Kitab Suci
3 Nefi 6


Bab 6

Bangsa Nefi makmur—Keangkuhan, kekayaan, dan perbezaan darjat timbul—Gereja dipecah-belahkan oleh pembelotan—Setan memimpin bangsa itu dalam pemberontakan terbuka—Banyak nabi menyerukan pertaubatan dan dibunuh—Para pembunuh mereka bersubahat untuk mengambil alih pemerintahan. Kira-kira 26–30 tahun M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa bangsa Nefi semuanya kembali ke negeri-negeri mereka sendiri pada tahun kedua puluh enam, setiap lelaki, bersama keluarganya, kawanan dombanya dan kawanan ternakannya, kuda-kuda dan lembunya, dan segala benda apa pun yang merupakan kepunyaan mereka.

2 Dan terjadilah bahawa mereka tidak melahap seluruh bekalan mereka; oleh itu mereka membawa bersama mereka segala yang tidak mereka lahap, dari segala biji-bijian mereka dari setiap jenis, dan emas mereka, dan perak mereka, dan segala benda berharga mereka, dan mereka kembali ke negeri-negeri mereka sendiri dan harta benda mereka, baik di utara mahupun di selatan, baik di negeri sebelah utara mahupun di negeri sebelah selatan.

3 Dan mereka memberikan kepada para perompak itu yang telah masuk ke dalam perjanjian untuk memelihara kedamaian negeri itu, yang ingin kekal menjadi bangsa Laman, negeri-negeri, menurut jumlah mereka, agar mereka boleh mempunyai, dengan usaha mereka, sesuatu untuk meneruskan hidup; dan demikianlah mereka menegakkan kedamaian di seluruh negeri itu.

4 Dan mereka mulai menjadi makmur lagi dan bertambah kuat; dan tahun kedua puluh enam dan tujuh berlalu, dan terdapat ketertiban yang besar di dalam negeri itu; dan mereka telah membentuk hukum-hukum mereka menurut kesaksamaan dan keadilan.

5 Dan sekarang, tidak ada apa pun di dalam seluruh negeri itu yang menghalang orang itu daripada menjadi makmur secara berterusan, melainkan mereka jatuh ke dalam pelanggaran.

6 Dan sekarang, Gidgidonilah, dan hakim tersebut, iaitu Lakoneus, dan mereka yang telah dilantik sebagai para pemimpin, yang telah menegakkan kedamaian yang besar ini di dalam negeri itu.

7 Dan terjadilah bahawa banyak kota yang baru telah dibina, dan banyak kota yang lama telah dibaiki.

8 Dan banyak jalan-jalan utama dibangunkan, dan banyak jalan dibuat, yang menghubungkan dari kota ke kota, dan dari negeri ke negeri, dan dari suatu tempat ke suatu tempat.

9 Dan demikianlah berlalunya tahun kedua puluh lapan, dan orang itu mempunyai kedamaian yang berlanjutan.

10 Tetapi terjadilah pada tahun kedua puluh sembilan mulai terdapat beberapa perselisihan di kalangan orang itu; dan beberapa orang terangkat-angkat di dalam akeangkuhan dan kemegahan disebabkan kekayaan mereka yang sangat banyak, ya, bahkan sehingga penganiayaan yang besar;

11 Kerana ada banyak pedagang di dalam negeri itu, dan juga banyak peguam, dan banyak pegawai.

12 Dan orang ramai mulai dibezakan menurut kedudukan, menurut akekayaan mereka dan peluang pembelajaran mereka; ya, terdapat beberapa yang tidak berpengetahuan kerana kemiskinan mereka, dan yang lain menerima pembelajaran yang tinggi kerana kekayaan mereka.

13 Beberapa orang terangkat-angkat di dalam keangkuhan, dan yang lainnya amat rendah hati; beberapa yang membalas cacian dengan cacian, sementara yang lain akan menerima cacian dan apenganiayaan dan segala jenis kesengsaraan, dan tidak mahu membalas dan bmencaci kembali, tetapi begitu rendah hati dan menyesal di hadapan Tuhan.

14 Dan demikianlah terdapat ketidaksaksamaan yang besar di seluruh negeri itu, sedemikian rupa sehingga gereja mulai terpecah-belah; ya, sedemikian rupa sehingga pada tahun ketiga puluh gereja telah terpecah-belah di seluruh negeri kecuali di kalangan sedikit bangsa Laman yang berpaling kepada kepercayaan yang benar; dan mereka tidak akan meninggalkannya, kerana mereka teguh, dan tabah, dan tak tergoyahkan, rela dengan seluruh aketekunan untuk mentaati perintah-perintah Tuhan.

15 Sekarang, penyebab kederhakaan orang ini adalah ini—Setan memiliki kuasa yang besar, untuk menghasut orang ramai untuk melakukan bermacam-macam kederhakaan, dan untuk mengembungkan mereka dengan keangkuhan, menggoda mereka untuk mencari kekuasaan, dan wewenang, dan kekayaan, dan hal-hal yang sia-sia dari dunia ini.

16 Dan demikianlah Setan menyesatkan hati orang itu untuk melakukan bermacam-macam kederhakaan; oleh itu mereka telah menikmati kedamaian hanya selama beberapa tahun.

17 Dan demikianlah, pada permulaan tahun ketiga puluh—setelah bangsa itu telah diserahkan untuk tempoh waktu yang lama untuk dibawa oleh agodaan iblis ke mana-mana pun yang dia ingin membawa mereka, dan untuk melakukan apa-apa pun kederhakaan yang dia ingin mereka lakukan—dan demikianlah pada permulaan ini, tahun ketiga puluh, mereka berada dalam keadaan kejahatan yang dahsyat.

18 Sekarang, mereka bukannya berdosa asecara tidak sedar, kerana mereka mengetahui kehendak Tuhan terhadap mereka, kerana ianya telah diajarkan kepada mereka; oleh itu mereka dengan relanya bmemberontak melawan Tuhan.

19 Dan sekarang, hal ini terjadi pada masa Lakoneus, anak lelaki Lakoneus, kerana Lakoneus mengisi kerusi ayahnya dan memerintah bangsa itu pada tahun tersebut.

20 Dan mulai terdapat lelaki-lelaki yang adiilhami dari syurga dan diutus, berdiri di kalangan orang ramai di seluruh negeri itu, berkhutbah dan bersaksi dengan berani tentang dosa dan kederhakaan bangsa itu, dan bersaksi kepada mereka tentang penebusan yang Tuhan akan lakukan untuk umat-Nya, atau dengan perkataan lain, kebangkitan Kristus; dan mereka bersaksi dengan berani tentang bkematian dan penderitaan-Nya.

21 Sekarang, terdapat banyak daripada orang ramai yang amat marah disebabkan oleh mereka yang bersaksi tentang hal-hal ini; dan mereka yang marah terutamanya merupakan para hakim utama, dan mereka yang atelah menjadi imam tinggi dan peguam; ya, mereka semua yang merupakan peguam marah terhadap mereka yang bersaksi tentang hal-hal ini.

22 Sekarang, tidak ada seorang peguam atau hakim atau imam tinggi yang dapat mempunyai kuasa untuk menghukum mati sesiapa pun kecuali hukuman mereka itu ditandatangani oleh pentadbir negeri itu.

23 Sekarang, terdapat banyak daripada mereka yang bersaksi tentang hal-hal yang berkaitan dengan Kristus yang bersaksi dengan berani, yang ditangkap dan dihukum mati secara rahsia oleh para hakim tersebut, dan pengetahuan tentang kematian mereka tidak disampaikan kepada pentadbir negeri itu sehinggalah selepas kematian mereka.

24 Sekarang, lihatlah, ini bertentangan dengan hukum-hukum negeri itu, bahawa sesiapa pun harus dihukum mati kecuali hakim-hakim itu mendapat kuasa daripada pentadbir negeri—

25 Oleh itu aduan sampai ke negeri Zarahemla, kepada pentadbir negeri itu, yang menentang para hakim ini yang telah menghukum mati para nabi Tuhan, tanpa menurut hukum.

26 Sekarang, terjadilah bahawa mereka ditangkap dan dibawa ke hadapan hakim, untuk dihakimi di atas jenayah yang telah mereka lakukan, menurut ahukum yang telah diberikan oleh rakyat.

27 Sekarang, terjadilah bahawa para hakim itu mempunyai ramai teman dan kerabat; dan yang selebihnya, ya, bahkan hampir semua peguam dan imam tinggi, telah berkumpul bersama, dan bersatu dengan kerabat para hakim itu yang akan diadili menurut hukum.

28 Dan mereka masuk ke dalam aperjanjian di antara satu sama lain, ya, bahkan ke dalam perjanjian yang diberikan oleh mereka sejak dahulu kala, yang mana perjanjian itu diberikan dan dijalankan oleh biblis, untuk bergabung melawan segala kesolehan.

29 Oleh itu mereka bergabung melawan umat Tuhan, dan masuk ke dalam sebuah perjanjian untuk menghancurkan mereka, dan untuk membebaskan mereka yang bersalah dalam pembunuhan dari genggaman keadilan, yang tidak lama lagi akan dijalankan menurut hukum.

30 Dan mereka menentang hukum dan hak-hak negara mereka; dan mereka membuat perjanjian di antara satu sama lain untuk menghancurkan pentadbir itu, dan untuk menabalkan seorang araja di atas negeri itu, agar negeri itu tidak lagi berada di dalam kemerdekaan tetapi harus tunduk kepada raja-raja.