“Anda Anak Kesayangan Tuhan,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Kanak-kanak (2019)
“Anda Anak Kesayangan Tuhan,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Kanak-kanak
Anda Anak Kesayangan Tuhan
Anda pernah tinggal bersama Bapa Syurgawi, yang mengetahui segalanya dan mengasihi semua. Dia mahu anda menjadi seperti-Nya! Dia memberi anda tubuh, kebolehan, dan kurnia-kurnia rohani. Dia mahu anda dan semua anak-anak-Nya menemui dan mengembangkan kurnia-kurnia ini. Dia memberi kita satu rancangan untuk membantu kita menjadi gembira dan memberkati orang lain.
Anda datang ke dunia dari syurga. Anda sebahagian daripada satu keluarga.
Anda berjanji untuk mengikuti Yesus Kristus apabila anda dibaptiskan dan apabila anda mengambil sakramen.
Apabila anda ditetapkan, anda menerima kurnia Roh Kudus untuk membimbing anda.
Anda boleh memperoleh kebahagiaan dan kedamaian apabila anda memilih untuk hidup seperti Yesus.
Anda boleh belajar dan bertumbuh. Anda boleh mengasihi dan melayani orang lain seperti Yesus.
Bapa Syurgawi menghantar Putera-Nya, Yesus Kristus, untuk menjadi teladan dan membolehkan anda bertaubat dan berubah.
Anda boleh membuat perjanjian-perjanjian di bait suci yang boleh membantu anda hidup dengan Bapa Syurgawi semula.