Kitab Suci
2 Nefi 12


Bab 12

Yesaya melihat bait suci pada zaman akhir, pengumpulan Israel, dan penghakiman dan kedamaian Zaman Seribu Tahun—Mereka yang angkuh dan jahat akan dijadikan rendah pada Kedatangan Kedua—Bandingkan dengan Yesaya 2. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Firman yang aYesaya, anak lelaki Amoz, bnampak berkenaan Yehuda dan Yerusalem:

2 Dan akan terjadilah bahawa pada zaman terakhir, ketika agunung bRumah Tuhan akan ditegakkan di atas cgunung-ganang, dan akan dimuliakan melebihi bukit-bukit, dan semua bangsa akan mengalir ke sana.

3 Dan ramai orang akan pergi dan berkata, Datanglah kamu, dan marilah kita pergi ke atas gunung Tuhan, ke rumah Tuhan Yakub; dan Dia akan mengajar kita cara-cara-Nya, dan kita akan aberjalan dalam jalan-jalan-Nya; kerana dari Sion akan keluar bhukum, dan firman Tuhan dari Yerusalem.

4 Dan Dia akan membuat apenghakiman di kalangan bangsa-bangsa, dan akan menegur ramai orang: dan mereka akan menempa pedang menjadi bajak, dan tombak mereka menjadi pisau pemangkas—bangsa tidak akan mengangkat pedang menentang bangsa lain, juga mereka tidak akan belajar berperang lagi.

5 Wahai bani Yakub, datanglah kamu dan marilah kita berjalan dalam cahaya Tuhan; ya, datanglah, kerana kamu semua telah atersesat, setiap orang ke jalannya yang jahat.

6 Oleh kerana itu, Ya Tuhan, Engkau telah meninggalkan umat-Mu, bani Yakub, kerana mereka adipenuhi dari timur, dan mendengarkan ahli-ahli nujum seperti orang bFilistin, dan mereka cmenyenangkan diri mereka dengan anak-anak orang bangsa asing.

7 Negeri mereka juga penuh dengan perak dan emas, juga tidak ada akhirnya harta benda mereka; negeri mereka juga penuh dengan kuda, juga tidak ada akhirnya kereta kuda mereka.

8 Negeri mereka juga penuh dengan aberhala; mereka menyembah pekerjaan tangan mereka sendiri, iaitu yang jari-jari mereka sendiri telah buat.

9 Dan orang terhina tidak amembongkokkan diri, dan orang besar tidak merendahkan diri, oleh kerana itu, janganlah ampunkannya.

10 Wahai kamu yang jahat, masuklah ke dalam batu, dan asembunyikanlah diri dalam debu, kerana ketakutan akan Tuhan dan kemuliaan keagungan-Nya akan menderamu.

11 Dan akan terjadilah bahawa pandangan tinggi hati manusia akan direndahkan, dan kesombongan manusia akan dibongkokkan, dan Tuhan sahaja yang akan dipermuliakan pada hari itu.

12 Kerana ahari Tuhan Semesta Alam cepat akan datang ke atas semua bangsa, ya, ke atas setiap orang; ya, ke atas yang bangkuh dan tinggi hati, dan ke atas setiap orang yang terangkat-angkat, dan dia akan dijadikan rendah.

13 Ya, dan hari Tuhan akan datang ke atas semua pokok araz di Lebanon, kerana mereka tinggi dan terangkat; dan ke atas semua pokok oak di Bashan;

14 Dan ke atas semua gunung tinggi, dan ke atas semua bukit, dan ke atas semua bangsa yang terangkat, dan ke atas setiap bangsa;

15 Dan ke atas setiap menara tinggi, dan ke atas setiap tembok berpagar;

16 Dan ke atas semua kapal di alaut, dan ke atas semua kapal Tarsis, dan ke atas semua pemandangan yang menyenangkan.

17 Dan ketinggian hati manusia akan dibongkokkan, dan kesombongan manusia akan dijadikan rendah; dan Tuhan sahaja yang akan dipermuliakan pada ahari itu.

18 Dan berhala-berhala akan Dia langsung hapuskan.

19 Dan mereka akan masuk ke dalam lubang-lubang batu-batan, dan ke dalam gua-gua dalam tanah, kerana ketakutan akan Tuhan akan datang ke atas mereka dan kemuliaan keagungan-Nya akan mendera mereka, ketika Dia bangkit untuk menggoncangkan bumi dengan dahsyat.

20 Pada hari itu, seorang akan amembuang berhala-berhala peraknya, dan berhala-berhala emasnya, yang telah dia buat bagi dirinya untuk disembah, kepada cencorot tanah dan kepada kelawar;

21 Untuk masuk ke dalam celah-celah batu, dan ke puncak-puncak batu bergerigi, kerana ketakutan pada Tuhan akan datang ke atas mereka dan keagungan kemuliaan-Nya akan menghentam mereka, ketika Dia bangkit untuk menggoncangkan bumi dengan dahsyat.

22 aBerhentilah bergantung kepada manusia, yang bernafas dari lubang hidungnya; bagaimanakah dia lebih berharga?