Kitab Suci
3 Nefi 9


Bab 9

Di dalam kegelapan, suara Kristus mengisytiharkan kehancuran banyak orang dan kota kerana kejahatan mereka—Dia juga mengisytiharkan keilahian-Nya, mengumumkan bahawa hukum Musa telah digenapi, dan mengajak manusia untuk datang kepada-Nya dan diselamatkan. Kira-kira 34 tahun M.

1 Dan terjadilah bahawa terdapat suatu asuara yang didengari di kalangan seluruh penghuni bumi, di atas seluruh permukaan negeri ini, menyerukan:

2 Celakalah, celakalah, celakalah orang ini; acelakalah kepada para penghuni seluruh bumi kecuali mereka akan bertaubat; kerana iblis btertawa, dan para malaikatnya bergembira, kerana terbunuhnya anak-anak lelaki dan perempuan umat-Ku yang rupawan; dan disebabkan kederhakaan dan kekejian merekalah maka mereka telah terbunuh!

3 Lihatlah, Kota Zarahemla yang besar itu telah Aku bakar dengan api, dan para penghuni di dalamnya.

4 Dan lihatlah, Aku telah menyebabkan Kota Moroni yang besar itu untuk ditenggelamkan ke dasar laut, dan para penghuninya untuk dilemaskan.

5 Dan lihatlah, Kota Moroniha yang besar itu telah Aku timbus dengan tanah, dan para penghuni di dalamnya, untuk menyembunyikan kederhakaan mereka dan kekejian mereka dari hadapan muka-Ku, agar darah para nabi dan orang suci tidak akan datang lagi kepada-Ku untuk menentang mereka.

6 Dan lihatlah, Aku telah menyebabkan Kota Gilgal untuk ditenggelamkan, dan para penghuni di dalamnya untuk dikubur di dalam tanah;

7 Ya, dan Kota Oniha dan para penghuninya, dan Kota Mokum, dan para penghuninya, dan Kota Yerusalem dan para penghuninya; dan aku telah menyebabkan aair untuk datang melimpah, untuk menyembunyikan kejahatan dan kekejian mereka dari hadapan muka-Ku, agar darah para nabi dan orang suci tidak akan datang kepada-Ku lagi untuk menentang mereka.

8 Dan lihatlah, Kota Gadiandi, dan Kota Gadiomna, dan Kota Yakub, dan Kota Gimgimno, Aku telah menyebabkan semua ini untuk ditenggelamkan, dan membuat abukit dan lembah di tempatnya; dan para penghuninya telah Aku kuburkan di dalam tanah, untuk menyembunyikan kejahatan dan kekejian mereka dari hadapan muka-Ku, agar darah para nabi dan orang suci tidak akan datang lagi kepada-Ku untuk menentang mereka.

9 Dan lihatlah, Kota Yakobugat yang besar itu, yang telah dihuni oleh rakyat raja Yakub, telah Aku sebabkan untuk dibakar dengan api kerana dosa-dosa mereka dan kejahatan mereka, yang melebihi segala kejahatan di seluruh bumi, kerana pembunuhan dan komplot-komplot arahsia mereka; kerana merekalah yang telah menghancurkan kedamaian umat-Ku dan pemerintahan negeri itu; oleh itu Aku menyebabkan mereka dibakar, untuk bmenghancurkan mereka dari hadapan muka-Ku, agar darah para nabi dan orang suci tidak akan datang lagi kepada-Ku untuk menentang mereka.

10 Dan lihatlah, Kota Laman, dan Kota Yos, dan Kota Gad, dan Kota Kiskumen, telah Aku sebabkan untuk dibakar dengan api, dan para penghuninya, kerana kejahatan mereka dalam mengusir para nabi, dan merejam mereka yang telah Aku utuskan untuk memaklumkan kepada mereka tentang kejahatan mereka dan kekejian mereka.

11 Dan kerana mereka telah mengusir mereka semua, sehingga tidak ada seorang pun yang soleh di kalangan mereka, Aku menurunkan aapi dan menghancurkan mereka, agar kejahatan dan kekejian mereka boleh disembunyikan dari hadapan muka-Ku, agar darah para nabi dan orang suci yang telah Aku utuskan di kalangan mereka tidak akan berseru kepada-Ku bdari dalam tanah untuk menentang mereka.

12 Dan abanyak kehancuran besar yang telah Aku sebabkan untuk datang pada negeri ini, dan kepada bangsa ini, kerana kejahatan mereka dan kekejian mereka.

13 Wahai kamu semua yang telah adibiarkan hidup kerana kamu lebih soleh daripada mereka, tidakkah kamu akan kembali kepada-Ku sekarang, dan bertaubat dari dosa-dosamu, dan bertukar hati, agar Aku boleh bmenyembuhkanmu?

14 Ya, sesungguhnya Aku berkata kepadamu, jika kamu akan adatang kepada-Ku kamu akan memperoleh bkehidupan kekal. Lihatlah, ctangan belas kasihan-Ku dihulurkan kepadamu, dan sesiapa yang akan datang, dia akan Aku terima; dan diberkatilah mereka yang datang kepada-Ku.

15 Lihatlah, Akulah Yesus Kristus Putera Tuhan. Aku amenciptakan langit dan bumi, dan segala sesuatu yang ada di dalamnya. bAku berada bersama Bapa sejak dari permulaan. Aku berada di dalam Bapa, dan Bapa di dalam Aku; dan di dalam Akulah Bapa telah memuliakan nama-Nya.

16 Aku datang kepada umat milik-Ku, dan umat milik-Ku atidak menerima-Ku. Dan tulisan suci tentang kedatangan-Ku sudah digenapi.

17 Dan seberapa banyak yang telah menerima Aku, kepada merekalah telah Aku abenarkan untuk menjadi anak-anak Tuhan; dan bahkan demikianlah juga akan Aku benarkan kepada seberapa banyak yang akan percaya kepada nama-Ku, kerana lihatlah, melalui Aku bpenebusan datang, dan di dalam Aku chukum Musa telah digenapi.

18 Akulah acahaya dan hidup dunia ini. Akulah bAlfa dan Omega, yang awal dan yang akhir.

19 Dan kamu akan mempersembahkan kepada-Ku abukan lagi penumpahan darah; ya, korban-korbanmu dan korban pembakaranmu akan ditamatkan, kerana Aku tidak akan menerima korban-korbanmu dan korban pembakaranmu.

20 Dan kamu akan mempersembahkan sebagai akorban kepada-Ku sebuah hati yang hancur dan roh yang menyesal. Dan sesiapa yang datang kepada-Ku dengan sebuah hati yang hancur dan roh yang menyesal, dialah akan Aku bbaptiskan dengan api dan dengan Roh Kudus, bahkan seperti bangsa Laman, kerana iman mereka kepada-Ku pada waktu pertukaran hati mereka, telah dibaptiskan dengan api dan dengan Roh Kudus, dan mereka tidak mengetahuinya.

21 Lihatlah, Aku telah datang ke dunia ini untuk mendatangkan penebusan kepada dunia, untuk menyelamatkan dunia dari dosa.

22 Oleh itu, sesiapa yang abertaubat dan datang kepada-Ku seperti seorang banak kecil, dialah yang akan Aku terima, kerana demikianlah kerajaan Tuhan. Lihatlah, untuk yang demikianlah telah Aku cserahkan nyawa-Ku, dan telah mengambilnya kembali; oleh itu bertaubatlah, dan datanglah kepada-Ku kamu di seluruh penghujung bumi ini, dan diselamatkanlah.