Kitab Suci
3 Nefi 10


Bab 10

Terdapat kesunyian di negeri itu selama berjam-jam—Suara Kristus berjanji untuk mengumpulkan umat-Nya seperti ayam betina yang mengumpulkan anak-anaknya—Golongan orang yang lebih soleh telah dilindungi. Kira-kira 34–35 tahun M.

1 Dan sekarang, lihatlah, terjadilah bahawa semua orang di negeri itu telah mendengar perkataan ini, dan bersaksi tentangnya. Dan selepas perkataan ini terdapat kesunyian di negeri itu untuk tempoh waktu berjam-jam;

2 Kerana begitu besarnya kepegunan orang ramai sehingga mereka berhenti meratap dan meraung kerana kehilangan saudara mereka yang telah terbunuh; oleh itu terdapat kesunyian di seluruh negeri itu selama berjam-jam.

3 Dan terjadilah bahawa datang lagi sebuah suara kepada orang ramai, dan semua orang mendengar, dan bersaksi tentangnya, mengatakan:

4 Wahai kamu orang dari kota-kota abesar ini yang telah roboh, yang merupakan keturunan Yakub, ya, iaitu dari bani Israel, betapa seringnya Aku telah mengumpulkan kamu seperti ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya, dan telah bmemelihara kamu.

5 Dan lagi, abetapa seringnya Aku akan mengumpulkan kamu seperti ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya, ya, Wahai kamu orang bani Israel, yang telah terbunuh; ya, Wahai kamu orang bani Israel, kamu yang tinggal di Yerusalem, juga seperti kamu yang telah terbunuh; ya, betapa seringnya Aku akan mengumpulkan kamu seperti ayam betina mengumpulkan anak-anaknya, dan kamu tidak mahu.

6 Wahai kamu bani Israel yang telah Aku abiarkan hidup, betapa seringnya Aku akan mengumpulkan kamu seperti ayam betina mengumpulkan anak-anaknya di bawah sayapnya, jika kamu mahu bertaubat dan bkembali kepada-Ku dengan sepenuh chatimu.

7 Tetapi jika tidak, Wahai bani Israel, tempat-tempat kediamanmu akan menjadi terbiar sehingga tiba waktu apabila aperjanjian dengan nenek moyangmu digenapi.

8 Dan sekarang, terjadilah bahawa setelah orang ramai mendengar perkataan ini, lihatlah, mereka mula menangis dan meraung lagi kerana kehilangan saudara dan teman-teman mereka.

9 Dan terjadilah bahawa demikianlah tiga hari itu berlalu. Dan terjadilah pada waktu pagi, dan akegelapan menghilang dari permukaan negeri itu, dan bumi berhenti bergegar, dan batu-batan berhenti terbelah, dan rintihan yang mengerikan telah berhenti, dan semua bunyi yang gamat telah berlalu.

10 Dan tanah bumi bersatu kembali, dan teguh; dan perkabungan, dan tangisan, dan ratapan orang yang dibiarkan hidup itu berhenti; dan perkabungan mereka bertukar menjadi kebahagiaan, dan ratapan mereka menjadi pujian dan kesyukuran kepada Tuhan Yesus Kristus, Penebus mereka.

11 Dan sejauh inilah tulisan suci telah adigenapi seperti yang telah diucapkan oleh para nabi.

12 Dan golongan orang yang alebih soleh inilah yang diselamatkan, dan merekalah yang menerima para nabi dan tidak merejam mereka; dan merekalah yang tidak menumpahkan darah para orang suci, yang telah dibiarkan hidup—

13 Dan mereka dibiarkan hidup dan tidak tenggelam dan terkubur di dalam tanah; dan mereka tidak lemas di dasar laut; dan mereka tidak terbakar oleh api, tidak juga mereka ditimbus dan dihancurkan sehingga mati; dan mereka tidak dibawa pergi ke dalam puting beliung; tidak juga mereka dikuasai oleh kabut asap dan kegelapan.

14 Dan sekarang, sesiapa yang membaca, biarlah dia memahami; dia yang memiliki tulisan suci, biarlah dia amenyelidikinya, dan menyaksikan dan melihat jikalau semua kematian dan kehancuran oleh api, dan oleh asap, dan oleh angin ribut, dan oleh puting beliung, dan oleh bpembelahan tanah untuk menerima mereka ini, dan segala hal ini bukanlah untuk menggenapi nubuat-nubuat daripada banyak nabi kudus.

15 Lihatlah, aku berkata kepadamu, Ya, banyak yang telah bersaksi tentang hal-hal ini pada kedatangan Kristus, dan telah adibunuh kerana mereka bersaksi tentang hal-hal ini.

16 Ya, Nabi aZenos bersaksi tentang hal-hal ini, dan juga Zenok berbicara tentang hal-hal ini, kerana mereka bersaksi secara khususnya tentang kami, yang merupakan keturunan mereka yang selebihnya.

17 Lihatlah, bapa kita Yakub juga bersaksi tentang keturunan Yusuf ayang selebihnya. Dan lihatlah, bukankah kita merupakan keturunan Yusuf yang selebihnya? Dan hal-hal ini yang bersaksi tentang kita, tidakkah ianya tertulis di atas kepingan-kepingan loyang yang dibawa oleh bapa kita Lehi dari Yerusalem?

18 Dan terjadilah bahawa pada akhir tahun ketiga puluh empat, lihatlah, aku akan memperlihatkan kepadamu bahawa bangsa Nefi yang dibiarkan hidup itu, dan juga mereka yang dipanggil bangsa Laman, yang telah dibiarkan hidup, telah ditunjukkan kepada mereka kemurahan hati yang besar, dan berkat-berkat yang besar dicurahkan ke atas kepala mereka, sedemikian rupa sehingga tidak lama selepas akenaikan Kristus ke syurga Dia benar-benar telah menyatakan diri-Nya kepada mereka—

19 aMemperlihatkan tubuh-Nya kepada mereka, dan melayani mereka; dan sebuah laporan tentang pelayanan-Nya akan diberikan selepas ini. Oleh itu buat sementara waktu ini aku mengakhiri perkataanku.