Kitab Suci
2 Nefi 10


Bab 10

Yakub menjelaskan bahawa orang Yahudi akan menyalibkan Tuhan mereka—Mereka akan dicerai-beraikan sehingga mereka mula percaya kepada Dia—Amerika akan menjadi sebuah negeri kemerdekaan di mana tiada raja akan memerintah—Perdamaikanlah dirimu dengan Tuhan dan dapatlah keselamatan melalui rahmat-Nya. Kira-kira 559–545 tahun S.M.

1 Dan sekarang aku, Yakub, berbicara kepada kamu lagi, saudara-saudaraku yang dikasihi, berkenaan acabang yang soleh ini yang berkenaannya telah aku bicarakan.

2 Kerana lihatlah, ajanji-janji yang telah kami dapat adalah janji-janji kepada kita menurut keadaan daging; oleh kerana itu, sebagaimana ia telah diperlihatkan kepadaku bahawa ramai di antara anak-anak kita akan binasa dalam daging akibat ketidakpercayaan, walau bagaimanapun, Tuhan akan berbelas kasihan kepada ramai orang; dan anak-anak kita akan dipulihkan, agar mereka dapat datang kepada itu yang akan memberi mereka pengetahuan benar berkenaan Penebus mereka.

3 Oleh kerana itu, sebagaimana aku telah katakan kepadamu, ia mestilah perlu bahawa Kristus—kerana semalam amalaikat itu berbicara kepadaku bahawa ini akan menjadi nama-Nya—akan bdatang ke kalangan orang Yahudi, di kalangan mereka yang adalah bahagian yang lebih jahat di dunia; dan mereka akan cmenyalibkan Dia—kerana demikianlah yang patut bagi Tuhan kita, dan tiada bangsa lain di atas bumi yang akan dmenyalib eTuhan mereka.

4 Kerana jikalau amukjizat-mukjizat agung dikerjakan di kalangan bangsa-bangsa lain, mereka akan bertaubat, dan tahu bahawa Dia adalah Tuhan mereka.

5 Tetapi disebabkan apenipuan imam dan kederhakaan, mereka di Yerusalem akan menegarkan leher mereka terhadap-Nya, sehingga Dia disalibkan.

6 Oleh kerana itu, akibat penderhakaan mereka, pembinasaan, kebuluran, wabak dan penumpahan darah akan datang ke atas mereka; dan mereka yang tidak dibinasakan akan adicerai-beraikan ke antara semua bangsa.

7 Tetapi lihatlah, demikian firman aTuhan: bBila tibanya hari itu bahawa mereka akan percaya kepada-Ku, bahawa Akulah Kristus, maka telah Aku buat perjanjian dengan nenek-moyang mereka bahawa mereka akan dipulihkan dalam daging, di atas bumi, kepada negeri-negeri warisan mereka.

8 Dan akan terjadilah bahawa mereka akan adikumpulkan daripada peleraian lama mereka, dari bpulau-pulau di laut, dan dari keempat bahagian bumi; dan bangsa-bangsa bukan Israel akan menjadi agung di mata-Ku, firman Tuhan, dalam cmembawa mereka ke negeri-negeri warisan mereka.

9 aYa, raja-raja orang bukan Israel akan menjadi bapa pengasuh kepada mereka, dan para permaisuri mereka akan menjadi ibu pengasuh; oleh kerana itu, bjanji-janji Tuhan adalah agung kepada orang bukan Israel, kerana Dia telah menfirmankannya, dan siapakah boleh membantah?

10 Tetapi lihatlah, negeri ini, firman Tuhan, akan menjadi suatu negeri warisanmu, dan aorang bukan Israel akan diberkati di negeri ini.

11 Dan negeri ini akan menjadi sebuah negeri akemerdekaan kepada orang bukan Israel, dan tidak akan ada braja-raja di negeri ini, yang akan bangkit di kalangan orang bukan Israel.

12 Dan Aku akan mengubukan negeri ini terhadap semua bangsa lain.

13 Dan dia yang amelawan menentang Sion akan bbinasa, firman Tuhan.

14 Kerana dia yang mengangkat seorang raja menentang Aku akan binasa, kerana Aku, Tuhan, araja syurga, akan menjadi raja mereka, dan Aku akan menjadi suatu bcahaya kepada mereka selama-lamanya, yang mendengar firman-Ku.

15 Oleh kerana itu, bagi tujuan ini, agar aperjanjian-perjanjian-Ku dapat digenapi, yang telah Aku buat kepada anak-anak manusia, yang Aku akan buat kepada mereka semasa mereka dalam daging, Aku mesti menghapuskan kerja-kerja brahsia ckegelapan, dan pembunuhan haram, dan kekejian.

16 Oleh kerana itu, dia yang melawan menentang aSion, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Israel, baik yang tertawan atau yang bebas, baik lelaki mahupun perempuan, akan binasa; kerana bmereka adalah mereka yang adalah pelacur seluruh bumi; kerana cmereka yang dtidak berpihak kepada-Ku adalah emenentang-Ku, firman Tuhan kita.

17 Kerana Aku akan amenggenapi janji-janji-Ku yang telah Aku buat kepada anak-anak manusia, yang Aku akan laksanakan kepada mereka semasa mereka dalam daging.

18 Oleh kerana itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, demikianlah firman Tuhan kita: Aku akan menyengsarakan keturunanmu dengan tangan orang bukan Israel; walaupun demikian, Aku akan melunakkan hati aorang bukan Israel, agar mereka akan menjadi seperti seorang bapa kepada mereka; oleh kerana itu, orang bukan Israel akan bdiberkati dan cdibilang di kalangan bani Israel.

19 Oleh kerana itu, Aku akan amembaktikan negeri ini bagi keturunanmu, dan mereka yang akan terbilang di kalangan keturunanmu, selama-lamanya, bagi negeri warisan mereka; kerana ianya adalah sebuah negeri pilihan, berkata Tuhan kepadaku, melebihi semua negeri lain, oleh kerana itu, Aku akan menuntut semua manusia yang tinggal dalamnya agar mereka akan menyembah-Ku, firman Tuhan.

20 Dan sekarang, saudara-saudaraku yang dikasihi, melihat bahawa Tuhan kita yang penuh belas kasihan telah memberi kita demikian banyak pengetahuan berkenaan hal-hal ini, marilah kita mengingati Dia, dan mengetepikan dosa-dosa kita, dan tidak menundukkan kepala kita, kerana kita tidak tersingkir; walaupun demikian, kita telah adihalau keluar dari negeri warisan kita, tetapi kita telah dituntun ke sebuah bnegeri yang lebih baik, kerana Tuhan telah menjadikan laut cjalan kita, dan kita berada di atas sebuah dpulau di laut.

21 Tetapi agungnya janji-janji Tuhan kepada mereka yang berada di atas apulau-pulau di laut; oleh kerana ia mengatakan pulau-pulau, mestilah ada lebih daripada ini, dan ianya diduduki oleh saudara-saudara kita.

22 Kerana lihatlah, Tuhan telah amenuntun pergi dari masa ke masa daripada bani Israel, menurut kehendak dan kesenangan-Nya. Dan sekarang lihatlah, Tuhan ingat akan semua mereka yang telah dipatahkan, oleh kerana itu, Dia mengingati kita juga.

23 Oleh kerana itu, hiburkanlah hatimu, dan ingatlah bahawa kamu abebas untuk bbertindak bagi dirimu sendiri—untuk cmemilih jalan kematian kekal atau jalan kehidupan abadi.

24 Oleh kerana itu, saudara-saudaraku yang dikasihi, perdamaikanlah dirimu dengan kehendak Tuhan, dan bukan dengan kehendak iblis dan daging; dan ingatlah, setelah kamu telah berdamai dengan Tuhan, bahawa hanyalah dalam dan melalui arahmat Tuhan maka kamu bdiselamatkan.

25 Oleh kerana itu, semoga Tuhan membangkitkanmu daripada kematian melalui kuasa pembangkitan, dan juga daripada kematian kekal melalui kuasa akorban tebusan, agar kamu boleh diterima ke dalam kerajaan abadi Tuhan, agar kamu dapat memuji Dia melalui rahmat Ilahi. Amin.