, bahkan pada kehancuran sepenuhnya bangsa ini.

19 Ya, benarlah yang Mosia katakan, yang adalah raja terakhir kita, ketika dia hampir menyerahkan kerajaan, tanpa memiliki seorang pun untuk menganugerahkannya kepadanya, akibatnya rakyat ini mesti diperintah oleh suara mereka sendiri—ya, benarlah yang dia katakan bahawa jika waktunya akan tiba ketika suara rakyat ini akan amemilih kederhakaan, iaitu, jika waktunya akan tiba ketika rakyat ini akan jatuh ke dalam pelanggaran, mereka akan matang untuk kehancuran.

20 Dan sekarang, aku berkata kepadamu bahawa benarlah Tuhan menghakimi kederhakaanmu; benarlah Dia berseru kepada orang ini, melalui suara apara malaikat-Nya: Bertaubatlah kamu, bertaubatlah, kerana kerajaan syurga cepat tiba.

21 Ya, benarlah Dia berseru, melalui suara para malaikat-Nya bahawa: aAku akan turun ke kalangan umat-Ku, dengan kesetaraan dan keadilan dalam tangan-Ku.

22 Ya, dan aku berkata kepadamu bahawa jika bukan kerana adoa-doa orang yang soleh, yang sekarang berada di negeri ini, maka kamu akan bahkan sekarang dikunjungi dengan kehancuran sepenuhnya; namun tidak akan dengan bair bah, seperti orang pada masa Nuh, tetapi akan dengan kebuluran, dan dengan wabak, dan pedang.

23 Tetapi adalah kerana adoa-doa daripada yang soleh maka kamu dibiarkan hidup; sekarang, oleh itu, jika kamu akan mengusir yang soleh dari kalanganmu maka tidak akanlah Tuhan menahan tangan-Nya; tetapi dalam kemurkaan dahsyat-Nya Dia akan keluar menentangmu; maka kamu akan didera dengan kebuluran, dan dengan wabak, dan dengan pedang; dan bwaktu itu segera tiba kecuali kamu bertaubat.

24 Dan sekarang, terjadilah bahawa orang lebih marah terhadap Amulek, dan mereka berseru, mengatakan: Orang ini mencaci maki hukum kita yang adil, dan para ahli peguam kita yang bijak yang telah kita pilih.

25 Tetapi Amulek menghulurkan tangannya, dan berseru lebih kuat kepada mereka, mengatakan: Wahai kamu generasi yang jahat dan suka melawan, mengapakah Setan telah memiliki cengkaman sedemikian besarnya atas hatimu? Mengapakah kamu akan menyerahkan dirimu kepadanya sehingga dia boleh memiliki kuasa atas dirimu, untuk amembutakan matamu, sehingga kamu tidak mahu mengerti perkataan yang diucapkan, menurut kebenarannya?

26 Kerana lihatlah, adakah aku telah bersaksi menentang hukummu? Kamu tidak mengerti; kamu berkata bahawa aku telah berbicara menentang hukummu; tetapi aku tidak melakukan itu, sebaliknya aku telah berbicara berpihak pada hukummu, untuk penghukumanmu.

27 Dan sekarang, lihatlah, aku berkata kepadamu, bahawa asas kehancuran bangsa ini sudah mula diletakkan oleh ketidaksolehan apara peguammu dan para hakimmu.

28 Dan sekarang, terjadilah bahawa ketika Amulek telah mengucapkan perkataan-perkataan ini, orang berseru menentangnya, mengatakan: Sekarang kita tahu bahawa orang ini adalah anak iblis, kerana dia telah aberdusta kepada kita; kerana dia telah berbicara menentang hukum kita. Dan sekarang dia berkata bahawa dia tidak berbicara menentangnya.

29 Dan lagi, dia telah mencaci maki para peguam kita, dan para hakim kita.

30 Dan terjadilah bahawa para peguam menaruhnya ke dalam hati mereka bahawa mereka mestinya mengingati hal-hal ini menentangnya.

31 Dan ada seorang di kalangan mereka yang namanya adalah Zezrom. Sekarang, dia adalah yang terutama amenuduh Amulek dan Alma, dia adalah salah seorang yang paling cerdik di kalangan mereka, kerana menjalankan banyak perniagaan di kalangan rakyat.

32 Sekarang, tujuan para peguam ini adalah untuk memperoleh keuntungan; dan mereka memperoleh keuntungan menurut kerja mereka.