Kitab Suci
3 Nefi 13


Bab 13

Yesus mengajarkan bangsa Nefi Doa Tuhan—Mereka harus menyimpan harta di syurga—Dua belas murid diperintahkan untuk tidak memikirkan hal-hal duniawi dalam pelayanan mereka—Bandingkan dengan Matius 6. Kira-kira 34 tahun M.

1 Sesungguh-sungguhnya, Aku berfirman bahawa Aku menginginkan agar kamu harus memberikan asedekah kepada yang miskin; tetapi berjaga-jagalah agar kamu tidak melakukan sedekahmu di hadapan orang untuk dilihat oleh mereka; jika tidak kamu tidak memperoleh ganjaran daripada Bapamu yang berada di dalam syurga.

2 Oleh itu, apabila kamu akan memberikan sedekahmu janganlah membunyikan sangkakala di hadapanmu, seperti yang orang munafik akan lakukan di saumaah-saumaah dan di jalanan, agar mereka boleh memperoleh akepujian manusia. Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, mereka mempunyai ganjaran mereka.

3 Tetapi apabila kamu memberikan sedekah janganlah biarkan tangan kirimu mengetahui apa yang tangan kananmu lakukan;

4 Agar sedekahmu adalah tersembunyi; dan Bapamu yang melihat apa yang tersembunyi, Dia sendiri akan memberi engkau ganjaran secara terbuka.

5 Dan apabila engkau aberdoa janganlah engkau berdoa seperti orang munafik, kerana mereka suka berdoa, berdiri di dalam saumaah-saumaah dan di selekoh jalanan, agar mereka boleh dilihat oleh orang lain. Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, mereka mempunyai ganjaran mereka.

6 Tetapi engkau, apabila engkau berdoa, masuklah ke dalam bilikmu, dan apabila engkau telah menutup pintumu, berdoalah kepada Bapamu yang tersembunyi; dan Bapamu, yang melihat apa yang tersembunyi, akan memberi engkau ganjaran secara terbuka.

7 Tetapi apabila kamu berdoa, janganlah mengucapkan pengulangan yang sia-sia, seperti orang kafir, kerana mereka berfikir bahawa mereka akan didengari kerana pengucapan mereka yang banyak.

8 Janganlah kamu menjadi seperti mereka, kerana Bapamu amengetahui hal-hal yang kamu perlukan sebelum kamu meminta kepada-Nya.

9 Dengan acara inilah kamu harus bberdoa: cBapa kami yang berada di dalam syurga, dikuduskanlah nama-Mu.

10 Terjadilah Kehendak-Mu di atas bumi seperti di dalam syurga.

11 Dan ampunilah dosa-dosa kami, seperti kami mengampuni yang berdosa kepada kami.

12 Dan janganlah amenuntun kami ke dalam godaan, tetapi bebaskanlah kami daripada yang jahat.

13 Kerana milik-Mulah kerajaan, dan kuasa, dan kemuliaan, selamanya. Amin.

14 Kerana, jika kamu amengampuni pelanggaran orang lain Bapa syurgawimu juga akan mengampunimu;

15 Tetapi jika kamu tidak mengampuni pelanggaran orang lain Bapamu juga tidak akan mengampuni pelanggaranmu.

16 Tambahan pula, apabila kamu aberpuasa janganlah seperti orang munafik, berwajah sedih, kerana mereka memuramkan muka agar mereka boleh dilihat sedang berpuasa oleh orang lain. Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, mereka mempunyai ganjaran mereka.

17 Tetapi engkau, apabila engkau berpuasa, sapulah minyak pada kepalamu, dan basuhlah mukamu;

18 Agar engkau tidak kelihatan sedang berpuasa oleh orang lain, tetapi kepada Bapamu, yang atersembunyi; dan Bapamu yang melihat apa yang tersembunyi, akan memberimu ganjaran secara terbuka.

19 Janganlah menyimpan bagi dirimu harta-harta di atas bumi, di mana rama-rama dan karat dapat merosakkan, dan pencuri dapat memecah masuk dan mencuri;

20 Tetapi simpanlah bagi dirimu aharta-harta di dalam syurga, di mana tiada rama-rama dan karat dapat merosakkan, dan di mana pencuri tidak dapat memecah masuk dan juga mencuri.

21 Kerana di mana hartamu berada, di sanalah juga hatimu akan berada.

22 aCahaya tubuh adalah mata; jika, oleh itu, tumpuan matamu hanya satu, seluruh tubuhmu akan dipenuhi dengan cahaya.

23 Tetapi jika matamu adalah jahat, seluruh tubuhmu akan dipenuhi dengan kegelapan. Jika, oleh itu, cahaya yang ada di dalam dirimu menjadi kegelapan, betapa hebatnya kegelapan itu!

24 Tidak seorang pun dapat amelayani dua orang tuan; kerana sama ada dia akan mengeji yang satu dan mengasihi yang seorang lagi, atau dia akan berpegang kepada yang satu dan membenci yang seorang lagi. Kamu tidak dapat melayani Tuhan dan Mamon.

25 Dan sekarang, terjadilah bahawa apabila Yesus telah memfirmankan firman ini Dia memandang kepada dua belas orang yang telah Dia pilih, dan berfirman kepada mereka: Ingatlah firman yang telah Aku firmankan. Kerana lihatlah, kamulah mereka yang telah Aku pilih untuk amelayani bangsa ini. Oleh itu Aku berfirman kepadamu, janganlah bkhuatir tentang hidupmu, apa yang akan kamu makan, atau apa yang akan kamu minum; dan juga tentang tubuhmu, apa yang harus kamu pakai. Bukankah kehidupan itu lebih daripada makanan, dan tubuh daripada pakaian?

26 Lihatlah burung-burung di udara, mereka tidak menyemai benih, tidak juga menuai dan tidak juga mengumpulkan hasil ke dalam jelapang; namun Bapa syurgawimu memberi makan kepada mereka. Tidakkah kamu jauh lebih baik daripada burung-burung itu?

27 Siapakah di antara kamu yang dengan berfikir dapat menambahkan satu hasta pada ketinggiannya?

28 Dan mengapakah kamu memikirkan tentang pakaian? Perhatikanlah bunga lili di padang bagaimana mereka tumbuh; mereka tidak membanting tulang, mereka juga tidak memintal;

29 Namun Aku berfirman kepadamu, bahawa bahkan Salomo, dalam segala kemuliaannya, tidak dihiasi seperti salah satu daripadanya.

30 Oleh itu, jika Tuhan menyelimuti rumput di padang, seperti hari ini, dan keesokannya dilemparkan ke dalam ketuhar, demikian jugalah Dia akan memakaikan pakaian kepadamu, jika kamu tidak beriman kecil.

31 Oleh itu janganlah bimbang, mengatakan, Apakah yang akan kami makan? atau, Apakah yang akan kami minum? atau, Dengan apakah kami akan berpakaian?

32 Kerana Bapa syurgawimu tahu bahawa kamu memerlukan semua hal ini.

33 Tetapi carilah kamu akerajaan Tuhan dan kesolehan-Nya terlebih dahulu, dan semua hal ini akan ditambahkan kepadamu.

34 Oleh itu janganlah khuatir tentang hari esok, kerana hari esok akan mengkhuatirkan segala hal secara sendiri. Cukuplah kejahatan untuk sehari itu.