Kitab Suci
1 Nefi 11


Bab 11

Nefi melihat Roh Tuhan dan ditunjukkan pokok kehidupan di dalam suatu penglihatan—Dia melihat ibu Putera Tuhan dan belajar berkenaan perendahan diri Tuhan—Dia melihat pembaptisan, pelayanan, dan penyaliban Anak Domba Tuhan—Dia melihat juga panggilan dan pelayanan Dua Belas Rasul Anak Domba. Kira-kira 600–592 tahun S.M.

1 Kerana terjadilah bahawa setelah aku berhasrat untuk mengetahui hal-hal yang bapaku telah lihat, dan percaya bahawa Tuhan dapat menjadikannya nyata kepadaku, sewaktu aku duduk aberfikir mendalam di dalam hatiku, aku bdibawa pergi dalam Roh Tuhan, ya, ke sebuah cgunung teramat tinggi, yang aku tidak pernah sebelumnya lihat, dan yang di atasnya aku tidak pernah menjejakkan kakiku.

2 Dan Roh berkata kepadaku: Lihatlah, apakah yang engkau hasratkan?

3 Dan aku berkata: Aku berhasrat melihat apa yang bapaku alihat.

4 Dan Roh berkata kepadaku: Percayakah engkau bahawa bapamu melihat apokok yang berkenaannya dia telah berbicara?

5 Dan aku berkata: Ya, engkau tahu bahawa aku apercaya semua perkataan bapaku.

6 Dan apabila aku telah mengucapkan kata-kata ini, Roh menyeru dengan suara yang kuat, mengatakan: Hosana kepada Tuhan, Tuhan yang mahatinggi; kerana Dia ialah Tuhan atas seluruh abumi, ya, bahkan atas segala-galanya. Dan diberkatilah engkau, Nefi, kerana engkau bpercaya kepada Putera Tuhan yang mahatinggi; oleh kerana itu engkau akan melihat hal-hal yang telah engkau hasratkan.

7 Dan lihatlah, hal ini akan diberikan kepadamu sebagai atanda, bahawa setelah engkau melihat pokok yang menghasilkan buah yang bapaku telah rasakan, engkau akan juga melihat seorang lelaki turun dari syurga dan Dia akan engkau saksikan; dan setelah engkau menyaksikan Dia, engkau akan bmemberi kesaksian bahawa Dia ialah Putera Tuhan.

8 Dan terjadilah bahawa Roh berkata kepadaku: Lihatlah! Dan aku melihat dan nampak sepohon pokok; dan ia seperti apokok yang telah bapaku lihat; dan keindahannya jauh melebihi, ya, melampaui segala keindahan; dan bkeputihannya melebihi keputihan salji yang berterbangan.

9 Dan terjadilah bahawa setelah aku melihat pokok itu, aku berkata kepada Roh: Aku melihat bahawa engkau telah menunjukkan kepadaku pokok yang anilainya melebihi segalanya.

10 Dan dia berkata kepadaku: Apakah yang engkau hasratkan?

11 Dan aku berkata kepadanya: Untuk mengetahui atafsirannya—kerana aku berbicara kepadanya seperti seorang manusia berbicara; kerana aku lihat bahawa dia dalam bbentuk seorang manusia; walaubagaimanapun, aku tahu bahawa dia adalah Roh Tuhan; dan dia berbicara kepadaku seperti seorang manusia berbicara kepada orang yang lain.

12 Dan terjadilah bahawa dia berkata kepadaku: Lihatlah! Dan aku melihat seolah-olah memandang kepada dia, dan aku tidak nampak dia; kerana dia telah hilang dari hadapanku.

13 Dan terjadilah bahawa aku lihat dan nampak kota agung Yerusalem, dan juga kota-kota lain. Dan aku nampak kota Nasaret; dan di dalam kota aNasaret, aku nampak seorang banak dara, dan dia teramat cantik dan putih.

14 Dan terjadilah bahawa aku nampak asyurga terbuka; dan seorang malaikat turun dan berdiri di hadapanku; dan dia berkata kepadaku: Nefi, apakah yang engkau nampak?

15 Dan aku berkata kepadanya: Seorang anak dara, paling cantik dan jelita melebihi semua anak dara lain.

16 Dan dia berkata kepadaku: Tahukah engkau perendahan diri Tuhan?

17 Dan aku berkata kepadanya: Aku tahu bahawa Dia mengasihi anak-anak-Nya; walaubagaimanapun, aku tidak tahu maksud segala hal.

18 Dan dia berkata kepadaku: Lihatlah, aanak dara yang engkau nampak ialah bibu kepada Putera Tuhan, menurut keadaan dagingnya.

19 Dan terjadilah bahawa aku nampak bahawa dia dibawa pergi dalam Roh; dan setelah dia dibawa pergi dalam aRoh selama suatu jangka masa, malaikat itu berucap kepadaku, mengatakan: Lihat!

20 Dan aku melihat dan nampak anak dara itu lagi, membawa seorang aanak di atas lengannya.

21 Dan malaikat itu berkata kepadaku: Lihatlah aAnak Domba Tuhan, ya, bahkan bPutera kepada cBapa Yang Abadi! Tahukah engkau maksud dpokok yang bapamu nampak?

22 Dan aku menjawabkannya, mengatakan: Ya, ia adalah akasih Tuhan, yang mencurahkan diri-Nya merata-rata di dalam hati anak manusia; oleh kerana itu, ia adalah paling dihasratkan melebihi segala-galanya.

23 Dan dia berucap kepadaku, mengatakan: Ya, dan yang paling amembahagiakan kepada jiwa.

24 Dan setelah dia mengucapkan kata-kata ini, dia berkata kepadaku: Lihatlah! Dan aku melihat, dan aku nampak Putera Tuhan sedang apergi ke kalangan anak-anak manusia; dan aku nampak ramai jatuh pada kaki-Nya dan menyembah Dia.

25 Dan terjadilah bahawa aku nampak bahawa abatang besi itu yang telah bapaku lihat adalah firman Tuhan, yang menuntun kepada sumber bair hidup, atau kepada cpokok kehidupan; yang airnya adalah penggambaran kasih Tuhan; dan aku juga nampak bahawa pokok kehidupan adalah penggambaran kasih Tuhan.

26 Dan malaikat itu berkata kepadaku lagi: Pandanglah dan lihatlah aperendahan diri Tuhan!

27 Dan aku melihat dan anampak Penebus dunia, berkenaan siapa bapaku telah berbicara; dan aku juga nampak bnabi yang akan menyediakan jalan di hadapan-Nya. Dan Anak Domba Tuhan tampil dan cdibaptiskan olehnya; dan setelah Dia dibaptiskan, aku nampak langit membuka, dan Roh Kudus turun keluar dari syurga dan diam di atas diri-Nya dalam bentuk dburung merpati.

28 Dan aku nampak bahawa Dia pergi melayan orang ramai, dalam akuasa dan kegemilangan agung; dan orang ramai berkumpul bersama untuk mendengarkan Dia; dan aku nampak bahawa mereka menyingkirkan Dia dari antara mereka.

29 Dan aku juga nampak adua belas orang lain mengikut Dia. Dan terjadilah bahawa mereka dibawa pergi dalam Roh dari hadapan mukaku, dan aku tidak nampak mereka.

30 Dan terjadilah bahawa malaikat itu berucap kepadaku lagi, mengatakan: Lihatlah! Dan aku melihat, dan aku nampak langit terbuka lagi, dan aku nampak para amalaikat turun ke atas anak-anak manusia; dan mereka melayani mereka.

31 Dan dia berucap kepadaku lagi, mengatakan: Lihatlah! Dan aku melihat, dan aku nampak Anak Domba Tuhan pergi ke antara anak-anak manusia. Dan aku nampak khalayak orang ramai yang sakit, dan yang menderita segala jenis penyakit dan aiblis dan broh jahat; dan malaikat itu berbicara dan memperlihatkan semua perkara ini kepadaku. Dan mereka cdisembuhkan oleh kuasa Anak Domba Tuhan; dan para iblis dan roh jahat disingkirkan.

32 Dan terjadilah bahawa malaikat itu berucap kepadaku lagi, mengatakan: Lihatlah! Dan aku melihat dan nampak Anak Domba Tuhan, bahawa Dia ditangkap oleh orang ramai; ya, Putera Tuhan yang kekal adihakimkan oleh dunia; dan aku nampak dan memberi kesaksian.

33 Dan aku, Nefi, nampak bahawa Dia diangkat ke atas asalib dan bdibunuh bagi dosa-dosa dunia.

34 Dan setelah Dia dibunuh, aku nampak orang ramai di bumi, bahawa mereka dikumpulkan bersama untuk berlawan menentang para rasul Anak Domba; kerana demikianlah kedua belas itu dipanggil oleh malaikat Tuhan.

35 Dan orang ramai di bumi dikumpulkan bersama; dan aku nampak bahawa mereka berada di dalam sebuah abangunan besar dan lapang, seperti bangunan yang bapaku telah lihat. Dan malaikat Tuhan berucap kepadaku lagi, mengatakan: Lihatlah dunia dan kebijaksanaannya; ya, lihatlah bani Israel telah berkumpul bersama untuk berlawan menentang dua belas rasul Anak Domba.

36 Dan terjadilah bahawa aku nampak dan memberi kesaksian, bahawa bangunan besar dan lapang itu adalah akeangkuhan dunia; dan ia roboh, dan kerobohannya tersangat teruk. Dan malaikat Tuhan berucap kepadaku lagi, mengatakan: Demikianlah kehancuran segala bangsa, kaum, bahasa, dan orang, yang akan berlawan menentang dua belas rasul Anak Domba.