Kitab Suci
1 Nefi 18


Bab 18

Kapal itu siap—Kelahiran Yakob dan Yusuf disebutkan—Rombongan itu berangkat ke negeri yang dijanjikan—Para anak lelaki Ismael dan isteri-isteri mereka bersama-sama berpesta secara porak-peranda dan memberontak—Nefi diikat, dan kapal itu dipaksa berundur oleh ribut yang dahsyat—Nefi dibebaskan, dan kerana doanya, ribut itu berhenti—Mereka tiba di negeri yang dijanjikan. Kira-kira 591–589 tahun S.M.

1 Dan terjadilah bahawa mereka menyembah Tuhan, dan pergi bersamaku; dan kami mengerjakan kayu-kayan dengan kerja tangan yang terperinci. Dan Tuhan menunjukkan kepadaku dari masa ke semasa menurut cara apanya aku patut mengerjakan kayu-kayan kapal itu.

2 Sekarang aku, Nefi, tidak mengerjakan kayu-kayan itu menurut cara yang dipelajari oleh manusia, juga aku tidak membina kapal itu menurut cara manusia; tetapi aku membinakannya menurut cara yang Tuhan telah tunjukkan kepadaku; oleh kerana itu, ianya bukan menurut cara manusia.

3 Dan aku, Nefi, sering pergi ke gunung, dan aku sering aberdoa kepada Tuhan; oleh kerana itu, Tuhan telah bmenunjukkan kepadaku banyak hal yang besar.

4 Dan terjadilah bahawa setelah aku menyiapkan kapal itu, menurut firman Tuhan, saudara-saudaraku nampak bahawa ianya baik, dan bahawa kerja tangannya sangat halus; oleh kerana itu, mereka amerendahkan diri mereka lagi di hadapan Tuhan.

5 Dan terjadilah bahawa suara Tuhan datang kepada bapaku, bahawa kami patut bangun dan turun ke dalam kapal itu.

6 Dan terjadilah bahawa pada esok harinya, setelah kami menyediakan segala benda, banyak buah-buahan dan adaging dari padang belantara, dan madu yang berkelimpahan, dan bekalan menurut itu yang Tuhan telah perintahkan kepada kami, kami pergi ke dalam kapal itu, dengan segala muatan dan benih kami, dan apa pun benda kami yang telah dibawa bersama kami, setiap orang menurut umurnya; oleh kerana itu, kami pun turun ke dalam kapal itu, dengan isteri-isteri dan anak-anak kami.

7 Dan sekarang, bapaku telah memperanakkan dua orang putera di padang belantara; yang lebih tua dipanggil aYakub, dan yang lebih muda bYusuf.

8 Dan terjadilah bahawa setelah kami semua turun ke dalam kapal, dan mengambil dengan kami bekalan dan barangan yang telah diperintahkan kepada kami, kami belayar keluar ke alaut dan dihembus oleh angin menuju ke bnegeri yang dijanjikan.

9 Dan setelah kami dihembus oleh angin selama tempoh banyak hari, lihatlah, saudara-saudaraku dan para anak lelaki Ismael, dan juga isteri-isteri mereka mula beriang-ria, sehingga mereka mula menari, dan menyanyi, dan berbicara dengan banyak kekasaran, ya, bahkan sehingga mereka lupa dengan kuasa apanya yang mereka telah dibawa ke situ; ya, mereka terangkat ke kekasaran yang amat sangat.

10 Dan aku, Nefi, mula tersangat takut kalau-kalau Tuhan murka terhadap kami, dan mendera kami kerana kederhakaan kami, sehingga kami ditelan ke dalam pendalaman laut; oleh kerana itu, aku, Nefi, mula berbicara kepada mereka dengan penuh kesungguhan; tetapi lihatlah, mereka amarah terhadapku, mengatakan: Kami tidak mahu adik kami menjadi bpemerintah ke atas kami.

11 Dan terjadilah bahawa Laman dan Lemuel menangkapku dan mengikatku dengan tali, dan mereka memperlakukanku dengan penuh kekerasan; walaupun demikian, Tuhan amembenarkannya agar Dia dapat menunjukkan kuasa-Nya, hingga penggenapan firman-Nya yang telah Dia firmankan berkenaan yang jahat.

12 Dan terjadilah bahawa setelah mereka mengikatku sehingga aku tidak dapat bergerak, akompas yang telah disediakan oleh Tuhan, berhenti bekerja.

13 Oleh kerana itu, mereka tidak tahu ke mana mereka harus mengemudikan kapal itu, sedemikian rupa sehingga bangkitnya ribut yang besar, ya, ribut yang besar dan dahsyat, dan kami adihembus balik di atas perairan untuk tempoh tiga hari; dan mereka mula menjadi tersangat takut kalau-kalau mereka lemas di laut; walaubagaimanapun, mereka tidak kehilanganku.

14 Dan pada hari keempat, pada masa kami dihembus balik, ribut itu mula menjadi tersangat teruk.

15 Dan terjadilah bahawa kami hampir ditelan ke dalam pendalaman laut. Dan setelah kami ditolak balik di atas perairan untuk tempoh empat hari, saudara-saudaraku mula amelihat bahawa penghakiman Tuhan berada atas mereka, dan bahawa mereka akan binasa kecuali mereka bertaubat dari kederhakaan mereka; oleh kerana itu, mereka datang kepadaku, dan melonggarkan tali yang berada pada pergelangan tanganku, dan lihatlah, ia telah menjadi tersangat bengkak; dan juga pergelangan kakiku sangat bengkak, dan teruk sekali kesakitannya.

16 Walaubagaimanapun, aku memandang kepada Tuhanku, dan aku amemuji Dia sepanjang hari; dan aku tidak merungut terhadap-Nya kerana kesengsaraanku.

17 Sekarang bapaku, Lehi, telah mengatakan banyak perkara kepada mereka, dan juga kepada para anak lelaki aIsmael, tetapi, lihatlah, mereka melafazkan banyak ancaman terhadap sesiapa pun yang bercakap bagiku; dan ibu bapaku dilanda usia lanjut, dan kerana telah menderita banyak kepiluan disebabkan anak-anak mereka, mereka jatuh sakit, ya, bahkan di atas katil mereka kerana mereka sakit.

18 Kerana kepiluan dan kesedihan mereka yang besar, dan kederhakaan saudara-saudaraku, mereka dibawa hampir, bahkan dibawa keluar dari kehidupan ini untuk menemui Tuhan mereka; ya, uban mereka hampir dibawa turun untuk berbaring dalam debu; ya, bahkan mereka hampir dicampak dengan kesedihan ke dalam kubur berair.

19 Dan Yakub dan Yusuf juga, kerana muda, memerlukan banyak penjagaan, dijadikan pilu kerana kesengsaraan ibu mereka; dan juga aisteriku dengan air mata dan doa-doanya, dan juga anak-anakku, tidak dapat melunakkan hati saudara-saudaraku agar mereka melepaskan aku.

20 Dan tiada apa pun kecuali kuasa Tuhan, yang mengancamkan mereka dengan penghancuran, dapat melunakkan hati mereka; oleh kerana itu, apabila mereka nampak bahawa mereka hampir akan ditelan ke dalam pendalaman laut, mereka bertaubat dari perkara yang telah mereka lakukan, sedemikian rupa sehingga mereka melepaskan aku.

21 Dan terjadilah bahawa setelah mereka melepaskanku, lihatlah, aku mengambil kompas itu, dan ia bekerja sebagaimana yang aku hasrati darinya. Dan terjadilah bahawa aku berdoa kepada Tuhan; dan setelah aku berdoa, angin pun berhenti, dan ribut pun berhenti, dan adanya ketenangan yang besar.

22 Dan terjadilah bahawa aku, Nefi, mengemudikan kapal itu, dan kami belayar lagi menuju ke negeri yang dijanjikan.

23 Dan terjadilah bahawa setelah kami belayar selama tempoh banyak hari, kami tiba di anegeri yang dijanjikan; dan kami pergi ke dalam negeri itu, dan mendirikan khemah kami; dan kami memanggilnya negeri yang dijanjikan.

24 Dan terjadilah bahawa kami mula membajak tanah, dan kami mula menanam benih; ya, kami meletakkan semua benih kami ke dalam tanah, yang kami telah bawa dari negeri Yerusalem. Dan terjadilah bahawa ia tumbuh amat banyak; oleh kerana itu, kami diberkati secara berlimpah-limpah.

25 Dan terjadilah bahawa kami terjumpa di negeri yang dijanjikan, semasa kami mengembara di padang belantara, bahawa adanya binatang di dalam hutan dari setiap jenis, baik lembu mahupun sapi, dan keldai dan kuda, dan kambing dan kambing liar, dan segala jenis binatang liar, yang untuk penggunaan manusia. Dan kami terjumpa segala jenis bijih, baik emas, dan perak, mahupun tembaga.