Kitab Suci
2 Nefi 9


Bab 9

Yakub menjelaskan bahawa bangsa Yahudi akan dikumpulkan di semua negeri yang dijanjikan kepada mereka—Korban Tebusan menebuskan manusia daripada Kejatuhan—Tubuh orang mati akan tampil dari kubur, dan roh-roh mereka dari neraka dan dari firdaus—Mereka akan dihakimkan—Korban Tebusan menyelamatkan dari kematian, neraka, iblis, dan seksaan tidak berkesudahan—Yang soleh akan diselamatkan dalam kerajaan Tuhan—Hukuman bagi dosa dinyatakan—Yang Kudus dari Israel adalah penjaga pintu gerbang. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku telah membaca perkara-perkara ini agar kamu dapat mengetahui berkenaan aperjanjian-perjanjian Tuhan yang Dia telah janjikan dengan seluruh bani Israel—

2 Yang Dia telah firmankan kepada orang Yahudi, melalui mulut para nabi-Nya yang kudus, bahkan sejak dari awal, dari generasi ke generasi, sehingga waktunya tiba bahawa mereka akan adipulihkan kepada gereja dan kawanan Tuhan; ketika mereka bdikumpulkan kembali ke cnegeri-negeri warisan mereka, dan akan didirikan dalam semua negeri mereka yang dijanjikan.

3 Lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku mengucapkan hal-hal ini kepadamu agar kamu dapat berbahagia, dan amengangkat kepalamu selama-lamanya, disebabkan berkat-berkat itu yang Tuhan telah kurniakan kepada anak-anakmu.

4 Kerana aku tahu bahawa kamu telah banyak mencari, ramai di antara kamu, untuk mengetahui hal-hal yang akan datang; oleh kerana itu, aku tahu bahawa kamu tahu bahawa daging kita akan mengusang dan mati; walaupun demikian, dalam atubuh kita akan kita melihat Tuhan.

5 Ya, aku tahu bahawa kamu tahu bahawa dalam tubuh Dia akan menunjukkan diri-Nya kepada mereka di Yerusalem, dari mana kita datang; kerana adalah perlu bahawa itu mesti pergi di kalangan mereka; kerana patut bagi aPencipta agung bahawa Dia membiarkan diri-Nya tunduk kepada manusia dalam daging, dan mati untuk bsemua manusia, agar semua manusia akan tunduk kepada Dia.

6 Kerana sebagaimana kematian telah menjadi keadaan semua manusia, untuk menggenapi arancangan yang penuh belas kasihan daripada Pencipta agung, mestilah adanya suatu kuasa bkebangkitan, dan kebangkitan itu mestilah datang kepada manusia akibat ckejatuhan; dan kejatuhan itu datang akibat pelanggaran; dan kerana manusia telah menjadi terjatuh, mereka ddisingkirkan dari hadirat Tuhan.

7 Oleh kerana itu, mestilah adanya akorban tebusan yang btidak terhingga—kecuali ianya suatu korban tebusan yang tidak terhingga, kereputan ini tidak dapat mengenakan ketidakreputan. Oleh kerana itu, hukuman cpertama yang datang ke atas manusia mestilah perlu dkekal selama suatu jangka masa tanpa akhir. Dan jika demikian, daging ini mesti berbaring untuk mereput dan remuk ke dalam ibu pertiwinya, untuk tidak bangkit lagi.

8 Ya, akebijaksanaan Tuhan, bbelas kasihan dan crahmat-Nya! Kerana lihatlah, jika ddaging tidak akan bangkit lagi, roh-roh kita mesti tunduk kepada malaikat itu yang ejatuh dari hadirat Tuhan yang Abadi, dan telah menjadi fiblis, untuk tidak bangkit lagi.

9 Dan roh-roh kita mesti telah menjadi sepertinya, dan kita menjadi iblis, amalaikat kepada seorang iblis, untuk bdihalang dari hadirat Tuhan kita, dan untuk tetap tinggal bersama bapa ckedustaan, dalam penderitaan, seperti dirinya; ya, kepada makhluk itu yang telah dmenipu ibu bapa pertama kita, yang emengubahkan dirinya untuk merupai seorang fmalaikat cahaya, dan menghasut anak-anak manusia sampai memasuki gkomplot-komplot pembunuhan dan segala jenis kerja kegelapan rahsia.

10 Ya, betapa agungnya kebaikan Tuhan kita, yang telah menyediakan suatu jalan bagi pelolosan kita dari genggaman makhluk dahsyat ini; ya, makluk itu, akematian dan bneraka, yang aku panggil kematian tubuh, dan juga kematian roh.

11 Dan kerana jalan apelolosan Tuhan kita, Yang Kudus dari Israel, bkematian ini, yang berkenaanya telah aku bicarakan, iaitu yang duniawi, akan melepaskan orang matinya; yang kematian ini adalah kubur.

12 Dan akematian ini yang telah aku bicarakan, iaitu kematian rohani, akan melepaskan orangnya yang telah mati; yang kematian rohani adalah bneraka; oleh kerana itu, kematian dan neraka mesti melepaskan orang-orangnya yang telah mati, dan neraka mesti melepaskan roh-rohnya yang tertawan, dan kubur mesti melepaskan tubuh-tubuhnya yang tertawan, dan tubuh dan croh manusia akan ddipulihkan satu kepada yang lain; dan ia adalah melalui kuasa kebangkitan Yang Kudus dari Israel.

13 Ya, betapa agungnya arancangan Tuhan kita! Kerana pada sebelah yang lain, bfirdaus Tuhan mesti melepaskan roh-roh mereka yang soleh, dan kubur melepaskan tubuh mereka yang soleh; dan roh dan tubuh cdipulihkan kepada dirinya kembali, dan semua manusia menjadi tidak dapat reput, dan dbaqa, dan mereka adalah jiwa yang hidup, mempunyai epengetahuan fsempurna seperti kita dalam daging, kecuali pengetahuan kita akan sempurna.

14 Oleh kerana itu, kita akan mempunyai apengetahuan sempurna berkenaan segala bkesalahan kita, dan ketidakbersihan kita, dan cketelanjangan kita; dan yang soleh akan mempunyai pengetahuan sempurna berkenaan kesenangan mereka, dan dkesolehan mereka, kerana ediliputi oleh fkesucian, ya, bahkan gjubah kesolehan.

15 Dan akan terjadilah bahawa ketika semua manusia telah bertukar daripada kematian pertama ini kepada kehidupan, kerana mereka telah menjadi baqa, mereka mesti hadir di hadapan akerusi penghakiman Yang Kudus dari Israel; dan pada masa itu datanglah bpenghakiman, dan pada masa itu mereka mesti dihakimkan menurut penghakiman kudus Tuhan.

16 Dan semestinya, sebagaimana Tuhan hidup, kerana Tuhan telah menfirmankannya, dan ia adalah afirman-Nya yang abadi, yang tidak boleh bluput, bahawa mereka yang soleh tetap akan soleh, dan mereka yang ckotor tetap akan dkotor; oleh kerana itu, mereka yang kotor adalah eiblis dan para malaikatnya; dan mereka akan pergi ke dalam api yang fkekal, disediakan untuk mereka; dan seksaan mereka adalah sebagai sebuah gtasik api dan belerang, yang nyalanya naik ke atas selama-lamanya dan tiada akhirnya.

17 Ya, keagungan dan akeadilan Tuhan kita! Kerana Dia melaksanakan segala firman-Nya, dan ianya telah keluar dari mulut-Nya, dan hukum-Nya mesti digenapi.

18 Tetapi, lihatlah, yang soleh, aorang suci Yang Kudus dari Israel, mereka yang telah percaya kepada Yang Kudus dari Israel, mereka yang telah menanggung bsalib-salib dunia, dan mengeji rasa malu daripadanya, mereka akan cmewarisi dkerajaan Tuhan, yang telah disediakan untuk mereka esejak pengasasan dunia, dan kebahagiaan mereka akan penuh fselama-lamanya.

19 Ya, keagungan dan belas kasihan Tuhan kita, Yang Kudus dari Israel! Kerana Dia amelepaskan orang suci-Nya dari makhluk bdahsyat itu, iblis, dan kematian, dan cneraka, dan tasik api dan belerang itu, iaitu seksaan tidak berkesudahan.

20 Ya, betapa agungnya akekudusan Tuhan kita! Kerana Dia bmengetahui segala hal, dan tiada apa pun kecuali Dia mengetahuinya.

21 Dan Dia datang ke dunia agar Dia dapat amenyelamatkan semua manusia jika mereka akan mendengarkan suara-Nya; kerana lihatlah, Dia menderita kesakitan setiap manusia ya bkesakitan setiap makhluk yang hidup, baik lelaki, perempuan, mahupun kanak-kanak, yang termasuk dalam keluarga cAdam.

22 Dan Dia menderita ini agar kebangkitan dapat diberi kepada semua manusia, agar semua dapat berdiri di hadapan-Nya pada hari yang agung dan penghakiman itu.

23 Dan Dia memerintahkan semua manusia agar mereka mesti abertaubat, dan bdibaptiskan dalam nama-Nya, memiliki iman sempurna kepada Yang Kudus dari Israel, atau mereka tidak dapat diselamatkan dalam kerajaan Tuhan.

24 Dan jika mereka tidak bertaubat dan percaya kepada anama-Nya, dan dibaptiskan dalam nama-Nya, dan bbertahan sampai akhir, mereka mesti cdilaknat; kerana Tuhan, Yang Kudus dari Israel, telah memfirmankannya.

25 Oleh kerana itu, Dia telah memberi suatu ahukum; dan di mana btiada hukum diberi, tiada hukuman; dan di mana tiada hukuman, tiada penghukuman; dan di mana tiada penghukuman, belas kasihan Yang Kudus dari Israel mempunyai tuntutan ke atas mereka, akibat Korban Tebusan; kerana mereka dilepaskan oleh kuasa daripada Dia.

26 Kerana aKorban Tebusan memuaskan tuntutan bkeadilan-Nya ke atas semua mereka yang ctidak diberi dhukum, agar mereka dilepaskan dari makhluk dahsyat itu, kematian dan neraka, dan iblis, dan tasik api dan belerang, iaitu seksaan tidak berkesudahan; dan mereka dipulihkan kepada Tuhan itu yang telah memberi mereka enafas, iaitu Yang Kudus dari Israel.

27 Tetapi celakalah dia yang telah diberi ahukum, ya, yang mempunyai semua hukum Tuhan, seperti kita, dan yang melanggarnya, dan yang mensia-siakan waktu cubaannya, kerana teruklah keadaannya!

28 Ya, arancangan yang licik dari yang jahat itu! Ya, bkesombongan, dan kelemahan dan kebodohan manusia! Apabila mereka cterpelajar, mereka menganggap diri mereka dbijaksana, dan mereka tidak mendengarkan enasihat Tuhan, kerana mereka mengetepikannya, menganggap bahawa mereka tahu daripada diri mereka sendiri, oleh kerana itu, kebijaksanaan mereka adalah bodoh dan tidak menguntungkan mereka. Dan mereka akan binasa.

29 Tetapi menjadi terpelajar adalah baik jika mereka amendengarkan bnasihat Tuhan.

30 Tetapi celakalah mereka yang akaya, yang kaya perihal apa yang duniawi. Kerana mereka kaya, mereka mengeji yang bmiskin, dan mereka menganiaya yang lembut hati, dan hati mereka tertumpu kepada harta benda mereka; oleh kerana itu, harta benda mereka adalah tuhan mereka. Dan lihatlah, harta benda mereka akan binasa bersama mereka juga.

31 Dan celakalah mereka yang pekak yang enggan amendengar; kerana mereka akan binasa.

32 Celakalah mereka yang buta yang enggan melihat; kerana mereka akan binasa juga.

33 Celakalah mereka yang tak bersunat hati, kerana pengetahuan kederhakaan mereka akan membelasah mereka pada hari terakhir.

34 Celakalah si apendusta, kerana dia akan dicampak ke dalam bneraka.

35 Celakalah si pembunuh yang sengaja amembunuh, kerana dia akan bmati.

36 Celakalah mereka yang melakukan apelacuran, kerana mereka akan dicampak ke dalam neraka.

37 Ya, celakalah mereka yang amenyembah berhala, kerana iblis kepada semua iblis bersukacita akannya.

38 Dan, kesimpulannya, celakalah mereka yang mati dalam dosa-dosa mereka; kerana mereka akan akembali kepada Tuhan, dan melihat muka-Nya, dan tetap berada dalam dosa-dosa mereka.

39 Wahai, saudara-saudaraku yang dikasihi, ingatlah kedahsyatan dalam pelanggaran menentang Tuhan yang Kudus itu, dan juga kedahsyatan menyerahkan diri kepada pujukan menarik dari dia yang alicik itu. Ingatlah, bberfikiran badani adalah ckematian, dan berfikiran rohani adalah dkehidupan eabadi.

40 Hai, saudara-saudaraku yang dikasihi, pasangkanlah telinga kepada kata-kataku. Ingatlah keagungan Yang Kudus dari Israel. Jangan berkata bahawa aku telah mengucapkan hal-hal yang keras terhadapmu; kerana jika kamu berbuat demikian, kamu akan mencaci maki akebenaran; kerana akau telah mengucapkan firman Penciptamu. Aku tahu bahawa kata-kata kebenaran adalah bkeras terhadap segala ketidakbersihan; tetapi yang soleh tidak takut kepadanya, kerana mereka mengasihi kebenaran dan tidak tergoncang.

41 Wahai maka, saudara-saudaraku yang dikasihi, adatanglah kepada Tuhan, Dia Yang Kudus. Ingatlah bahawa jalan-jalannya adalah soleh. Lihatlah, bjalan bagi manusia adalah csempit, tetapi ianya berada dalam laluan yang lurus di hadapannya, dan penjaga pintu dgerbang itu adalah Yang Kudus dari Israel; dan Dia tidak menggajikan orang suruhan di situ; dan tiada jalan lain kecuali melalui pintu gerbang itu; kerana Dia tidak dapat ditipu, kerana Tuhan adalah nama-Nya.

42 Dan sesiapa yang mengetuk, kepada dia akan Dia bukakan; dan yang abijaksana, dan mereka yang kaya, yang bbongkak kerana pembelajaran mereka, dan kebijaksanaan mereka, dan kekayaan mereka—ya, mereka adalah mereka yang Dia keji; dan kecuali mereka menyingkirkan hal-hal ini, dan menganggap diri mereka corang bodoh di hadapan Tuhan, dan turun ke kedalaman dkerendahan hati, Dia tidak akan membukakan bagi mereka.

43 Tetapi hal-hal mereka yang bijaksana dan yang hemat akan adisembunyikan dari mereka buat selama-lamanya—ya, kegembiraan itu yang disediakan untuk orang suci.

44 Wahai, saudara-saudaraku yang dikasihi, ingatlah kata-kataku. Lihatlah, aku menanggalkan pakaianku, dan aku mengibaskan mereka di hadapanmu; aku berdoa kepada Tuhan keselamatanku agar Dia memandangkanku dengan mata-Nya yang apenuh penelitian; oleh kerana itu, kamu akan tahu pada hari terakhir, ketika semua manusia akan dihakimi untuk perbuatan-perbuatan mereka, bahawa Tuhan Israel telah menyaksikan bahawa aku telah bmengibaskan penderhakaanmu dari jiwaku, dan bahawa aku berdiri dengan kegemilangan di hadapan Dia, dan aku cdibersihkan dari darahmu.

45 Wahai, saudara-saudaraku yang dikasihi, berpalinglah dari dosa-dosamu; goncangkanlah arantai-rantai dari dia yang ingin mengikatmu erat-erat; datanglah kepada Tuhan itu yang adalah bbatu keselamatanmu.

46 Sediakanlah jiwa-jiwamu bagi hari cemerlang itu ketika akeadilan akan diberikan kepada yang soleh, bahkan hari bpenghakiman, agar kamu tidak akan mengecut dengan ketakutan dahsyat; agar kamu tidak akan mengingati ckesalahanmu yang dahsyat dalam kesempurnaan, dan dipaksa untuk menyeru: Kuduslah, kuduslah penghakiman-Mu, Ya Tuhan Raja Yang dPerkasa—tetapi aku tahu kesalahanku; aku telah melanggar hukum-Mu, dan pelanggaranku adalah kepunyaanku; dan iblis telah mendapatkanku, sehingga aku adalah mangsa kepada penderitaannya yang dahsyat.

47 Tetapi lihatlah, saudara-saudaraku, adakah perlu bahawa aku mesti mengejutkan kamu kepada suatu kenyataan dahsyat berkenaan hal-hal ini? Akankah aku menyeksa jiwamu jika fikiranmu suci? Akankah aku berterus-terang kepadamu menurut kejelasan kebenaran jika kamu dibebaskan dari dosa?

48 Lihatlah, jika kamu kudus, aku akan berbicara kepadamu berkenaan kekudusan; tetapi kerana kamu tidak kudus, dan kamu menganggapku sebagai seorang pengajar, adalah sangat perlu bahawa aku amengajarkanmu akibat-akibat bdosa.

49 Lihatlah, jiwaku luat terhadap dosa, dan hatiku bersukacita dalam kesolehan; dan aku akan amemuji nama kudus Tuhanku.

50 Datanglah, saudara-saudaraku, setiap orang yang dahaga, datanglah kamu ke aperairan; dan dia yang tiada wang, marilah beli dan makan; ya, datanglah beli wain dan susu tanpa bwang dan tanpa harga.

51 Oleh kerana itu, janganlah belanjakan wang bagi itu yang tidak berharga, tidak juga ausahamu bagi itu yang tidak dapat memuaskan. Dengarlah dengan tekun kepadaku, dan ingatlah akan kata-kataku yang telah aku ucapkan; dan datanglah kepada Yang Kudus dari Israel, dan bjamuilah itu yang tidak akan binasa, juga tidak boleh reput, dan biarlah jiwamu bersukacita dalam kegemukan.

52 Lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, ingatlah firman Tuhanmu; berdoalah kepada Dia berkali-kali pada siang hari, dan berilah asyukur kepada nama kudus-Nya pada waktu malam. Biarlah hatimu bersukacita.

53 Dan lihatlah betapa agungnya aperjanjian Tuhan, dan betapa agungnya perendahan diri-Nya kepada anak-anak manusia; dan kerana keagungan-Nya, dan rahmat dan bbelas kasihan-Nya, Dia telah berjanji kepada kita bahawa keturunan kita tidak akan dihapuskan semata-matanya, menurut keadaan daging, tetapi bahawa Dia akan memelihara mereka; dan dalam generasi-generasi masa depan mereka akan menjadi suatu ccabang yang soleh bagi bani Israel.

54 Dan sekarang, saudara-saudaraku, aku akan berbicara lebih kepada kamu; tetapi pada esok hari, aku akan mengisyhtiharkan kepadamu baki kata-kataku. Amin.