Kitab Suci
3 Nefi 19


Bab 19

Kedua belas pengikut melayani orang itu dan berdoa untuk Roh Kudus—Para pengikut dibaptiskan dan menerima Roh Kudus dan pelayanan para malaikat—Yesus berdoa menggunakan perkataan yang tidak dapat dituliskan—Dia bersaksi tentang iman bangsa Nefi ini yang amat besar. Kira-kira 34 tahun M.

1 Dan sekarang, terjadilah bahawa apabila Yesus telah naik ke syurga, orang ramai bersurai, dan setiap lelaki membawa isterinya dan anak-anaknya dan kembali ke rumahnya sendiri.

2 Dan telah diserukan ke merata tempat di kalangan orang itu dengan segera, sebelum hari gelap, bahawa orang ramai telah melihat Yesus, dan bahawa Dia telah melayani mereka, dan bahawa Dia juga akan memperlihatkan diri-Nya pada keesokan hari kepada orang ramai itu.

3 Ya, dan bahkan sepanjang malam telah dikhabarkan ke merata tempat tentang Yesus; dan telah menghantar mereka yang sudah melihat Yesus untuk mengkhabarkannya kepada orang ramai, sehingga ada banyak orang, ya, jumlah yang amat besar, yang telah bekerja keras sepanjang malam itu, agar mereka boleh berada di tempat di mana Yesus akan memperlihatkan diri-Nya kepada orang ramai pada keesokan harinya.

4 Dan terjadilah bahawa pada keesokan harinya, apabila orang ramai berkumpul bersama, lihatlah, Nefi dan saudaranya yang telah dia hidupkan kembali dari yang mati, yang bernama Timotius, dan juga anak lelakinya, yang bernama Yonas, dan juga Matoni, dan Matoniha, saudaranya, dan Kumen, dan Kumenonhi, dan Yeremia, dan Semnon, dan Yonas, dan Zedekia, dan Yesaya—sekarang, ini adalah nama-nama para pengikut yang telah Yesus pilih—dan terjadilah bahawa mereka maju dan berdiri di tengah-tengah orang ramai.

5 Dan lihatlah, orang ramai begitu banyak sehingga mereka menyuruh agar mereka harus dipisahkan ke dalam dua belas kumpulan.

6 Dan kedua belas pengikut itu mengajar orang ramai; dan lihatlah, mereka telah menyuruh agar orang ramai harus berlutut di atas permukaan tanah, dan harus berdoa kepada Bapa dalam nama Yesus.

7 Dan para pengikut itu juga berdoa kepada Bapa dalam nama Yesus. Dan terjadilah bahawa mereka bangun dan melayani orang ramai.

8 Dan apabila mereka telah mengajarkan firman yang sama yang telah Yesus firmankan—tidak sedikit pun berbeza daripada firman yang telah Yesus firmankan—lihatlah, mereka berlutut kembali dan berdoa kepada Bapa dalam nama Yesus.

9 Dan mereka berdoa untuk perkara yang paling mereka inginkan; dan mereka menginginkan agar aRoh Kudus harus diberikan kepada mereka.

10 Dan apabila mereka telah berdoa sedemikian mereka turun ke pinggir air, dan orang ramai mengikuti mereka.

11 Dan terjadilah bahawa Nefi turun ke adalam air dan dibaptiskan.

12 Dan dia keluar dari dalam air dan mulai membaptiskan. Dan dia membaptiskan mereka semua yang telah Yesus pilih.

13 Dan terjadilah apabila mereka semua telah adibaptiskan dan telah keluar dari dalam air, Roh Kudus turun ke atas diri mereka, dan mereka dipenuhi dengan bRoh Kudus dan dengan api.

14 Dan lihatlah, mereka adikelilingi seolah-olah oleh api; dan ia turun dari langit, dan orang ramai telah menyaksikannya, dan memberikan kesaksian; dan para malaikat turun dari syurga dan melayani mereka.

15 Dan terjadilah bahawa semasa malaikat melayani para pengikut tersebut, lihatlah, Yesus datang dan berdiri di tengah-tengah dan melayani mereka.

16 Dan terjadilah bahawa Dia berfirman kepada orang ramai itu, dan memerintahkan mereka agar mereka harus berlutut kembali di atas tanah, dan agar para pengikut-Nya juga harus berlutut di atas tanah.

17 Dan terjadilah bahawa apabila mereka semua sudah berlutut di atas tanah, Dia memerintahkan para pengikut-Nya agar mereka harus berdoa.

18 Dan lihatlah, mereka mulai berdoa; dan mereka berdoa kepada Yesus, memanggil Dia Tuhan mereka dan Raja mereka.

19 Dan terjadilah bahawa Yesus pergi dari tengah-tengah mereka, dan pergi jauh sedikit daripada mereka dan membongkokkan diri-Nya ke atas tanah, dan Dia berkata:

20 Bapa, Aku berterima kasih kepada-Mu bahawa Engkau telah memberikan Roh Kudus kepada mereka yang telah Aku pilih ini; dan oleh kerana kepercayaan mereka kepada-Ku maka Aku telah memilih mereka dari dunia ini.

21 Bapa, Aku meminta kepada-Mu agar Engkau akan memberikan Roh Kudus kepada mereka semua yang akan percaya pada perkataan mereka.

22 Bapa, Engkau telah memberi mereka Roh Kudus kerana mereka percaya kepada-Ku; dan Engkau melihat bahawa mereka percaya kepada-Ku kerana Engkau mendengar mereka, dan mereka berdoa kepada-Ku; dan mereka berdoa kepada-Ku kerana Aku berada bersama mereka.

23 Dan sekarang Bapa, Aku berdoa kepada-Mu untuk mereka, dan juga untuk mereka semua yang akan percaya pada perkataan mereka, agar mereka boleh percaya kepada-Ku, agar Aku boleh berada di dalam diri mereka aseperti Engkau, Bapa, berada di dalam Aku, agar kami dapat menjadi bsatu.

24 Dan terjadilah bahawa apabila Yesus telah berdoa sedemikian kepada Bapa, Dia datang kepada para pengikut-Nya, dan lihatlah, mereka masih meneruskan, tanpa henti, berdoa kepada-Nya; dan mereka tidak amengulang-ulang banyak perkataan, kerana telah diberikan kepada mereka perkara yang harus mereka bdoakan, dan mereka dipenuhi dengan keinginan.

25 Dan terjadilah bahawa Yesus memberkati mereka sewaktu mereka berdoa kepada-Nya; dan wajah-Nya tersenyum kepada mereka, dan sinar awajah-Nya menyinari mereka, dan lihatlah mereka bseputih wajah dan juga pakaian Yesus; dan lihatlah keputihannya melebihi segala keputihan, ya, bahkan tidak terdapat apa pun di atas bumi yang sebegitu putih seperti keputihan itu.

26 Dan Yesus berfirman kepada mereka: Teruslah berdoa; dan mereka tidak berhenti berdoa.

27 Dan Dia berpaling daripada mereka lagi, dan pergi jauh sedikit dan membongkokkan diri-Nya ke atas tanah; dan Dia berdoa lagi kepada Bapa, mengatakan:

28 Bapa, Aku berterima kasih kepada-Mu bahawa Engkau telah amenyucikan mereka yang telah Aku pilih, kerana iman mereka, dan Aku berdoa untuk mereka, dan juga untuk mereka yang akan percaya pada perkataan mereka, agar mereka boleh disucikan di dalam Aku, melalui iman pada perkataan mereka, bahkan seperti mereka disucikan di dalam Aku.

29 Bapa, Aku tidak berdoa untuk dunia, tetapi untuk mereka yang telah Engkau berikan kepada-Ku adari dunia ini, kerana iman mereka, agar mereka boleh disucikan di dalam Aku, agar Aku boleh berada di dalam diri mereka seperti Engkau, Bapa, berada di dalam Aku, agar kami boleh menjadi satu, agar Aku boleh dimuliakan di dalam diri mereka.

30 Dan apabila Yesus telah memfirmankan firman ini Dia datang kembali kepada para pengikut-Nya; dan lihatlah mereka berdoa dengan tabah, tanpa henti, kepada-Nya; dan Dia tersenyum kepada mereka lagi; dan lihatlah mereka aputih, bahkan seperti Yesus.

31 Dan terjadilah bahawa Dia pergi jauh sedikit lagi dan berdoa kepada Bapa;

32 Dan lidah tidak dapat mengucapkan perkataan yang Dia doakan, tidak juga dapat adituliskan oleh manusia perkataan yang Dia doakan.

33 Dan orang ramai mendengar dan memberikan kesaksian; dan hati mereka terbuka dan mereka memahami di dalam hati mereka perkataan yang Dia doakan.

34 Walaupun demikian, begitu besar dan menakjubkan perkataan yang Dia doakan sehingga tidak dapat dituliskan, tidak juga dapat adituturkan oleh manusia.

35 Dan terjadilah bahawa apabila Yesus telah selesai berdoa Dia datang kembali kepada para pengikut, dan berfirman kepada mereka: aIman yang sedemikian besar belum pernah Aku lihat di kalangan semua orang Yahudi; sebab itu Aku tidak dapat memperlihatkan kepada mereka mukjizat-mukjizat yang sedemikian besar, kerana bketidakpercayaan mereka.

36 Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, tidak ada seorang pun daripada mereka yang telah melihat hal-hal yang sebegitu besar seperti yang telah kamu lihat; tidak juga mereka pernah mendengar hal-hal yang sebegitu besar seperti yang telah kamu dengari.