Kitab Suci
2 Nefi 6


Bab 6

Yakub menceritakan sejarah bangsa Yahudi: Penawanan oleh Babilonia dan kembali darinya; pelayanan dan penyaliban Yang Kudus dari Israel; pertolongan yang diterima daripada bangsa bukan Israel; dan pemulihan bangsa Yahudi pada zaman akhir apabila mereka percaya kepada Mesias. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Kata-kata Yakub, adik Nefi, yang dia bicarakan kepada bangsa Nefi:

2 Lihatlah, saudara-saudaraku yang dikasihi, aku, Yakub, setelah dipanggil oleh Tuhan, dan dilantik menurut cara pertubuhan kudus-Nya, dan setelah ditahbiskan oleh abangku Nefi, yang kamu anggap sebagai seorang araja atau pelindung, dan kepadanya kamu bergantung bagi keselamatan, lihatlah kamu tahu bahawa aku telah mengucapkan kepadamu begitu banyak perkara.

3 Walaupun demikian, aku berucap kepadamu lagi; kerana aku menghasratkan kesejahteraan jiwa-jiwamu. Ya, kerisauanku adalah besar bagimu; dan kamu sendiri tahu bahawa ianya telah senantiasa demikian. Kerana aku telah mendesakmu dengan segala ketekunan; dan aku telah mengajarmu kata-kata bapaku; dan aku telah berbicara kepadamu berkenaan segala hal yang tertulis, sejak penciptaan dunia.

4 Dan sekarang, lihatlah, aku hendak berbicara kepadamu berkenaan hal-hal yang ada sekarang, dan yang akan datang; oleh kerana itu, aku akan membaca kepadamu kata-kata aYesaya. Dan ianya adalah kata-kata yang abangku telah berhasrat agar aku ucapkan kepadamu. Dan aku berbicara kepadamu bagi kepentinganmu, agar kamu akan belajar dan memuliakan nama Tuhanmu.

5 Dan sekarang, kata-kata yang akan aku baca adalah yang Yesaya bicarakan berkenaan seluruh bani Israel; oleh kerana itu, ianya disamakan denganmu, kerana kamu adalah daripada bani Israel. Dan ada banyak hal yang telah diucapkan oleh Yesaya yang boleh disamakan denganmu, kerana kamu adalah daripada bani Israel.

6 Dan sekarang, inilah kata-kata itu: aDemikianlah firman Tuhan: Lihatlah, Aku akan mengangkat tangan-Ku kepada bangsa-bangsa bukan Israel, dan menegakkan bpanji-Ku kepada umat itu; dan mereka akan membawa putera-puteramu di atas lengan mereka, dan para puterimu akan diangkat di atas bahu mereka.

7 Dan raja-raja akan menjadi bapa pengasuhmu, dan para permaisuri mereka ibu pengasuhmu; mereka akan membongkok kepadamu dengan muka mereka menghadap tanah, dan menjilat debu kakimu; dan kamu akan tahu bahawa Aku adalah Tuhan; kerana mereka tidak akan malu yang amenunggu-Ku.

8 Dan sekarang aku, Yakub, akan berbicara sedikit sebanyak berkenaan kata-kata ini. Kerana lihatlah, Tuhan telah memperlihatkan kepadaku bahawa mereka yang berada di aYerusalem, dari mana kita datang, telah dibunuh dan bdibawa pergi tertawan.

9 Walaupun demikian, Tuhan telah menunjukkan kepadaku bahawa mereka akan akembali lagi. Dan Dia juga telah menunjukkan kepadaku bahawa Tuhan, Yang Kudus dari Israel, akan memperlihatkan diri-Nya kepada mereka dalam daging; dan setelah Dia memperlihatkan diri-Nya, mereka akan mencambuk Dia dan bmenyalibkan Dia, menurut kata-kata malaikat yang membicarakannya kepadaku.

10 Dan setelah mereka mengeraskan hati mereka dan menegarkan leher mereka menentang Yang Kudus dari Israel, lihatlah, apenghakiman oleh Yang Kudus dari Israel akan datang ke atas mereka. Dan hari itu akan tiba bila mereka akan dihentam dan disengsarakan.

11 Oleh kerana itu, setelah mereka dihalau ke sana ke mari, kerana demikianlah kata malaikat, ramai akan disengsarakan dalam daging, dan tidak akan dibiarkan mati, disebabkan doa-doa mereka yang beriman; mereka akan dicerai-beraikan, dan dihentam, dan dibenci; walaupun demikian, Tuhan akan berbelas-kasihan terhadap mereka, agar abila mereka sampai pada bpengetahuan akan Penebus mereka, mereka akan cdikumpulkan bersama lagi ke negeri-negeri warisan mereka.

12 Dan diberkatilah abangsa bukan Israel, yang berkenaan mereka nabi telah tuliskan; kerana lihatlah, jika demikian halnya bahawa mereka akan bertaubat dan tidak melawan menentang Sion, dan tidak menyatukan diri mereka kepada gereja yang besar dan bkeji itu, mereka akan diselamatkan; kerana Tuhan akan menunaikan cperjanjian-Nya yang Dia telah buat kepada anak-anak-Nya; dan bagi tujuan inilah nabi telah menuliskan perkara-perkara ini.

13 Oleh kerana itu, mereka yang melawan menentang Sion dan umat perjanjian Tuhan akan menjilat debu kaki mereka; dan umat Tuhan tidak akan amalu. Kerana umat Tuhan adalah mereka yang bmenunggu Dia; kerana mereka masih menunggu kedatangan Mesias.

14 Dan lihatlah, menurut kata-kata nabi, Mesias akan menyediakan diri-Nya lagi bagi kali akedua untuk memulihkan mereka; oleh kerana itu, Dia akan bmemperlihatkan diri-Nya kepada mereka dalam kekuasaan dan kemuliaan agung, sehingga cpembinasaan musuh-musuh mereka, apabila sampainya hari itu bila mereka akan percaya kepada Dia; dan Dia tidak akan membinasakan sesiapa pun yang percaya kepada Dia.

15 Dan mereka yang tidak percaya kepada Dia akan adibinasakan, baik oleh bapi, dan oleh ribut taufan, dan oleh gempa bumi, dan oleh penumpahan darah, dan oleh cwabak, mahupun oleh kebuluran. Dan mereka akan tahu bahawa Dia ialah Tuhan, Yang Kudus dari Israel.

16 aKerana akankah mangsa dirampas daripada yang perkasa, atau bpara tawanan sah dibebaskan?

17 Tetapi demikianlah firman Tuhan: Bahkan apara tawanan kepada yang perkasa akan dirampas, dan mangsa kepada yang dahsyat akan dibebaskan; kerana bTuhan Perkasa akan cmenyelamatkan umat perjanjian-Nya. Kerana demikianlah firman Tuhan: Aku akan berlawan dengan mereka yang berlawan denganmu—

18 Dan Aku akan memberi makan kepada mereka yang menindasmu, dengan daging mereka sendiri; dan mereka akan mabuk dengan darah mereka sendiri bagaikan dengan wain manis; dan semua daging akan tahu bahawa Aku, Tuhan, ialah Juruselamatmu dan aPenebusmu, bYang Perkasa atas Yakub.