Kitab Suci
2 Nefi 7


Bab 7

Yakub sambung membaca dari Yesaya: Yesaya berbicara seperti Mesias—Mesias akan memiliki bahasa orang terpelajar—Dia akan memberi belakang-Nya kepada para pemukul—Dia tidak akan ditundukkan—Bandingkan dengan Yesaya 50. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Ya, kerana demikianlah firman Tuhan: Sudahkah Aku menceraikanmu, atau sudahkah Aku menyingkirkanmu selama-lamanya? Kerana demikianlah firman Tuhan: Di manakah surat cerai ibumu? Kepada siapakah telah Aku ceraikanmu, atau kepada siapa di antara para pemiutang-Ku telah Aku jualkanmu? Ya, kepada siapakah telah Aku jualkanmu? Lihatlah, kerana kederhakaanmu kamu telah ajualkan dirimu sendiri, dan kerana pelanggaranmulah ibumu diceraikan.

2 Oleh kerana itu, ketika Aku datang, tiada orang; ketika Aku amemanggil, ya, tiada siapa pun menjawab. Wahai, bani Israel, adakah tangan-Ku dipendekkan sehingga ia tidak dapat menebus, ataukah Aku tidak berkuasa untuk membebaskan? Lihatlah, dengan teguran-Ku Aku mengeringkan blaut, Aku menjadikan csungai-sungai mereka sebuah padang belantara dan dikan mereka busuk kerana airnya kering dan mereka mati kerana kedahagaan.

3 Aku menutupi langit dengan akegelapan, dan Aku menjadikan bkain guni penutupnya.

4 Tuhan telah memberikan-Ku abahasa orang terpelajar, agar aku akan mengetahui bagaimana mengucapkan sepatah perkataan yang tepat masanya kepadamu, Wahai bani Israel. Ketika kamu letih, Dia bangun pagi demi pagi. Dia membangunkan telingaku agar mendengar seperti orang terpelajar.

5 Tuhan telah membuka atelingaku, dan aku tidak memberontak, tidak juga berpaling ke belakang.

6 Aku memberikan belakang-Ku kepada si apemukul, dan pipi-Ku kepada mereka yang mencabut janggut-Ku. Aku tidak akan menyembunyikan muka-Ku daripada dihina dan diludahi.

7 Kerana Tuhan Raja akan menolongku, oleh kerana itu Aku tidak akan ditumdukkan. Oleh kerana itu telah aku mengeraskan mukaku seperti batu api, dan aku tahu bahawa aku tidak akan malu.

8 Dan Tuhan adalah dekat, dan Dia mempersolehkan Aku. Siapakah yang akan bertikai denganku? Marilah kita berdiri bersama. Siapakah musuhku? Biarlah dia mendekatiku, dan aku akan menghentamnya dengan kekuatan mulutku.

9 Kerana Tuhan akan menolongku. Dan mereka semua yang akan amengecamku, lihatlah, mereka semua akan menjadi usang seperti sehelai pakaian, dan gegat akan memakannya.

10 Siapakah di antaramu yang takut kepada Tuhan, yang mematuhi asuara hamba-Nya, yang berjalan dalam kegelapan dan tidak memiliki cahaya?

11 Lihatlah kamu semua yang menyalakan api, yang mengelilingi dirimu dengan percikan api, berjalan dalam cahaya aapimu dan dalam percikan api yang telah kamu nyalakan. Ini akan kamu perolehi dari tangan-Ku—kamu akan berbaring dalam dukacita.