Kitab Suci
2 Nefi 33


Bab 33

Perkataan-perkataan Nefi adalah benar—Ianya bersaksi tentang Kristus—Mereka yang percaya kepada Kristus akan mempercayai perkataan-perkataan Nefi, yang akan berdiri sebagai saksi di hadapan susuran penghakiman. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Dan sekarang, aku, Nefi, tidak dapat menuliskan segala hal yang diajarkan di kalangan bangsaku; tidak juga aku ahebat dalam menulis, seperti berbicara; kerana apabila seseorang bberbicara dengan kuasa Roh Kudus, kuasa Roh Kudus itu membawanya ke hati anak-anak manusia.

2 Tetapi lihatlah, ada ramai yang amengeraskan hati mereka terhadap Roh Kudus, sehingga ia tidak memiliki tempat dalam diri mereka; oleh kerana itu, mereka membuang banyak hal yang dituliskan dan menganggapnya sebagai hal-hal yang tak bererti apa pun.

3 Tetapi aku, Nefi, telah menuliskan apa yang telah aku tuliskan, dan aku menganggapnya sebagai yang amat aberharga, dan khususnya bagi bangsaku. Kerana aku bberdoa berterus-terusan bagi mereka pada siang hari, dan mataku mengairi bantalku pada malam hari, kerana mereka; dan aku berseru kepada Tuhanku dalam iman, dan aku tahu bahawa Dia akan mendengar seruanku.

4 Dan aku tahu bahawa Tuhan Raja akan mempersucikan doa-doaku demi keuntungan bangsaku. Dan perkataan-perkataan yang telah aku tuliskan dalam kelemahan akan dijadikan akuat bagi mereka; kerana ianya bmemujuk mereka untuk melakukan yang baik; ianya menyingkapkan kepada mereka tentang nenek moyang mereka; dan ianya berbicara tentang Yesus, dan memujuk mereka untuk percaya kepada-Nya, dan untuk bertahan sampai akhir, yang adalah kehidupan yang cabadi.

5 Dan ianya mengisytiharkan secara akeras menentang dosa, menurut bkejelasan daripada kebenaran, oleh kerana itu, tidak seorang pun akan marah akan perkataan-perkataan yang telah aku tuliskan kecuali dia akan dipengaruhi oleh roh iblis.

6 Aku bermegah dalam kejelasan; aku bermegah dalam kebenaran; aku bermegah dalam Yesusku, kerana Dia telah amenebuskan jiwaku dari neraka.

7 Aku memiliki aihsan bagi bangsaku, dan iman yang besar kepada Kristus bahawa aku akan menemui banyak jiwa tanpa noda di kerusi penghakiman-Nya.

8 Aku memiliki kasih murni bagi aorang Yahudi—Aku berkata orang Yahudi, kerana aku maksudkan mereka dari mana aku datang.

9 Aku juga memiliki ihsan bagi aorang bukan Israel. Tetapi lihatlah, bagi seorang pun daripada mereka ini tidak dapatlah aku berharap kecuali mereka akan bdiperdamaikan kepada Kristus, dan masuk ke dalam gerbang yang csempit, dan dberjalan di lorong yang ekecil yang menuntun kepada kehidupan, dan berterusan di lorong itu sampai akhir hari percubaan.

10 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, dan juga orang Yahudi, dan kamu segenap hujung bumi, dengarlah perkataan-perkataan ini dan apercayalah kepada Kristus; dan jika kamu tidak percaya pada perkataan-perkataan ini percayalah kepada Kristus. Dan jika kamu akan percaya kepada Kristus kamu akan percaya pada bperkataan-perkataan ini, kerana ini adalah cfirman Kristus, dan Dia telah memberikannya kepadaku; dan ia dmengajarkan semua orang bahawa hendaknya mereka melakukan yang baik.

11 Dan jika itu bukan firman Kristus, kamu nilailah—kerana Kristus akan memperlihatkan kepadamu, dengan akuasa dan kemuliaan besar, bahawa itu adalah firman-Nya, pada hari terakhir; dan kamu dan aku akan berdiri berhadapan muka di hadapan bsusuran-Nya; dan kamu akan tahu bahawa aku telah diperintahkan oleh-Nya untuk menuliskan hal-hal ini, walaupun adanya kelemahan pada diriku.

12 Dan aku berdoa kepada Bapa dalam nama Kristus semoga ramai di antara kita, dan mudah-mudahan semua, dapat diselamatkan di dalam akerajaan-Nya pada hari yang agung dan terakhir itu.

13 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, mereka semua yang berasal daripada bani Israel, dan kamu segenap hujung bumi, aku berbicara kepadamu seperti suara orang yang aberseru dari debu: Selamat berpisah sampai hari yang agung itu akan tiba.

14 Dan kamu yang tidak mahu mengambil bahagian dalam kebaikan Tuhan, dan menghormati aperkataan orang Yahudi, juga bperkataan-perkataanku, dan firman yang akan keluar dari mulut Anak Domba Tuhan, lihatlah, aku mengucapkan kepadamu salam perpisahan yang kekal, kerana perkataan-perkataan ini akan cmengutukmu pada hari terakhir.

15 Kerana apa yang aku meteraikan di atas bumi, akan dibawa melawanmu di susuran apenghakiman; kerana demikianlah telah Tuhan perintahkan kepadaku, dan aku mesti patuh. Amin.