2 Nefi 3
sebelumnya seterusnya

Bab 3

Yusuf di Mesir nampak bangsa Nefi dalam penglihatan—Dia bernubuat berkenaan Joseph Smith, pelihat zaman akhir; berkenaan Musa, yang akan membebaskan Israel; dan berkenaan penampilan Kitab Mormon. Kira-kira 588–570 tahun S.M.

1 Dan sekarang aku berucap kepadamu, Yusuf, anak abongsuku. Kamu dilahirkan di padang belantara semasa kesengsaraanku; ya, pada masa dukacitaku yang terpahit ibumu telah melahirkanmu.

2 Dan semoga Tuhan membaktikan juga kepadamu anegeri ini, yang adalah negeri yang sangat berharga, sebagai warisanmu dan warisan keturunanmu bersama saudara-saudaramu, demi perlindunganmu selama-lamanya, jika demikianlah halnya bahawa kamu akan mentaati perintah-perintah Yang Kudus dari Israel.

3 Dan sekarang, Yusuf, anak bongsuku, yang telah aku bawa keluar dari padang belantara penderitaanku, semoga Tuhan memberkatimu selama-lamanya, kerana keturunanmu tidak akan sama sekali adibinasakan.

4 Kerana lihatlah, kamulah buah auratku; dan aku adalah keturunan aYusuf yang telah dibawa btertawan ke Mesir. Dan agungnya perjanjian-perjanjian Tuhan yang telah Dia buat kepada Yusuf.

5 Oleh kerana itu, Yusuf benar-benar anampak zaman kita. Dan dia mendapat suatu janji daripada Tuhan, bahawa daripada buah auratnya, Tuhan akan membangkitkan suatu bcabang yang csoleh bagi bani Israel; bukan Mesias, tetapi satu cabang yang akan dipatahkan, walaupun demikian, akan diingati dalam perjanjian-perjanjian Tuhan bahawa dMesias akan diperlihatkan kepada mereka pada zaman akhir, dalam roh kuasa, sehingga membawa mereka keluar dari ekegelapan ke dalam cahaya—ya, keluar dari kegelapan yang tersembunyi dan dari penawanan kepada kebebasan.

6 Kerana Yusuf benar-benar bersaksi, mengatakan: Seorang apelihat akan Tuhanku bangkitkan, yang akan menjadi seorang pelihat pilihan bagi buah bauratku.

7 Ya, Yusuf benar-benar berkata: Demikianlah firman Tuhan kepadaku: Seorang apelihat terpilih akan Aku bangkitkan daripada buah auratmu; dan dia akan disanjung tinggi di kalangan buah auratmu. Dan kepada dia akan Aku beri perintah bahawa dia akan membuat suatu pekerjaan bagi buah auratmu, saudara-saudaranya, yang akan menjadi sangat berharga kepada mereka, bahkan sehingga membawa mereka kepada pengetahuan berkenaan perjanjian-perjanjian yang telah Aku buat dengan nenek-moyangmu.

8 Dan aku akan memberikan kepadanya sebuah perintah agar dia atidak harus membuat kerja lain, kecuali kerja yang telah Aku perintahkan kepadanya. Dan aku akan menjadikan dia agung di mata-Ku; kerana dia akan melaksanakan kerja-Ku.

9 Dan dia akan perkasa seperti aMusa, yang telah Kufirmankan akan Aku bangkitkan bagimu, untuk bmembebaskan umat-Ku, Wahai bani Israel.

10 Dan Musa akan Aku bangkitkan, untuk membebaskan bangsamu keluar dari negeri Mesir.

11 Tetapi seorang pelihat akan Aku bangkitkan daripada buah auratmu; dan kepada dia akan Aku berikan akuasa untuk membawakan firman-Ku kepada keturunan auratmu—dan bukan untuk membawakan firman-Ku sahaja, firman Tuhan, tetapi untuk meyakinkan mereka akan firman-Ku, yang telah disebarkan di kalangan mereka.

12 Oleh kerana itu, buah auratku akan amenulis; dan buah aurat bYehuda akan cmenulis; dan hal itu yang akan ditulis oleh buah auratmu, dan juga hal itu yang akan ditulis oleh buah aurat Yehuda, akan bersatu bersama, sehingga dmenundukkan ajaran-ajaran palsu dan mengakhiri pertikaian, dan menegakkan kedamaian di kalangan buah auratmu, dan emembawa mereka pada fpengetahuan berkenaan nenek-moyang mereka pada zaman akhir, dan juga pada pengetahuan berkenaan perjanjian-perjanjian-Ku, firman Tuhan.

13 Dan daripada kelemahan, dia akan dijadikan kuat, pada hari itu apabila pekerjaan-Ku akan bermula di kalangan semua umat-Ku, untuk pemulihanmu, Wahai bani Israel, firman Tuhan.

14 Dan demikianlah Yusuf bernubuat, mengatakan: Lihatlah, pelihat itu akan Tuhan berkati; dan mereka yang berusaha memusnahkannya akan ditumpaskan; kerana janji ini, yang telah aku dapatkan daripada Tuhan, berkenaan buah auratku, akan digenapi. Lihatlah, aku pasti akan penggenapan janji ini.

15 Dan anamanya akan dipanggil menurut aku; dan ianya menurut bnama bapanya. Dan dia akan seperti aku; kerana hal itu, yang Tuhan akan tampilkan dengan tangan-Nya, melalui kuasa Tuhan akan membawa bangsaku pada keselamatan.

16 Ya, demikianlah Yusuf bernubuat: Aku pasti berkenaan hal ini, seperti aku pasti akan janji Musa; kerana Tuhan telah berkata kepadaku, Aku akan amelindungi keturunanmu buat selama-lamanya.

17 Dan Tuhan telah berfirman: Aku akan membangkitkan seorang Musa; dan Aku akan memberi kuasa kepadanya dalam sebatang tongkat; dan Aku akan memberi kebijaksanaan kepadanya dalam penulisan. Namun Aku tidak akan melembutkan lidahnya, agar dia dapat berbicara banyak, kerana Aku tidak akan menjadikan dia mahir dalam pembicaraan. Tetapi Aku akan amenuliskan kepadanya hukum-Ku, dengan jari tangan-Ku sendiri; dan Aku akan melantik seorang bjurucakap untuknya.

18 Dan Tuhan berfirman kepadaku juga: Aku akan membangkitkan seorang pelihat bagi buah auratmu; dan Aku akan melantikkan untuknya seorang jurucakap. Dan Aku, lihatlah, Aku akan memberikan kepadanya bahawa dia akan menuliskan tulisan daripada buah auratmu, kepada buah auratmu; dan jurucakap auratmu akan memaklumkannya.

19 Dan kata-kata yang akan dia tuliskan adalah kata-kata yang sesuai mengikut kebijaksanaan-Ku yang patut diisytiharkan kepada abuah auratmu. Dan ianya akanseperti seolah-olah buah auratmu menyeru kepada mereka bdari debu; kerana Aku tahu iman mereka.

20 Dan mereka akan aberseru dari debu; ya, bahkan pertaubatan kepada saudara-saudara mereka, bahkan setelah banyak generasi berlalu selepas mereka. Dan terjadilah bahawa seruan mereka akan didengari, bahkan menurut kesederhanaan kata-kata mereka.

21 Kerana iman mereka, akata-kata mereka akan keluar dari mulut-Ku kepada saudara-saudara mereka yang adalah buah auratmu; dan kelemahan kata-kata mereka akan Aku jadikan kuat dalam iman mereka, sehingga mengingati perjanjian-Ku yang telah Aku buat kepada nenek-moyangmu.

22 Dan sekarang, lihatlah, anakku Yusuf, menurut cara inilah nenek-moyangku dari zaman purbakala telah abernubuat.

23 Oleh kerana itu, disebabkan perjanjian ini, kamu diberkati; kerana keturunanmu tidak akan dibinasakan, kerana mereka akan mendengar kata-kata kitab itu.

24 Dan akan bangkit seorang yang perkasa di kalangan mereka, yang akan membuat banyak kebaikan, baik dalam perkataan mahupun dalam perbuatan, menjadi alat dalam tangan Tuhan, dengan iman yang luar biasa, untuk mengerjakan keajaiban-keajaiban hebat, dan melaksanakan hal yang agung dalam pandangan Tuhan itu, sehingga mendatangkan banyak pemulihan kepada bani Israel, dan kepada keturunan saudara-saudaramu.

25 Dan sekarang, diberkatilah kamu, Yusuf. Lihatlah, kamu masih kecil; oleh kerana itu, dengarlah kata-kata abangmu, Nefi, maka akan terjadi kepadamu, bahkan menurut kata-kata yang telah aku ucapkan. Ingatlah kata-kata bapamu yang hampir mati ini. Amin.