Kitab Suci
1 Nefi 14


Bab 14

Seorang malaikat memberitahu Nefi berkenaan berkat-berkat dan kutukan-kutukan yang akan menimpa bangsa bukan Israel—Hanya ada dua gereja: Gereja Anak Domba Tuhan, dan gereja iblis—Orang Suci Tuhan di dalam semua negara akan diseksa oleh gereja yang besar dan keji—Rasul Yohanes akan menulis berkenaan pengakhiran dunia. Kira-kira 600–592 tahun S.M.

1 Dan terjadilah bahawa jika abangsa bukan Israel akan mendengarkan Anak Domba Tuhan pada hari itu bila Dia akan menampakkan diri-Nya kepada mereka dalam firman, dan juga dalam bkuasa, dalam kenyataan, sampai mengambil pergi cbatu sandungan mereka.

2 Dan tidak mengeraskan hati mereka melawan Anak Domba Tuhan, mereka akan terbilang di kalangan keturunan bapaku; ya, mereka akan aterbilang di kalangan bani Israel; dan mereka akan menjadi bangsa yang bdiberkati di negeri yang dijanjikan buat selama-lamanya; mereka tidak akan lagi dibawa turun ke dalam penawanan; dan bani Israel tidak akan lagi dicelarukan.

3 Dan alubang besar itu, yang telah digali untuk mereka oleh gereja yang besar dan keji, yang diasaskan oleh iblis dan anak-anaknya, agar dia boleh menuntun jiwa-jiwa manusia turun ke neraka—ya, lubang besar itu yang telah digali untuk pembinasaan manusia akan dipenuhi oleh mereka yang telah menggalikannya, sampai pembinasaan mereka yang sepenuhnya, firman Anak Domba Tuhan; bukan pembinasaan jiwa, kecuali pencampakannya ke dalam bneraka itu yang tiada pengakhirannya.

4 Kerana lihatlah, ini adalah menurut penawanan iblis, dan juga menurut keadilan Tuhan, ke atas semua mereka yang akan mengerjakan kejahatan dan kekejian di hadapan Dia.

5 Dan terjadilah bahawa malaikat itu berucap kepadaku, Nefi, mengatakan: Engkau telah nampak bahawa jikalau bangsa bukan Israel bertaubat, maka baiklah keadaan mereka; dan engkau juga tahu berkenaan perjanjian-perjanjian Tuhan kepada bani Israel; dan engkau juga telah dengar bahawa sesiapa yang tidak abertaubat mesti binasa.

6 Oleh kerana itu, acelakalah bagi bangsa bukan Israel jikalau mereka mengeraskan hati mereka melawan Anak Domba Tuhan.

7 Kerana waktunya akan datang, firman Anak Domba Tuhan, bahawa Aku akan mengerjakan suatu apekerjaan yang menakjubkan dan agung di kalangan anak-anak manusia; suatu pekerjaan yang akan kekal selama-lamanya, sama ada yang satu atau yang lain—sama ada meyakinkan mereka kepada kedamaian dan bkehidupan yang abadi, atau menyerahkan mereka kepada kekerasan hati mereka dan kebutaan fikiran mereka sampai mereka dibawa turun ke dalam penawanan, dan juga kepada pembinasaan, mahupun secara duniawi ataupun secara rohani, menurut cpenawanan oleh iblis, berkenaan siapa telah Aku firmankan.

8 Dan terjadilah bahawa apabila malaikat itu habis mengucapkan kata-kata ini, dia berkata kepadaku: Ingatkah kamu aperjanjian-perjanjian Bapa kepada bani Israel? Aku berkata kepadanya, Ya.

9 Dan terjadilah bahawa dia berkata kepadaku: Pandanglah, dan lihat gereja yang besar dan keji itu, iaitu ibu kekejian, yang pengasasnya ialah aiblis.

10 Dan dia berkata kepadaku: Lihatlah, hanya ada adua gereja sahaja; satu adalah gereja Anak Domba Tuhan, dan byang satu lagi adalah gereja iblis; oleh kerana itu, sesiapa yang tidak menganggotai gereja Anak Domba Tuhan, menganggotai gereja yang besar itu, yang adalah induk kepada kekejian; dan dia adalah cpelacur seluruh dunia.

11 Dan terjadilah bahawa aku melihat dan nampak pelacur seluruh bumi, dan dia duduk di atas banyak aperairan; dan bdia mempunyai kekuasaan ke atas seluruh bumi, di kalangan semua bangsa, kaum, bahasa, dan orang.

12 Dan terjadilah bahawa aku nampak gereja Anak Domba Tuhan, dan bilangannya akecil, kerana kejahatan dan kekejian pelacur itu yang duduk di atas banyak perairan; walaupun demikian, aku nampak bahawa gereja Anak Domba, iaitu orang Suci Tuhan, juga berada di atas bseluruh permukaan bumi; dan jajahan-jajahan mereka di atas permukaan bumi adalah kecil, kerana kejahatan pelacur itu yang aku nampak.

13 Dan terjadilah bahawa aku nampak bahawa induk yang dahsyat kepada kekejian itu mengumpulkan bersama khalayak ramai di atas permukaan seluruh bumi, di kalangan semua bangsa-bangsa bukan Yahudi, untuk amelawan menentang Anak Domba Tuhan.

14 Dan terjadilah bahawa aku, Nefi, nampak kuasa Anak Domba Tuhan, bahawa ia turun ke atas orang suci gereja Anak Domba, dan ke atas umat perjanjian Tuhan, yang telah dicerai-beraikan ke seluruh permukaan bumi; dan mereka disenjatai dengan kesolehan dan dengan akuasa Tuhan dalam kemuliaan yang agung.

15 Dan terjadilah bahawa aku nampak bahawa kemurkaan Tuhan adicurahkan ke atas gereja yang besar dan keji itu, sedemikan rupa sehingga adanya peperangan dan desas-desus berkenaan peperangan di kalangan semua bbangsa dan kaum di bumi.

16 Dan kerana bermulanya apeperangan dan desas-desus berkenaan peperangan di kalangan semua bangsa yang adalah kepunyaan induk kepada kekejian, malaikat itu berucap kepadaku, mengatakan: Lihatlah, kemurkaan Tuhan berada di atas ibu para perempuan keji; dan lihatlah, engkau nampak semua hal ini—

17 Dan apabila sampainya ahari bila bkemurkaan Tuhan dicurahkan ke atas ibu para pelacur, iaitu gereja yang besar dan keji kepada seluruh dunia itu, yang pengasasnya adalah iblis, kemudian, pada hari itu, cpekerjaan Bapa akan bermula, dalam menyediakan jalan untuk menggenapkan semua dperjanjian-Nya, yang Dia telah buat kepada umatnya yang adalah bani Israel.

18 Dan terjadilah bahawa malaikat itu berucap kepadaku, mengatakan: Lihatlah!

19 Dan aku melihat dan nampak seorang lelaki, dan dia berpakaian jubah putih.

20 Dan malaikat itu berkata kepadaku: Lihatlah aseorang daripada dua belas rasul Anak Domba.

21 Lihatlah, dia akan melihat dan menulis sisa dari perkara-perkara ini; ya, dan juga banyak perkara yang telah terjadi.

22 Dan dia akan juga menulis berkenaan akhir dunia.

23 Oleh kerana itu, hal-hal yang dia akan tuliskan adalah tepat dan benar; dan lihatlah, ianya ditulis di dalam akitab yang engkau nampak keluar dari mulut orang Yahudi; dan semasa ianya keluar dari mulut orang Yahudi, atau, semasa kitab itu keluar dari mulut orang Yahudi, hal-hal yang telah ditulis adalah jelas dan suci, dan paling bberharga dan mudah bagi pengertian semua manusia.

24 Dan lihatlah, perkara-perkara yang akan arasul Anak Domba ini tuliskan adalah banyak perkara yang telah engkau lihat; dan lihatlah, sisanya akanlah engkau lihat.

25 Tetapi perkara-perkara yang engkau akan lihat mulai sekarang, janganlah engkau tuliskan; kerana Tuhan telah mentahbiskan rasul Anak Domba Tuhan agar dia akan amenuliskannya.

26 Dan juga orang lain yang telah ada, kepada mereka telah Dia menunjukkan segala perkara, dan mereka telah menuliskannya; dan ianya adimeteraikan untuk tampil dalam kemurniannya, menurut kebenaran yang ada pada Anak Domba, dalam masa Tuhan sendiri yang sesuai, kepada bani Israel.

27 Dan aku, Nefi, telah mendengar dan memberi kesaksian, bahawa nama rasul itu adalah aYohanes, menurut perkataan malaikat itu.

28 Dan lihatlah, aku, Nefi, dilarang menulis sisa perkara-perkara yang telah aku lihat dan dengar; oleh kerana itu, perkara-perkara yang telah aku tulis mencukupi bagiku; dan aku telah menulis hanya satu bahagian kecil daripada perkara-perkara yang telah aku lihat.

29 Dan aku memberi kesaksian bahawa aku nampak perkara-perkara yang abapaku telah nampak, dan malaikat Tuhan telah menjadikannya nyata kepadaku.

30 Dan sekarang aku membuat pengakhiran pembicaraan berkenaan perkara-perkara yang telah aku lihat semasa aku dibawa pergi oleh Roh; dan jika segala perkara yang telah aku lihat belum dituliskan, perkara-perkara yang telah aku tuliskan adalah abenar. Dan demikianlah hakikatnya. Amin.