Panggilan Misi
2. Organisasi dan Aktiviti Penginjil


Imej
Yesus mengajar para pengikut

2

Organisasi dan Aktiviti Penginjil

2.0

Pengenalan

Tuhan telah berfirman, “Kamu akan mengatur dirimu dan menetapkan kepada setiap lelaki [dan perempuan] tugas pengawasannya” (Ajaran dan Perjanjian 104:11). Bahagian buku panduan ini menerangkan organisasi misi dan menerangkan cara yang terbaik anda boleh bekerja dan hidup dengan rakan, menyertai aktiviti misi, merancang jadual harian dan melayani orang lain dengan kasih suci Kristus (lihat Moroni 7:44–47).

Untuk kejelasan, standard ini menggunakan istilah pemimpin penginjil muda untuk merujuk kepada para penginjil dengan tugas kepemimpinan, seperti rakan senior, ketua latihan saudari atau pemimpin zon. Pemimpin misi merujuk kepada presiden misi anda, yang memegang kunci-kunci imamat dan isterinya.

Standard ini juga menggunakan istilah uskup, presiden pancang, bahagian dan pancang. Gunakan garis panduan yang berkaitan sebagaimana yang bersesuaian pada presiden cabang, presiden daerah, ahli cabang dan daerah.

2.1

Kepimpinan Misi

Tanggungjawab anda yang terpenting, tanpa mengira apa-apa tugas kepemimpinan, adalah untuk menjadi penginjil yang beriman dan berdedikasi. Nasihat ini daripada Tuhan yang tercatat dalam Ajaran dan Perjanjian turut terpakai kepada anda: “Hal yang akan menjadi paling berharga bagimu adalah untuk memaklumkan pertaubatan kepada [generasi] ini, agar kamu boleh membawa jiwa-jiwa kepada-Ku” (Ajaran dan Perjanjian 15:6).

2.1.1

Pemimpin Misi: Presiden Misi Anda dan Isterinya

Presiden misi anda dan isterinya, yang melayani bersama sebagai pemimpin misi anda, dipanggil oleh Tuhan dan ditetapkan untuk memimpin misi. Bersama-sama mereka mengasihi dan melayani anda, membantu anda memenuhi tujuan anda sebagai penginjil, serta membantu anda kekal selamat dan bahagia.

Para pemimpin misi anda berkongsi banyak tanggungjawab untuk misi. Mereka akan bekerjasama untuk menyokong dan menggalakkan anda, mendengarkan kebimbangan anda, menjawab pertanyaan, menilai kemajuan serta memberi nasihat. Oleh kerana presiden misi anda memegang kunci-kunci imamat yang tertentu, dia bertindak sebagai hakim umum dalam misi. Pelanggaran seksual dan dosa serius yang lain harus diakui kepada presiden misi anda (lihat Mosia 26:29–30). Jujur sepenuhnya dengan uskup anda. Dia akan membantu anda bertaubat (lihat Untuk Kekuatan Remaja [2011], 28–29).

Anda boleh menjemput isteri presiden misi, penginjil senior atau rakan penginjil anda untuk menyertai mana-mana temu duga dengan presiden misi. Keputusan anda untuk menjemput seseorang menyertai anda tidak harus mengurangkan rasa kasih, ambil berat atau kekaguman pemimpin misi anda terhadap anda.

2.1.2

Presidensi Misi

Presiden misi anda memimpin misi dengan kunci-kunci imamat. Dia merupakan ahli presidensi misi dengan dua orang penasihat.

Penasihat dalam presiden misi, seperti penasihat dalam presidensi pancang atau lembaga uskup, membantu mengatur dan menawarkan bantuan dalam pekerjaan. Penasihat dalam presidensi misi tidak menyelesaikan masalah kelayakan penginjil.

2.1.3

Organisasi Kepimpinan Misi

Presiden misi anda menggunakan wahyu dan kunci-kunci imamat untuk mengatur pekerjaan. Dia menugaskan penginjil muda sebagai pelatih, rakan senior, pemimpin daerah, pemimpin latihan saudari, pemimpin zon dan pembantu. Pembantu, penginjil pejabat dan penginjil lain tidak membuat penugasan kepemimpinan penginjil atau menetapkan kawasan yang anda layani. Walau bagaimanapun, presiden misi boleh berunding dengan isteri atau pembantunya mengenai tugas penginjil.

Pemimpin misi anda dan pembantu, pemimpin zon serta pemimpin latihan saudari merupakan ahli majlis kepimpinan misi. Para pemimpin ini berunding tentang memenuhi keperluan para penginjil dan membuat perancangan untuk membantu memastikan misi menunjukkan kemajuan dan kerja dimajukan ke hadapan.

2.1.4

Tanggungjawab Kepimpinan Penginjil Muda

Pemimpin penginjil muda, seperti semua penginjil, mengikut nasihat Yesus Kristus untuk “melayani [Tuhan] dengan sepenuh hati [mereka], daya, fikiran dan kekuatan” dan “Ingatlah iman, kehemahan, pengetahuan, kesederhanaan, kesabaran, kebaikan dalam persaudaraan, ketuhanan, kasih ihsan, kerendahan hati, ketekunan.” (Ajaran dan Perjanjian 4:2, 6). Tugas kepimpinan tidak menggambarkan pengiktirafan atau kemajuan istimewa atau menggambarkan nilai seseorang penginjil.

Pemimpin penginjil muda bertanggungjawab untuk:

  • Mencari, mengajar, membaptis dan membimbing orang ramai.

  • Menetapkan contoh kelakuan standard penginjil (lihat 3.0).

  • Melatih penginjil lain dan memimpin pertukaran rakan (lihat 2.3.1).

  • Berkongsi maklumat dan arahan daripada majlis kepimpinan misi dengan penginjil yang dipimpin oleh mereka.

  • Mengasihi dan berkawan dengan penginjil lain. Membantu mereka mengenali nilai usaha mereka.

  • Mendengarkan kebimbangan penginjil lain. Memberi sokongan dan nasihat.

  • Membetulkan penginjil lain dengan baik dan secara peribadi, jika perlu, diikuti dengan “peningkatan kasih” (lihat Ajaran dan Perjanjian 121:41–43).

  • Bekerja rapat dengan pemimpin dan ahli setempat.

Seperti semua penginjil, penatua dan saudari yang diberi tugas kepimpinan harus mengamalkan kepimpinan seperti Kristus. Jika tingkah laku mana-mana penginjil, termasuk pemimpin penginjil muda, kelihatan tidak selaras dengan perintah dan standard penginjil, bincangkan masalah itu dengan penginjil. Jika masalah itu tidak dapat diselesaikan, kongsi kebimbangan anda dengan pemimpin penginjil muda atau presiden misi anda dan bukan dengan penginjil, ahli atau rakan anda yang lain.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang tugas dan tanggungjawab khusus pemimpin penginjil muda (pelatih, rakan senior, pemimpin daerah, pemimpin latihan saudari, pemimpin zon dan pembantu kepada presiden), lihat bahagian 7.1, “Tanggungjawab Kepimpinan Penginjil Muda.”

2.1.5

Tanggungjawab Peribadi

“Mengembangkan jawatan [kamu] bagi Tuhan” (Yakub 1:19), mengamalkan keberdikarian secara rohani dan “bertindak bagi [diri kamu]” (2 Nefi 2:16) dengan mempercayai kepada Tuhan dan mengikuti Roh. Apabila anda mempunyai soalan atau kebimbangan:

  • Terapkan pengajaran untuk “mengkajinya dalam fikiranmu; kemudian … bertanya kepada-Ku adakah ia benar” (Ajaran dan Perjanjian 9:8).

  • Carikan bimbingan melalui wahyu peribadi; berdoa; dan pengajian tulisan suci (terutamanya Kitab Mormon), Preach My Gospel, ajaran-ajaran nabi hidup dan standard ini.

Jika anda memerlukan bantuan tambahan setelah menerapkan asas-asas ini, tanya rakan atau pemimpin penginjil muda anda. Mereka lazimnya boleh membantu anda mencari jawapan kepada soalan anda dan menyelesaikan masalah anda. Jika tidak, hubungi salah seorang pemimpin misi anda, ibu bapa atau pemimpin imamat setempat anda. Sila jangan menghubungi ibu pejabat Gereja. Jika anda berbuat demikian, anda akan dirujuk semula kepada presiden misi anda.

Bincangkan dengan presiden misi anda tentang isu kelayakan. Bincangkan dengan salah seorang pemimpin misi anda tentang kebimbangan keselamatan segera, termasuk serangan atau deraan atau masalah lain yang tidak dapat diselesaikan dengan penginjil lain.

Mungkin ada masanya sepanjang misi anda apabila anda mendapati ia sukar untuk menumpukan perhatian pada pekerjaan anda disebabkan cabaran semasa, masalah peribadi atau keluarga malah pengalaman masa lalu. Hal ini boleh difahami. Jangan teragak-agak untuk berkongsi masalah anda dengan rakan anda, pemimpin penginjil muda anda atau salah seorang pemimpin misi anda dan untuk mendapatkan sokongan.

Ingatlah jemputan Juruselamat:“Lihatlah kepada-Ku dalam setiap pemikiran; janganlah ragu, janganlah takut. Lihatlah luka-luka yang menusuk sisi tubuh-Ku, dan juga bekas paku di tangan dan kaki-Ku; setialah, taatilah perintah-perintah-Ku, dan kamu akan mewarisi kerajaan syurga. Lihat” (Ajaran dan Perjanjian 6:36–37).

2.2

Rakan

Tuhan memanggil para penginjil untuk mengkhutbahkan injil-Nya bersama-sama dengan rakan. “Biarlah mereka pergi berdua-dua, dan demikianlah biarlah mereka berkhutbah dalam perjalanan di dalam setiap jemaah gereja, membaptis dengan air, dan perletakan tangan” (Ajaran dan Perjanjian 52:10). Anda akan bekerjasama dengan rakan yang berbeza sepanjang misi anda. Rakan:

  • Berusaha bersama dalam pekerjaan dan bersama-sama bersaksi tentang Yesus Kristus.

  • Menyokong kesejahteraan rohani, emosi dan jasmani antara satu sama lain.

  • Cuba menjaga keselamatan sesama sendiri.

  • Bertanggungjawab antara satu sama lain untuk mematuhi standard penginjil.

2.2.1

Menyokong Satu Sama Lain

Rakan-rakan harus saling membantu dalam pembelajaran, pertumbuhan dan pengembangan sifat seperti Kristus (lihat Ajaran dan Perjanjian 4 serta “How Do I Develop Christlike Attributes?” dalam Preach My Gospel [2018], bab 6). Belajar tentang kesabaran dan kasih, mengamalkan sifat keampunan serta menerima perbezaan dari segi personaliti akan memberkati anda sepanjang hidup anda.

Sebagai rakan:

  • Mengasihi, menghormati dan menguatkan sesama sendiri.

  • Belajar bersama setiap hari dan berdoa dengan kerap bersama-sama sepanjang hari.

  • Bersifat rendah hati dan mengenali kekuatan masing-masing.

  • Melayani satu sama lain seperti yang anda mahu dilayani.

  • Mengelakkan kritikan dan pertikaian.

  • Mengelakkan daripada berbincang dengan penginjil lain, ahli Gereja atau keluarga dan rakan-rakan di rumah perkara negatif mengenai satu sama lain.

Jika anda perasan apa-apa situasi atau kelakuan yang tidak sesuai, bincangkannya dengan rakan anda. Jika masalah itu tidak dapat diselesaikan atau jika rakan anda menjadi kasar, berilah keberanian dan kasih kepada rakan anda untuk meminta bantuan daripada presiden misi anda (lihat 3.9.2).

2.2.2

Kekal Bersama

Kekal berdampingan dengan rakan anda akan membantu melindungi diri daripada bahaya fizikal dan rohani, tuduhan palsu serta kesepian. Patuhi standard penginjil ini sepanjang masa dan di mana-mana sahaja. Jangan sekali-kali bersendirian.

  • Anda seharusnya dapat melihat dan mendengarkan rakan anda sepanjang masa melainkan semasa anda berada di bilik mandi, dalam temu duga dengan pemimpin misi atau mengadakan temu duga pembaptisan (lihat 2.3.6).

  • Anda harus tidur dalam bilik yang sama tetapi tidak di atas katil yang sama.

  • Apabila melakukan tugas individu semasa berada di tempat tinggal anda, gunakan akal budi untuk melindungi diri anda dan mematuhi standard kelakuan penginjil (lihat 3.0).

  • Jangan mewujudkan masa bersendirian. Contohnya, jangan tidur lebih lewat atau bangun lebih awal daripada rakan anda.

  • Jika anda dan rakan anda terpisah, hubungi presiden misi anda dengan segera.

2.2.3

Bekerja di Kawasan Anda

“Pergi dan bekerja dengan kekuatan [kamu]” (Yakub 5:72) dan tumpukan usaha anda di kawasan pengajaran yang ditugaskan. Tumpukan pekerjaan anda di kawasan yang anda lebih cenderung untuk membantu orang ramai membuat dan mematuhi perjanjian. Contohnya, tumpukan perhatian di kawasan kejiranan yang berhampiran bangunan gereja atau di kawasan kejiranan yang didiami oleh ahli komited. Ingatlah janji Tuhan: “Dan barang siapa menerimamu, di sana Aku akan berada juga” (Ajaran dan Perjanjian 84:88).

Anda boleh meninggalkan kawasan yang ditugaskan untuk pertukaran dengan rakan (lihat 2.3.1) atau pemindahan (lihat 2.3.2). Jika anda perlu meninggalkan kawasan anda atas alasan lain, minta izin daripada pemimpin daerah anda untuk meninggalkan kawasan anda di dalam daerah anda atau daripada pemimpin zon jika anda perlu melakukan perjalanan ke luar daerah anda. Anda memerlukan keizinan daripada presiden misi anda atau orang yang ditugaskan olehnya, untuk meninggalkan zon anda.

Jika anda perlu meninggalkan kawasan yang ditugaskan disebabkan kecemasan, seperti bencana alam atau serangan atau untuk mendapatkan rawatan perubatan kecemasan, dapatkan perlindungan atau jagaan perubatan terlebih dahulu, dan kemudian hubungi presiden misi atau pemimpin penginjil muda anda sebaik sahaja anda dapat berbuat demikian.

2.2.4

Bekerjasama dengan Orang Ramai di luar Kawasan Anda

Sepanjang misi, anda mungkin akan menemui orang ramai yang tinggal di luar kawasan yang ditugaskan. Jika mereka berminat untuk belajar tentang injil Yesus Kristus, anda boleh:

  • Berkongsi pesanan dengan mereka.

  • Berhubung dengan mereka di media sosial yang diluluskan (lihat 7.5.6).

  • Merujukkan mereka kepada penginjil di tempat tinggal mereka dan berkongsi maklumat mengenai mereka dengan penginjil yang ditugaskan (lihat 2.3.4).

  • Dengan keizinan presiden misi anda, gunakan teknologi (lihat 7.5.4) untuk bekerjasama dengan penginjil di tempat tinggal individu itu untuk membantu mengajar dan menyokong mereka. Anda juga boleh menjemput keluarga dan rakan anda sendiri untuk membantu mengajar mereka, dengan keizinan (lihat 3.9.5).

Apabila bekerjasama dengan penginjil atau ahli lain di dalam dan di luar kawasan atau misi anda:

  • Berunding bersama untuk mengetahui cara yang terbaik untuk membantu orang yang berminat agar lebih mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus.

  • Menghormati masa ahli atau penginjil yang lain.

  • Membiarkan penginjil yang ditugaskan untuk kawasan tempat tinggal orang itu memimpin pengajaran secepat mungkin.

2.3

Aktiviti Pekerjaan Penginjil

Penginjil mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti untuk memenuhi perintah Tuhan demi “sediakanlah setiap hal yang diperlukan” (Ajaran dan Perjanjian 88:119) untuk menyempurnakan pekerjaan-Nya. Aktiviti ini termasuk mengambil bahagian dalam pertukaran rakan dan pemindahan, bekerjasama dengan ahli, membalas rujukan, mengajar, mengambil bahagian dalam majlis dan mesyuarat serta melayani. Penatua juga mungkin mengadakan temu duga pembaptisan sebagai sebahagian daripada aktiviti penginjil mereka.

2.3.1

Pertukaran Rakan

Dalam pertukaran rakan, seorang pemimpin penginjil muda, seperti pemimpin latihan saudari atau pembantu kepada presiden, bekerjasama dengan penginjil yang lain. Sepanjang tempoh pertukaran, pemimpin akan mengajar, melatih dan belajar daripada penginjil. Pemimpin akan mengikuti nasihat Tuhan yang boleh didapati dalam Ajaran dan Perjanjian untuk memperkukuhkan penginjil lain “dalam semua perbualan [mereka], dalam semua doa [mereka], dalam semua dorongan [mereka] dan dalam semua perbuatan [mereka]” (Ajaran dan Perjanjian 108:7).

Pemimpin penginjil muda bertanggungjawab merancang pertukaran dengan penginjil yang dipimpin oleh mereka. Saudari menjalankan pertukaran dengan saudari yang lain dan penatua menjalankan pertukaran dengan penatua yang lain.

Dalam kebanyakan misi, pemimpin penginjil muda umumnya menjalankan pertukaran rakan sekali bagi setiap pemindahan.

  • Pemimpin daerah menjalankan pertukaran sesama setiap penatua di daerah mereka.

  • Pemimpin zon melakukan pertukaran sesama setiap pemimpin daerah dan jika perlu, dengan penatua lain dalam zon mereka.

  • Pemimpin latihan saudari melakukan pertukaran sesama setiap saudari di dalam zon yang ditugaskan masing-masing.

  • Pembantu kepada presiden menjalankan pertukaran dengan pemimpin zon atau penatua lain seperti yang diarahkan oleh presiden misi.

  • Pertukaran rakan biasanya berlanjutan selama lebih kurang 24 jam. Bagi setiap pertukaran rakan, pemimpin penginjil muda harus:

    • Melakukan pertukaran rakan di kawasan pemimpin penginjil muda. Kadangkala, pertukaran juga boleh dilakukan di kawasan penginjil jika bersesuaian.

    • Merancang pertukaran rakan dengan awal.

    • Bekerjasama untuk menetapkan matlamat dengan penginjil tentang matlamat untuk dicapai sepanjang pertukaran. Mengambil bahagian dalam semua bahagian pekerjaan penginjil, termasuk pencarian, pengajaran, pengajian rakan, pengajian bahasa (jika bersesuaian), perancangan harian dan bimbingan.

    • Berlatih menggunakan tulisan suci dan asas-asas daripada Preach My Gospel.

    • Mengkaji dan membincangkan orang ramai yang bekerjasama dengan penginjil atau diajar oleh penginjil.

    • Memberi maklum balas yang khusus dan berguna kepada penginjil, termasuk perkara yang telah dilakukan oleh penginjil dengan baik dan cara penginjil boleh menambah baik.

    • Bersikap terbuka terhadap maklum balas daripada penginjil mengenai aspek untuk penambahbaikan.

    • Menyemak dan membincangkan perkara yang telah dipelajari oleh setiap penginjil sepanjang tempoh pertukaran rakan.

    • Melaporkan pertukaran rakan dalam surat mingguan kepada presiden misi.

2.3.2

Pemindahan

Pejabat misi akan mengatur perjalanan anda sepanjang pemindahan supaya anda tidak bersendirian. Dalam sesetengah keadaan, disebabkan jarak dan pertimbangan lain, presiden misi anda mungkin memberi arahan yang sebaliknya. Dalam situasi ini, lebih berhati-hati, gunakan akal budi dan ikuti Roh.

Apabila anda dipindahkan:

  • Pergi terus ke kawasan baharu anda untuk menyertai rakan baharu anda.

  • Jangan makan atau minum apa-apa yang anda tinggalkan tanpa jagaan semasa dalam perjalanan.

  • Semasa dalam perjalanan, pastikan telefon anda mempunyai hayat bateri yang mencukupi sepanjang perjalanan. Jika anda melakukan perjalanan bersendirian selama lebih daripada tiga jam, laporkan diri secara berkala dengan pejabat misi.

Jika rakan anda dipindahkan dan anda tidak, bekerjasama dengan penginjil lain, sebagaimana yang ditugaskan oleh pemimpin penginjil muda anda, sehingga rakan baharu anda tiba.

2.3.3

Peluang untuk Mengajar dengan Ahli

Jemput ahli untuk menyertai anda melalui cara yang biasa dan asli semasa anda mencari, mengajar, membaptis dan membimbing. Galakkan dan bantu ahli untuk berkawan dengan orang yang anda ajar dan menjemput orang-orang ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti bahagian serta keluarga. Minta ahli untuk berkongsi pengalaman peribadi yang berkaitan dan kesaksian mereka.

Penginjil perlu kekal bersama dengan rakannya. Jadi, tidak ada pertukaran penginjil dengan ahli. Walau bagaimanapun, ahli wanita (berusia 16 tahun sekurang-kurangnya, tetapi lebih tua diperlukan berdasarkan undang-undang tempatan) boleh menemani dan mengajar bersama dua atau beberapa penginjil saudari. Ahli lelaki (berusia 16 tahun sekurang-kurangnya, tetapi lebih tua diperlukan berdasarkan undang-undang tempatan) boleh menemani dan mengajar bersama dua atau beberapa penginjil penatua. Pasangan berkahwin boleh mengajar bersama saudari atau penatua.

2.3.4

Rujukan

Rujukan ialah apabila seseorang telah membuat permintaan untuk penginjil menghubunginya.

Apabila bekerjasama dengan orang yang telah dirujuk kepada anda:

  • Hubungi penginjil, ahli atau individu yang telah memberi rujukan tersebut, jika boleh. Runding dengan mereka tentang cara untuk membantu orang itu.

  • Cuba menghubungi orang yang telah dirujuk secepat mungkin, umumnya dalam masa 24 jam.

  • Dengarkan dan pelajari cara untuk membantu orang yang telah dirujuk.

  • Hantarkan apa-apa barang yang diminta.

  • Ajar mengikut keperluan dan minat orang itu.

  • Terus bekerjasama dengan penginjil, ahli atau individu yang telah memberi rujukan (lihat 2.2.4).

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang rujukan, lihat “Member, Missionary, and Church Headquarters Referrals” dalam “How Do I Find People to Teach?” dalam Preach My Gospel, bab 9.

2.3.5

Mesyuarat dan Majlis

Penginjil berunding sesama sendiri apabila mereka memberi dan menerima latihan serta ketika mereka merancang dan menyelaraskan pekerjaan penginjil. Mesyuarat dan majlis harus menjemput Roh atau Tuhan dan memperuntukkan masa untuk wahyu (lihat Ajaran dan Perjanjian 6:32). Selain itu, perhimpunan penginjil akan menyediakan kepada anda peluang untuk meneguhkan satu sama lain dan bersukacita bersama hasil usaha anda (lihat Ajaran dan Perjanjian 43:850:22).

Mesyuarat yang diatur oleh rakan-rakan penginjil, pemimpin penginjil muda dan pemimpin misi merangkumi yang berikut:

  • Sesi perancangan harian dan mingguan

  • Mesyuarat majlis daerah

  • Persidangan zon

  • Mesyuarat majlis kepimpinan misi

Mesyuarat yang diadakan oleh pemimpin tempatan merangkumi yang berikut:

  • Mesyuarat penyelarasan penginjil

  • Mesyuarat majlis bahagian

2.3.6

Temu Duga Pembaptisan

Apabila mengadakan temu duga pembaptisan, penatua harus:

  • Menyemak perkara yang telah dikatakan oleh Tuhan dalam Ajaran dan Perjanjian 20:37.

  • Mengikut bimbingan Roh Kudus.

  • Menanya soalan temu duga pembaptisan yang boleh didapati dalam bahagian “Questions and Answers” bab 12 dalam Preach My Gospel.

  • Menyesuaikan soalan mengikut umur dan kematangan individu.

  • Pastikan bahawa presiden kuorum penatua atau pemimpin misi bahagian dimaklumkan tentang temu duga pembaptisan terdahulu.

Jika calon untuk dibaptiskan mahu, dia boleh menjemput ibu bapa, pasangan atau orang dewasa lain untuk menyertai temu duga pembaptisan. Peka terhadap perasaan seseorang tentang pasangan atau anak bawah umurnya yang ditemu duga. Ikut garis panduan dalam Preach My Gospel untuk menemu duga dan mendapatkan keizinan untuk membaptiskan pasangan dan anak-anak bawah umur (lihat “How to Conduct the Interview” dalam “How Do I Prepare People for Baptism and Confirmation?” dalam Preach My Gospel, bab 12).

Pemimpin daerah menemu duga calon untuk dibaptiskan, yang diajar oleh penginjil di daerah mereka, termasuk mereka yang diajar oleh pembantu kepada presiden, pemimpin zon serta pemimpin latihan saudari di daerah mereka.

Pemimpin zon menemu duga calon untuk dibaptiskan, yang diajar oleh pemimpin daerah di zon mereka.

Jika pemimpin daerah dan zon yang ditugaskan tidak tersedia, presiden misi boleh menugaskan penatua yang lain untuk menjalankan temu duga tersebut.

2.3.7

Pembaptisan

Bekerjasama dengan presiden kuorum penatua atau pemimpin misi bahagian untuk mengatur pembaptisan (lihat “The Baptismal Service” dalam “How Do I Prepare People for Baptism and Confirmation?” dalam Preach My Gospel, bab 12). Mulakan persediaan untuk pembaptisan secepat mungkin.

2.4

Jadual dan Aktiviti Harian

Rancangkan jadual anda untuk memenuhi tujuan penginjil anda dan memfokuskan pada keperluan orang lain. Ingatlah perkara yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka yang dipanggil untuk mengkhutbahkan injil: “Dan jika demikian halnya bahawa kamu akan bekerja sepanjang hidupmu dalam menyerukan pertaubatan kepada orang-orang ini, dan membawa, meskipun hanya satu jiwa kepada-Ku, maka betapa besarnya kebahagiaanmu bersamanya di dalam kerajaan Bapa-Ku!” (Ajaran dan Perjanjian 18:15.)

2.4.1

Aktiviti Harian Biasa

Sertakan aktiviti berikut dalam jadual harian anda:

  • Tetapkan dan kaji matlamat peribadi, rakan dan misi.

  • Rancang jadual anda untuk seharian.

  • Sediakan pelajaran.

  • Kaji tulisan suci, Preach My Gospel, ajaran nabi-nabi dan rasul-rasul hidup serta sumber-sumber lain yang diluluskan (lihat 2.4.4).

  • Kaji satu topik kesihatan atau keselamatan atau salah satu perlindungan untuk menggunakan teknologi (lihat 4.0–4.7).

  • Cari orang ramai untuk diajar.

  • Bekerjasama dengan pemimpin dan ahli tempatan.

  • Melayani orang lain dalam aktiviti yang dirancang atau tidak dirancang.

  • Jaga keperluan peribadi, seperti makan makanan dan membuat persediaan untuk seharian.

2.4.2

Contoh Jadual Harian

Jadual harian bagi misi anda mungkin kelihatan seperti jadual di bawah. Jadual harian boleh disesuaikan oleh presiden misi untuk hari cuti, acara istimewa dalam misi anda dan sebagainya.

6:30 pg.

Hari bermula.

6:30–10:00 pg.

Berdoa.

Bersenam (30 minit).

Mandi, makan sarapan dan membuat persediaan untuk seharian.

Pengkajian peribadi (60 minit).

Rancang (30 minit).

10:00 pg.–9:00 mlm.

Cari, ajar dan melayani orang lain.*

Kemas kini rekod digital atau catatan kertas sepanjang hari.

Semak secara ringkas topik kesihatan atau keselamatan atau salah satu perlindungan untuk menggunakan teknologi.

Adakan pengkajian rakan dan sediakan pelajaran (30 minit).

Pelajari bahan tambahan untuk penginjil dan pelatih baharu sepanjang 12 minggu yang pertama di lapangan (30–60 minit, jika bersesuaian).

Pelajari bahasa misi anda (30–60 minit, jika bersesuaian).

Makan tengah hari dan makan malam (tidak melebihi dua jam untuk kedua-duanya).

9:00 mlm.

Kembali ke tempat tinggal anda, melainkan anda mempunyai janji temu untuk mengajar; jika ada, pulang pada jam 9:30 mlm.

9:00–9:30 mlm.

Tulis dalam jurnal anda, bersiap sedia untuk tidur dan berdoa.

9:30–10:30 mlm.

Tidur.

*Aktiviti harian anda harus memfokuskan pada berinteraksi dengan orang ramai. Agihkan aktiviti perancangan dan pengkajian anda sepanjang hari untuk mengelakkan daripada menghabiskan masa yang lama di apartmen anda. Jika jarak dan waktu mengizinkan, anda boleh meninggalkan dan kembali ke apartmen anda sepanjang hari untuk memenuhi keperluan ini.

Jadual yang diluluskan untuk misi anda akan merangkumi masa untuk bekerja, beristirahat dan memfokus semula. Ia adalah penting untuk anda beristirahat dan mengamalkan pemakanan yang secukupnya demi kesejahteraan rohani, emosi dan jasmani anda.

2.4.3

Sesi Penetapan dan Perancangan Matlamat

Adakan sesi perancangan harian dan mingguan dengan rakan anda. Pertimbangkan keperluan orang yang anda ajar dan cara bekerjasama dengan ahli lain sambil anda menyemak kemajuan, menetapkan matlamat dan membuat perancangan untuk seharian dan seminggu (lihat “How to Set Goals,” “The Weekly Planning Session,” dan “Daily Planning Session” dalam “How Do I Use Time Wisely?” dalam Preach My Gospel, bab 8).

2.4.4

Sesi Pengkajian

Gunakan masa pengkajian peribadi dan rakan anda untuk memfokuskan pada tulisan suci (terutamanya Kitab Mormon), Preach My Gospel, ajaran nabi-nabi hidup (yang boleh didapati dalam Gospel Library) dan standard ini. Sumber-sumber yang diluluskan ini boleh memperkukuhkan pengetahuan dan kesaksian anda terhadap injil Yesus Kristus yang dipulihkan dan membantu anda membuat persediaan untuk memenuhi keperluan orang yang anda ajar.

Jika anda telah ditugaskan untuk belajar bahasa baharu, belajar dan berlatihnya setiap hari.

Jika anda seorang penginjil baharu, belajarlah dengan pelatih anda untuk masa tambahan selama 30 hingga 60 minit setiap hari untuk 12 minggu yang pertama di lapangan misi (lihat “For New Missionaries: Additional Companion Study” in “Introduction: How Can I Best Use Preach My Gospel?” in Preach My Gospel).

2.4.5

Makan-makan bersama Orang Lain

Jika bersesuaian, presiden misi dan presiden pancang tempatan anda akan menyediakan garis panduan untuk menjadualkan sesi makan dengan orang dalam misi anda. Apabila ahli atau orang lain menyediakan makanan:

  • Hormati keadaan dan masa peribadi mereka.

  • Bersyukur dengan makanan yang ditawarkan oleh mereka.

  • Minta untuk mengajar pelajaran selama 15 atau 20 minit sebelum atau selepas makan untuk memperkukuhkan mereka yang anda lawati dan menyediakan kepada anda peluang untuk meningkatkan kemampuan anda untuk mengajar di sisi Roh.

Orang dewasa lain yang sama jantina dengan anda harus hadir bersama anda dan rakan anda semasa anda makan bersama seseorang yang berlainan jantina.

2.5

Hari Persiapan

Presiden misi anda akan menetapkan sehari dalam setiap minggu sebagai hari persiapan. Hari persiapan memberi anda masa untuk menyegar semula secara jasmani, rohani dan emosi apabila anda “berdiri sebagai saksi bagi Tuhan di segala waktu dan dalam segala hal” (Mosia 18:9). Ini juga akan menyediakan kepada anda dan rakan anda peluang untuk bersama penginjil lain di daerah anda dan menikmati aktiviti rekreasi yang baik dan menyeronokkan bersama (lihat 3.6).

Sila ingat amaran Tuhan yang tepat pada masanya: “Janganlah berlari lebih cepat atau bekerja lebih daripada kekuatan yang kamu miliki” (Ajaran dan Perjanjian 10:4) dan “pergilah ke katilmu dengan awal, agar kamu tidak letih; bangunlah awal, agar tubuhmu dan fikiranmu boleh disegarkan” (Ajaran dan Perjanjian 88:124).

2.5.1

Aktiviti Hari Persiapan

Aktiviti hari persiapan mungkin termasuk (tetapi tidak terhad kepada) yang berikut:

  • Berkomunikasi dengan keluarga, presiden misi dan kawan anda (lihat 3.9)

  • Mencuci pakaian

  • Menggunting rambut dan dandanan peribadi yang lain

  • Pembersihan

  • Membeli-belah

  • Beristirahat

  • Mengambil bahagian dalam aktiviti rekreasi yang diluluskan (lihat 3.6)

2.5.2

Contoh Jadual Hari Persiapan

Jadual hari persiapan mungkin kelihatan seperti berikut:

6:30 pg.

Hari bermula.

6:30–8:00 pg.

Berdoa.

Mandi, makan sarapan dan membuat persediaan untuk seharian.

Rancang (30 minit).

Pengkajian peribadi (30 minit).

8:00 pg.–6:00 mlm.

Lakukan aktiviti hari persiapan (lihat 2.5.1).

Nota: Semua aktiviti hari persiapan harus selesai pada jam 6:00 ptg.

6:00–9:00 mlm.

Cari, ajar dan melayani orang lain.

9:00 mlm.

Pulang ke rumah anda. Jika anda mempunyai janji temu mengajar, kembali pada jam 9:30 mlm.

9:00–9:30 mlm.

Tulis dalam jurnal anda, bersiap sedia untuk tidur dan berdoa.

9:30–10:30 mlm.

Tidur.

2.6

Aktiviti Hari Sabat

Rancang aktiviti pada hari Sabat yang membantu anda memenuhi tujuan penginjil anda untuk mencari, mengajar, membaptiskan dan membantu orang lain belajar tentang dan menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi serta Yesus Kristus. Ingatlah ajaran Tuhan mengenai hari Sabat dalam Ajaran dan Perjanjian 59:13–19, serta perhatikan perkataan dan frasa yang mencadangkan bahawa hari Sabat yang sebenar termasuk kebahagiaan, kesukacitaan, hati gembira dan wajah yang riang.

Aktiviti hari Sabat termasuk menghadiri gereja, persidangan umum, sesi persidangan umum pancang hari Ahad dan pertemuan tambahan seperti majlis bahagian apabila dijemput. Ini turut termasuk mengambil bahagian dalam aktiviti berpuasa bulanan.

Dalam usaha misi anda, Tuhan tidak meminta anda agar tidak makan, kecuali semasa berpuasa bulanan biasa, atau untuk mengorbankan tidur demi menjadi penginjil yang lebih berdedikasi. Anda boleh berpuasa sesekali atas alasan istimewa, tetapi jangan berpuasa lebih daripada 24 jam pada satu masa.

2.7

Pelayanan dalam Komuniti

Anda boleh belajar untuk menjadi pengikut Yesus Kristus dengan melayani seperti yang telah dilakukan-Nya. Cari peluang untuk melayani rakan anda, orang yang anda ajar, ahli dan orang lain dalam komuniti, “agar kamu boleh belajar bahawa apabila kamu berada dalam pelayanan sesamamu, kamu semata-mata dalam pelayanan Tuhanmu” (Mosia 2:17).

Anda harus melayani dengan keinginan yang ikhlas untuk membantu orang lain tanpa mengharapkan sebarang pulangan. Ikuti semua peraturan projek pelayanan (lihat 7.2), terutamanya tentang tidak mengajar semasa melayani dan tidak melayani di mana anda bersendirian dengan kanak-kanak. Jika seseorang menunjukkan minat terhadap mesej anda, balas dengan ringkas dan atur untuk bertemu dengan mereka pada waktu serta lokasi yang berbeza untuk berkongsi mesej.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, lihat bahagian 7.2, “Garis Panduan untuk Pelayanan.”