Kitab Suci
2 Nefi 13


Bab 13

Yudah dan Yerusalem akan dihukum kerana ketidakpatuhannya—Tuhan Yesus membela dan menghukum umat-Nya—Puteri-puteri Sion dikutuk dan diseksa kerana sikap keduniawian mereka—Bandingkan dengan Yesaya 3. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Kerana lihatlah, Tuhan, Tuhan Semesta Alam, mengambil dari Yerusalem, dan dari Yudah, persediaan dan bekalan, segala persediaan roti, dan segala bekalan air—

2 Orang yang perkasa, dan orang yang berperang, hakim, serta nabi, dan yang bijaksana, serta para tua-tua;

3 Panglima lima puluh orang, dan orang yang terhormat, dan penasihat, dan tukang sihir, dan pemidato yang fasih.

4 Dan Aku akan memberi anak-anak kepada mereka untuk menjadi pemimpin mereka, dan kanak-kanak akan memerintah atas diri mereka.

5 Dan umat akan ditindas, setiap orang oleh yang lain, dan setiap orang oleh jirannya; anak kecil akan berkelakuan angkuh terhadap para tua-tua, dan orang yang keji terhadap orang yang terhormat.

6 Ketika seorang lelaki akan mencengkam saudaranya yang dari rumah bapanya, dan berkata: Engkau memiliki pakaian, jadilah engkau pemerintah kami, dan jangan biarkan apemusnahan ini datang di bawah tanganmu.

7 Pada hari itu akanlah dia bersumpah, mengatakan: Aku tidak akan menjadi seorang apenyembuh; kerana dalam rumahku tiada roti ataupun pakaian; janganlah menjadikanku seorang pemerintah ke atas bangsa ini.

8 Kerana Yerusalem sudah amusnah, dan Yehudah telah bruntuh, kerana ucapan mereka dan perbuatan mereka telah menentang Tuhan, mengapi-apikan mata kemuliaan-Nya.

9 Rupa air muka mereka bersaksi menentang mereka, dan mengisytiharkan dosa mereka menjadi bahkan sebagai aSodom, dan mereka tidak dapat menyembunyikannya. Celakalah jiwa mereka, kerana mereka telah mendatangkan bencana kepada diri mereka sendiri!

10 Katakanlah kepada yang soleh bahawa adalah abaik-baik dengan mereka; kerana mereka akan makan buah perbuatan mereka.

11 Celakalah orang jahat, kerana mereka akan binasa; kerana ganjaran bagi tangan mereka akan berada di atas mereka!

12 Dan bangsaku, kanak-kanak adalah penindas mereka, dan kaum perempuan memerintah atas mereka. Wahai bangsaku, mereka yang amemimpinmu menyebabkanmu membuat kesalahan dan menghapuskan jalan hidupmu.

13 Tuhan berdiri untuk amembela, dan berdiri untuk menghakimkan umat.

14 Tuhan akan melaksanakan penghakiman dengan para tua-tua dan para apemimpin umat-Nya; kerana kamu telah bmemakan habis ckebun anggur dan dhasil rampasan daripada orang emiskin di dalam rumahmu.

15 Apakah maksudmu? Engkau membelasah umat-Ku sampai bercebis-cebisan, dan mengisar muka orang miskin, firman Tuhan Semesta Alam.

16 Lebih-lebih lagi, Tuhan berfirman: Kerana para puteri Sion adalah sombong, dan berjalan dengan leher yang dijenjangkan dan mata yang jalang, berjalan dan abergaya sewaktu mereka melangkah, dan membuat suatu bunyi bergemerincing dengan kaki mereka—

17 Oleh kerana itu, Tuhan akan mendera dengan suatu kudis pada kulit kepala para puteri Sion, dan Tuhan akan amenelanjangkan bahagian-bahagian mereka yang sulit.

18 Pada hari itu, Tuhan akan mengambil kegemilangan perhiasan bergemerincing mereka, dan aselendang, dan bjamang berupa bulan.

19 Kalung dan gelang, dan akain tudung;

20 Topi, dan hiasan kaki, dan ikat kepala, dan bekas wangian, dan subang;

21 Cincin, dan permata hidung;

22 aPakain yang diganti-gantikan, dan jubah, dan selubung kepala, dan tusuk rambut;

23 aCermin, dan kain linen yang halus, tudung kepala, dan selendang.

24 Dan akan terjadi, bukan bau wangi tetapi kebusukan; dan bukan tali pinggang, tetapi akoyakan; dan bukan rambut yang rapi, tetapi kebotakan; dan bukan bhiasan penutup dada, tetapi kain karung guni; ctanda selar, bukan kecantikan.

25 Kaum lelaki mereka akan jatuh kerana pedang dan orang perkasamu dalam perang.

26 Dan pintu gerbangnya akan meratap dan berduka nestapa; dan dia akan terlantar, dan akan duduk di atas tanah.

      • IBR membalut (suatu kelukaan); Misalnya, Saya tidak dapat menyelesaikan masalah kamu.

      • IBR para pemerintah, atau para pemimpin.

      • IBR dimusnahkan, atau dibakar.

      • Yes. 5:7.

      • IAITU menggelapkan keuntungan.

      • 2 Ne. 28:12–13.

      • IAITU berjalan mengada-ngada dengan langkah yang pantas dan pendek.

      • IBR mendedahkan; ungkapan yang bererti “memalukan mereka.”

      • Berkemungkinan adalah jala rambut. Para penguasa tidak selalunya bersetuju mengenai jenis hiasan wanita seperti tersenarai di ayat 18–23.

      • IAITU hiasan berbentuk bulan sabit.

      • IBR selendang.

      • IBR pakaian yang gemilang.

      • ATAU pakaian yang jarang.

      • IBR kain buruk.

      • ATAU jubah.

      • ATAU penyelaran (tanda perhambaaan).