Buku Panduan dan Panggilan
38. Polisi dan Garis Panduan Gereja


“38. Polisi dan Garis Panduan Gereja,” Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir (2020).

“38. Polisi dan Garis Panduan Gereja,” Buku Panduan Umum.

38.

Polisi dan Garis Panduan Gereja

38.6

Polisi tentang Isu-isu Moral

Beberapa polisi dalam bahagian ini adalah tentang hal-hal yang “tidak digalakkan” oleh Gereja. Ahli Gereja lazimnya tidak mengalami sekatan keahlian kerana keputusan mereka tentang hal-hal ini. Walau bagaimanapun, semua orang akhirnya bertanggungjawab kepada Tuhan untuk keputusan mereka.

38.6.1

Pengguguran

Tuhan memerintahkan, “Janganlah engkau … membunuh, tidak juga melakukan apa pun yang seperti itu” (Ajaran dan Perjanjian 59:6). Gereja menentang pengguguran elektif demi kemudahan peribadi atau sosial. Ahli-ahli tidak harus menyerah, melaksanakan, mengatur, membayar, mempersetujui, atau menggalakkan pengguguran. Satu-satunya pengecualian yang mungkin adalah apabila:

  • Kehamilan akibat kes rogol atau sumbang mahram yang dipaksa.

  • Seorang doktor yang cekap menentukan kehidupan atau kesihatan ibu adalah dalam bahaya.

  • Doktor yang cekap menentukan jika janin mempunyai kecacatan teruk yang tidak akan membolehkan bayi hidup selepas kelahiran.

Bahkan pengecualian ini tidak secara automatik mewajarkan pengguguran. Pengguguran adalah hal paling serius dan harus dipertimbangkan hanya setelah orang yang bertanggungjawab berunding dengan uskup mereka dan menerima pengesahan ilahi melalui doa.

Pegawai utama mengkaji dengan teliti keadaan jika seorang ahli Gereja terlibat dalam pengguguran. Satu majlis keahlian mungkin diperlukan jika seorang ahli menyerah kepada, melaksanakan, mengatur, membayar, mempersetujui, menggalak pengguguran (lihat 32.6.2.5). Walau bagaimanapun, majlis keahlian tidak harus dipertimbangkan jika seorang ahli terlibat dalam pengguguran sebelum pembaptisan. Majlis keahlian atau sekatan juga tidak harus dipertimbangkan untuk ahli-ahli yang terlibat dalam pengguguran akibat salah satu daripada tiga sebab yang digariskan di awal bahagian ini.

Uskup merujuk soalan-soalan tentang kes tertentu kepada presiden pancang. Presiden pancang boleh mengarahkan soalan-soalan kepada Pejabat Presidensi Utama jika perlu.

Sejauh yang telah diungkapkan, seseorang boleh bertaubat dan diampuni untuk dosa pengguguran.

38.6.2

Penganiayaan

Penganiayaan adalah penderaan atau pengabaian orang lain dalam cara yang menyebabkan kecederaan jasmani, seksual, emosi, atau kewangan. Kedudukan Gereja adalah bahawa penderaan tidak boleh di toleransi dalam apa jua bentuk. Mereka yang menganiaya pasangan, anak-anak, ahli keluarga yang lain, atau orang lain melanggar hukum Tuhan dan undang-undang manusia.

Semua ahli, terutamanya ibu bapa dan pemimpin, digalakkan untuk berwaspada dan tekun dan melakukan segala yang mereka boleh untuk melindungi kanak-kanak dan orang lain daripada penganiayaan. Jika ahli-ahli sedar tentang penganiayaan, mereka melaporkannya kepada pihak berkuasa sivil dan berunding dengan uskup. Para pemimpin Gereja harus mengambil serius laporan tentang penganiayaan dan tidak mengabaikannya.

Semua orang dewasa yang bekerja dengan kanak-kanak atau remaja mesti melengkapkan latihan perlindungan kanak-kanak dan remaja dalam tempoh satu bulan setelah disokong (lihat ProtectingChildren.ChurchofJesusChrist.org). Mereka harus mengulangi latihan itu setiap tiga tahun.

Apabila penganiayaan berlaku, tanggungjawab pertama dan serta-merta para pemimpin Gereja adalah untuk membantu mereka yang telah dianiaya dan untuk melindungi orang yang terdedah daripada penganiayaan yang akan datang. Para pemimpin tidak harus menggalakkan seseorang untuk tetap tinggal di rumah atau berada di dalam situasi yang tidak selamat.

38.6.2.1

Talian Bantuan Penganiayaan

Di beberapa negara, Gereja telah menubuhkan satu talian bantuan penganiayaan sulit untuk membantu presiden pancang dan uskup. Para pemimpin ini harus segera menghubungi talian bantuan tentang setiap situasi di mana seseorang mungkin telah dianiaya—atau berisiko untuk dianiaya. Mereka juga harus menelefon jika mereka mendapat tahu bahawa seorang ahli telah melihat, membeli, atau mengedarkan pornografi kanak-kanak.

Talian bantuan tersedia untuk uskup dan presiden pancang selama 24 jam setiap hari, 7 hari seminggu. Nombor telefon terdapat di bawah.

  • Amerika Syarikat dan Kanada: 1-801-240-1911 atau 1-800-453-3860, lanjutan 2-1911

  • United Kingdom: 0800 970 6757

  • Ireland: 1800 937 546

  • Perancis: 0805 710 531

  • Australia: 02 9841 5454 (dari dalam negara)

  • New Zealand: 09 488 5592 (dari dalam negara)

Uskup dan presiden pancang harus menghubungi talian bantuan apabila menangani situasi yang melibatkan sebarang jenis penganiayaan. Pakar-pakar undang-undang dan klinikal akan menjawab soalan-soalan mereka. Pakar-pakar ini juga akan memberi arahan tentang cara untuk:

  • Bantu mangsa-mangsa dan melindungi mereka dari penganiayaan yang lebih lanjut.

  • Bantu melindungi bakal mangsa.

  • Mematuhi keperluan undang-undang untuk melaporkan penganiayaan.

Gereja terikat untuk mematuhi undang-undang dalam melaporkan penganiayaan (lihat 38.6.2.7). Undang-undang berbeza mengikut lokasi, dan kebanyakan pemimpin Gereja bukan pakar undang-undang. Menghubungi talian bantuan adalah penting bagi uskup dan presiden pancang untuk memenuhi tanggungjawab mereka untuk melaporkan penganiayaan.

Seorang uskup juga harus memberitahu presiden pancangnya jika terdapatnya kes penganiayaan.

Di negara-negara yang tidak mempunyai talian bantuan, seorang uskup yang mendapat tahu tentang penganiayaan harus menghubungi presiden pancangnya. Presiden pancang harus mencari bimbingan dari penasihat undang-undang di pejabat kawasan. Dia juga digalakkan untuk berunding dengan kakitangan Perkhidmatan Keluarga atau pengurus kebajikan dan keberdikarian di pejabat kawasan.

38.6.2.3

Penganiayaan Kanak-kanak atau Remaja

Penganiayaan seorang kanak-kanak atau remaja adalah satu dosa yang sangat serius (lihat Lukas 17:2). Seperti yang digunakan di sini, penganiayaan kanak-kanak atau remaja termasuk yang berikut:

  • Penganiayaan jasmani: Menimpakan kecederaan badan serius melalui keganasan jasmani. Terdapat kecederaan yang tidak dapat dilihat.

  • Penganiayaan seksual atau eksploitasi: Menjalankan apa-apa aktiviti seksual terhadap kanak-kanak atau remaja atau dengan sengaja membenarkan atau membantu orang lain untuk menjalankan aktiviti sedemikian. Seperti yang digunakan di sini, penganiayaan seksual tidak termasuk aktiviti seksual yang dipersetujui di antara dua orang di bawah umur yang sebaya.

  • Penganiayaan emosi: Menggunakan tindakan dan kata-kata yang merosakkan rasa hormat diri atau harga diri kanak-kanak atau remaja dengan serius. Ini biasanya melibatkan penghinaan, manipulasi, dan kritikan yang berulang kali dan melibatkan penghinaan dan memperkecilkan. Ia juga mungkin termasuk pengabaian yang kasar.

  • Pornografi kanak-kanak: Lihat 38.6.6.

Jika seorang uskup atau presiden pancang mendapat tahu atau mengesyaki penganiayaan kanak-kanak atau remaja, dia dengan segera mengikut arahan dalam 38.6.2.1. Dia juga bertindak untuk membantu melindungi daripada penganiayaan yang lebih lanjut.

Satu majlis keahlian Gereja dan catatan anotasi diperlukan jika seorang ahli dewasa mendera seorang kanak-kanak atau remaja seperti yang digambarkan dalam bahagian ini. Lihat juga 32.6.1.1 dan 38.6.2.5.

Jika seseorang yang di bawah umur menganiaya seorang kanak-kanak, presiden pancang menghubungi Pejabat Presidensi Utama untuk arahan.

Pembulian jasmani atau emosi di antara kanak-kanak atau remaja yang sebaya harus ditangani oleh pemimpin bahagian. Satu majlis keahlian tidak diadakan.

38.6.2.4

Penganiayaan Pasangan atau Orang Dewasa Lain

Penganiayaan pasangan atau orang dewasa boleh berlaku dalam pelbagai cara. Ini termasuk penderaan jasmani, seksual, emosi, dan kewangan. Orang dewasa yang tua, lemah, atau kurang berdaya kadang-kadang berisiko tinggi untuk penganiayaan.

Sering kali tidak ada definisi tunggal penderaan yang boleh digunakan dalam semua situasi. Sebaliknya, terdapat spektrum keberatan dalam kelakuan menganiayai. Spektrum ini pelbagai dan kadangkala termasuk dari penggunaan perkataan tajam sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Jika seorang uskup atau presiden pancang mendapat tahu tentang penganiayaan pasangan atau orang dewasa, dia dengan segera mengikut arahan dalam 38.6.2.1. Dia juga bertindak untuk membantu melindungi daripada penganiayaan yang lebih lanjut.

Pemimpin mencari arahan Roh untuk menentukan sama ada kaunseling peribadi atau majlis keahlian adalah keadaan yang paling sesuai untuk menangani penganiayaan. Mereka juga boleh berunding dengan pemimpin imamat langsung mereka tentang situasi itu. Walau bagaimanapun, penganiayaan pasangan atau orang dewasa lain yang parah ke tahap yang dihuraikan di bawah memerlukan majlis keahlian.

  • Penganiayaan jasmani: Menimpakan kecederaan badan serius melalui keganasan jasmani. Terdapat kecederaan yang tidak dapat dilihat.

  • Penganiayaan seksual: Lihat situasi yang dinyatakan dalam 38.6.18.3.

  • Penganiayaan emosi: Menggunakan tindakan dan kata-kata untuk merosakkan rasa hormat diri atau nilai diri seseorang dengan serius. Ini biasanya melibatkan penghinaan, manipulasi, dan kritikan yang berulang kali dan melibatkan penghinaan dan memperkecilkan.

  • Penganiayaan kewangan: Mengambil kesempatan terhadap seseorang dari segi kewangan. Ini boleh termasuk penggunaan harta, wang, atau barangan berharga seseorang secara tidak sah atau tidak dibenarkan. Ia juga termasuk mendapatkan kuasa kewangan dengan menyeleweng terhadap seseorang. Ia boleh termasuk menggunakan kuasa kewangan untuk mengugut. Lihat juga 32.6.1.3.

38.6.2.7

Isu-isu Undang-undang Berkaitan dengan Penganiayaan

Jika kegiatan penganiayaan ahli telah melanggar undang-undang yang berkenaan, uskup atau presiden pancang harus menggesa ahli itu untuk melaporkan aktiviti-aktiviti ini kepada anggota penguatkuasa undang-undang atau pihak berkuasa kerajaan yang sesuai. Uskup atau presiden pancang boleh mendapatkan maklumat tentang keperluan laporan tempatan melalui talian bantuan Gereja (lihat 38.6.2.1). Jika ahli-ahli mempunyai soalan tentang keperluan laporan, dia menggalakkan mereka untuk mendapatkan nasihat peguam yang layak.

Para pemimpin dan ahli Gereja harus memenuhi semua kewajipan undang-undang untuk melaporkan penganiayaan kepada penguasa-penguasa awam. Di beberapa lokasi, para pemimpin dan pengajar yang bekerja dengan kanak-kanak dan remaja dianggap sebagai “pelapor yang diberi mandat” dan mesti melaporkan penganiayaan kepada penguasa undang-undang. Sepertimana, di banyak lokasi, sesiapa yang mendapat tahu tentang penganiayaan perlu melaporkannya kepada penguatkuasa undang-undang. Uskup dan presiden pancang harus menghubungi talian bantuan untuk butiran tentang pelapor yang dimandatkan dan keperluan undang-undang lain untuk melaporkan penganiayaan. Polisi Gereja adalah untuk mematuhi undang-undang.

38.6.5

Kemurnian Akhlak dan Kesetiaan

Hukum kemurnian akhlak Tuhan ialah:

  • Menjauhkan diri daripada hubungan seksual di luar perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita mengikut hukum Tuhan.

  • Kesetiaan dalam perkahwinan.

Hubungan intim di antara suami dan isteri adalah indah dan kudus. Ia ditahbiskan oleh Tuhan untuk penciptaan anak-anak dan sebagai ungkapan kasih di antara suami dan isteri.

Hanya seorang lelaki dan seorang wanita yang telah menjadi suami isteri secara sah mengikut undang-undang boleh melakukan hubungan seksual. Pada pandangan Tuhan, kemurnian moral adalah sangat penting. Pelanggaran hukum kemurnian akhlak adalah sangat serius (lihat Keluaran 20:14; Matius 5:28; Alma 39:5). Ia termasuk menyalah guna kuasa kudus yang Tuhan telah berikan untuk mencipta kehidupan.

Satu majlis keahlian Gereja mungkin diperlukan jika seorang ahli:

  • Mempunyai hubungan seksual di luar hubungan perkahwinan yang dibenarkan oleh hukum Tuhan, seperti perzinaan, permukahan, dan perhubungan sesama jantina (lihat 32.6.2).

  • Dalam bentuk perkahwinan atau perkongsian yang tidak dibenarkan oleh hukum Tuhan, seperti hidup bersama, penyatuan sivil dan perkongsian, dan perkahwinan sama jantina.

  • Gunakan pornografi secara intensif atau kompulsif, yang membawa bahaya besar terhadap perkahwinan atau ahli keluarga (lihat 38.6.13).

Keputusan sama ada untuk mengadakan majlis keahlian dalam situasi ini bergantung pada banyak keadaan. Ini digariskan dalam 32.7. Contohnya, melanggar perjanjian bait suci meningkatkan keperluan majlis untuk membantu seseorang bertaubat. Dalam sesetengah kes, kaunseling peribadi dan sekatan keahlian tidak formal mungkin mencukupi (lihat 32.8).

Lihat 32.6.1.2 untuk bila satu majlis diperlukan untuk dosa-dosa seksual.

38.6.6

Pornografi Kanak-Kanak

Gereja mengutuk pornografi kanak-kanak dalam apa jua bentuk. Jika seorang uskup atau presiden pancang mendapat tahu bahawa seorang ahli terlibat dengan pornografi kanak-kanak, dia dengan segera mengikut arahan dalam 38.6.2.1.

Satu majlis keahlian Gereja dan catatan anotasi diperlukan jika seorang ahli membuat, berkongsi, memiliki, atau berulang kali melihat gambar-gambar pornografi kanak-kanak (lihat 32.6.1.2 dan 32.14.5). Garis panduan ini biasanya tidak berkaitan dengan kanak-kanak atau remaja sebaya yang berkongsi gambar seksual diri mereka atau orang lain. Kaunseling peribadi dan sekatan keahlian tidak formal mungkin sesuai dalam situasi tersebut.

Untuk bimbingan lanjut, lihat 38.6.13.

38.6.10

Sumbang Mahram

Gereja mengutuk sebarang bentuk sumbang mahram. Seperti yang digunakan di sini, sumbang mahram ialah hubungan seksual di antara:

  • Seorang ibu atau bapa dan seorang anak.

  • Seorang datuk atau nenek dan seorang cucu.

  • Adik-beradik.

  • Seorang pak cik atau mak cik dan seorang anak saudara perempuan atau anak saudara lelaki.

Seperti yang digunakan di sini, anak, cucu, adik beradik, anak saudara perempuan dan anak saudara lelaki termasuk secara kandung, angkat, tiri, atau hubungan asuhan. Sumbang mahram boleh berlaku di antara dua orang di bawah umur, seorang dewasa dan seorang di bawah umur, atau dua orang dewasa. Jika presiden pancang mempunyai soalan tentang sama ada hubungan adalah sumbang mahram menurut undang-undang tempatan, dia mencari bimbingan dari Pejabat Presidensi Utama.

Apabila seorang bawah umur menjadi mangsa sumbang mahram, uskup atau presiden pancang menghubungi talian bantuan penganiayaan Gereja di negara-negara di mana ia tersedia (lihat 38.6.2.1). Di negara lain, presiden pancang harus mencari bimbingan dari penasihat undang-undang kawasan di pejabat kawasan. Dia juga digalakkan untuk berunding dengan kakitangan Perkhidmatan Keluarga atau pengurus kebajikan dan keberdikarian di pejabat kawasan.

Satu majlis keahlian Gereja dan anotasi rekod diperlukan jika seorang ahli melakukan perhubungan sumbang mahram (lihat 32.6.1.2 dan 32.14.5). Sumbang mahram hampir sering memerlukan Gereja untuk menarik balik keahlian seseorang.

Jika seorang bawah umur melakukan hubungan sumbang mahram, presiden pancang menghubungi Pejabat Presidensi Utama untuk arahan.

Mangsa-mangsa perhubungan sumbang mahram sering menderita trauma yang serius. Para pemimpin bertindak dengan rasa kasihan dan empati yang tulus. Mereka menyediakan sokongan dan kaunseling rohani untuk membantu mangsa mengatasi kesan pemusnahan dahsyat akibat perhubungan sumbang mahram.

Kadangkala mangsa mempunyai perasaan malu atau rasa bersalah. Mangsa tidak bersalah dan tidak berdosa. Pemimpin membantu mereka dan keluarga mereka memahami kasih Tuhan dan pemulihan yang datang melalui Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya (lihat Alma 15:8; 3 Nefi 17:9).

Selain daripada menerima bantuan pemimpin Gereja yang diilhami, mangsa dan keluarga mereka mungkin memerlukan kaunseling profesional. Untuk maklumat, lihat 38.6.18.2.

38.6.13

Pornografi

Gereja mengutuk pornografi dalam apa jua bentuk. Penggunaan pornografi dalam apa jua bentuk akan merosakkan kehidupan individu, keluarga, dan masyarakat. Ia juga akan menjauhkan Roh Tuhan. Ahli gereja harus menghindari semua bentuk bahan pornografi dan menentang pengeluaran, penyebaran dan penggunaannya.

Gereja menyediakan sumber-sumber berikut untuk membantu orang yang hidupnya terjejas oleh pornografi:

Presiden pancang dan uskup turut memberi sokongan kepada ahli keluarga jika perlu.

Pemimpin Gereja harus sedar bahawa penggunaan pornografi boleh menjadi satu paksaan atau ketagihan. Tambahan kepada bantuan terilham para pemimpin, sesetengah ahli mungkin memerlukan kaunseling profesional. Para pemimpin boleh menghubungi Perkhidmatan Keluarga untuk bantuan. Lihat 31.2.6 untuk maklumat talian.

Kaunseling peribadi dan sekatan keahlian tidak formal biasanya mencukupi apabila membantu seseorang bertaubat daripada penggunaan pornografi (lihat 32.8). Majlis keahlian biasanya tidak diadakan. Walau bagaimanapun, satu majlis mungkin diperlukan untuk penggunaan pornografi yang intensif dan kompulsif yang telah menyebabkan bahaya besar terhadap perkahwinan atau ahli keluarga (lihat 38.6.5). Satu majlis diperlukan jika seorang ahli membuat, berkongsi, memiliki, atau melihat gambar-gambar pornografi kanak-kanak berulang kali (lihat 38.6.6).

38.6.18

Penganiayaan Seksual, Rogol dan Bentuk Serangan Seksual Yang Lain

Gereja mengutuk penganiayaan seksual. Seperti yang digunakan di sini, penganiayaan seksual ditakrifkan sebagai mengenakan aktiviti seksual yang tidak diingini ke atas orang lain. Aktiviti seksual terhadap seseorang yang tidak dapat atau tidak boleh memberi persetujuan undang-undang dianggap sebagai penganiayaan seksual. Penganiayaan seksual juga boleh berlaku dengan pasangan atau dalam perhubungan dating. Untuk maklumat tentang penganiayaan seksual kanak-kanak atau remaja, lihat 38.6.2.3.

Penganiayaan seksual meliputi pelbagai tindakan, dari segi gangguan sehingga rogol dan serangan seksual yang lain. Ia boleh berlaku secara jasmani, pertuturan, dan dalam cara lain. Untuk bimbingan tentang menasihati ahli-ahli yang telah mengalami penganiayaan seksual, rogol, atau serangan seksual yang lain, lihat 38.6.18.2.

Jika ahli-ahli mengesyaki atau mendapat tahu akan penganiayaan seksual, mereka mengambil tindakan untuk melindungi mangsa dan orang lain secepat mungkin. Ini termasuk melapor kepada pihak berkuasa sivil dan memberitahu uskup atau presiden pancang. Jika seorang kanak-kanak telah didera, ahli-ahli harus mengikut arahan dalam 38.6.2.

38.6.18.3

Majlis Keahlian

Satu majlis keahlian mungkin diperlukan bagi seseorang yang telah menyerang secara seksual atau menganiaya seseorang. Satu majlis keahlian perlu diadakan jika seorang ahli telah merogol atau disabit dalam serangan seksual yang lain (lihat 32.6.1.1)

Sebuah majlis juga mesti diadakan untuk aktiviti seksual dengan seorang dewasa yang lemah. Seperti yang digunakan di sini, seorang dewasa lemah ialah seorang dewasa, kerana batasan jasmani atau mental, sama ada tidak dapat menyetujui aktiviti itu atau tidak dapat memahami sifat aktiviti itu.

Untuk menangani bentuk penganiayaan seksual yang lain, para pemimpin mencari bimbingan Roh tentang sama ada kaunseling peribadi atau majlis keahlian ialah keadaan yang paling sesuai (lihat 32.6.2.2 dan 32.8). Dalam kes-kes yang parah, satu majlis diperlukan. Para pemimpin boleh berunding dengan pemimpin imamat langsung mereka tentang keadaan itu.

Jika sekatan keahlian diputuskan oleh majlis keahlian yang diadakan untuk pelaku penganiayaan seksual, rekod keahlian orang itu dianotasikan.

Untuk maklumat tentang menasihati dalam kes-kes penganiayaan, lihat 38.6.2.2. Untuk maklumat tentang menasihati mangsa serangan seksual, lihat 38.6.18.2.

38.6.23

Individu Transgender

Individu transgender menghadapi cabaran yang kompleks. Ahli gereja dan bukan ahli gereja yang mengelar diri sebagai transgender—dan keluarga dan kawan-kawan mereka—harus dilayan dengan kepekaan, kebaikan hati, rasa kasihan, dan kasih seperti Kristus yang banyak. Semua dialu-alukan untuk menghadiri pertemuan sakramen, pertemuan hari Ahad lain dan acara sosial Gereja (lihat 38.1.1).

Jantina merupakan ciri yang penting dalam rancangan kebahagiaan Bapa Syurgawi. Maksud sebenar jantina dalam Keluarga: Suatu Perisytiharan kepada Dunia ialah jantina biologi ketika dilahirkan. Sesetengah orang mengalami ketidakserasian antara jantina biologi dan identiti jantina mereka. Hasilnya, mereka mungkin mengelar diri sebagai transgender. Gereja tidak masuk campur atas sebab-sebab seseorang yang mengenal pasti diri mereka sebagai transgender.

Kebanyakan penyertaan Gereja dan sesetengah tatacara imamat adalah neutral jantina. Orang transgender boleh dibaptiskan dan ditetapkan seperti yang digariskan dalam 38.2.3.14. Mereka juga boleh mengambil sakramen dan menerima berkat-berkat imamat. Walau bagaimanapun, pentahbisan imamat dan tatacara bait suci diterima mengikut jantina kelahiran.

Pemimpin gereja tidak menyokong penggunaan kaedah perubatan atau pembedahan elektif untuk tujuan cubaan melakukan pertukaran jantina kelahiran seseorang kepada jantina berlawanan (“pemindahan jantina”). Pemimpin menasihatkan bahawa membuat tindakan ini akan menyebabkan sekatan keahlian Gereja.

Pemimpin turut tidak menggalakkan pertukaran sosial. Pertukaran sosial merangkumi perbuatan menukar pakaian atau hiasan diri, atau menukar nama atau kata ganti nama, untuk menampilkan dirinya sebagai seseorang yang lain daripada jantina kelahirannya. Pemimpin menasihatkan bahawa mereka yang melakukan pertukaran sosial akan menghadapi beberapa sekatan keahlian Gereja sepanjang tempoh pertukaran ini.

Sekatan ini termasuk menerima atau menjalankan imamat, menerima atau menggunakan kad rekomen bait suci dan menerima sesetengah panggilan Gereja. Walaupun terdapat sekatan pada sesetengah keistimewaan keahlian Gereja, penyertaan Gereja yang lain adalah dialu-alukan.

Individu transgender yang tidak melakukan pertukaran secara perubatan, pembedahan atau sosial kepada jantina berlawanan dan adalah layak, boleh menerima panggilan Gereja, kad rekomen bait suci dan tatacara bait suci.

Sesetengah kanak-kanak, remaja dan orang dewasa diberi terapi hormon oleh pakar perubatan berlesen untuk meringankan disforia jantina atau mengurangkan keinginan membunuh diri. Sebelum seseorang memulakan terapi sedemikian, adalah penting bahawa penerima (dan ibu bapa kanak-kanak bawah umur) memahami potensi risiko dan faedah yang terlibat. Jika ahli ini tidak cuba untuk menukar kepada jantina berlawanan dan adalah layak, mereka boleh menerima panggilan Gereja, kad rekomen bait suci, dan tatacara bait suci.

Jika ahli memutuskan untuk menukar nama atau kata ganti nama gelarannya, pilihan nama akan dicatat dalam medan nama pilihan pada rekod keahlian. Orang ini boleh ditujukan dengan nama pilihan dalam bahagian.

Keadaan berbeza dari unit ke unit dan orang. Ahli dan pemimpin berunding bersama dan dengan Tuhan. Presidensi Kawasan akan membantu para pemimpin tempatan untuk mengatasi situasi individu dengan kepekaan. Uskup berunding dengan presiden pancang. Presiden pancang dan presiden misi mesti mendapatkan nasihat dari Presidensi Kawasan (lihat 32.6.3 dan 32.6.3.3.1).

Untuk maklumat lanjut tentang pemahaman dan sokongan individu transgender, lihat “Transgender” di ChurchofJesusChrist.org.

38.8

Polisi Pentadbiran

38.8.2

Penipuan Perkaitan

Penipuan perkaitan berlaku apabila seseorang menipu atau mengambil kesempatan untuk menyeleweng. Ini boleh berlaku apabila kedua-dua orang yang terlibat menganggotai kumpulan yang sama, seperti Gereja. Ia juga boleh berlaku dengan menyalahgunakan persahabatan atau kepercayaan, seperti panggilan Gereja atau hubungan keluarga. Penipuan perkaitan biasanya adalah untuk keuntungan kewangan.

Ahli Gereja harus jujur dalam urusan mereka dan bertindak dengan integriti. Penipuan perkaitan adalah satu pengkhianatan kepercayaan dan keyakinan yang memalukan. Pelaku boleh didakwa atas jenayah. Ahli Gereja yang melakukan penipuan perkaitan juga boleh menghadapi sekatan keahlian atau penarikan keahlian. Lihat 32.6.2.3 dan 32.6.1.3 untuk bimbingan tentang majlis keahlian bagi tindakan palsu.

Para ahli tidak boleh menyatakan atau membayangkan bahawa urusan bisnes mereka ditaja, disokong oleh, atau mewakili Gereja atau para pemimpinnya.

38.8.24

Penasihat Undang-undang untuk Hal-hal Gereja

Apabila bantuan undang-undang diperlukan untuk hal-hal Gereja, pemimpin harus menghubungi penasihat undang-undang Gereja. Di Amerika Syarikat dan Kanada, presiden pancang menghubungi Pejabat Penasihat Am Gereja:

  • 1-800-453-3860, sambungan 2-6301

  • 1-801-240-6301

Di luar Amerika Syarikat dan Kanada, presiden pancang menghubungi penasihat undang-undang kawasan di pejabat kawasan.

38.8.24.1

Penglibatan atau Dokumen dalam Tindakan Undang-undang

Para pemimpin Gereja tidak harus melibatkan diri mereka dalam kes sivil atau jenayah bagi ahli-ahli dalam unit-unit mereka tanpa berunding dengan penasihat undang-undang Gereja terdahulu. Polisi yang sama ini berkaitan dengan bercakap dengan atau menulis kepada peguam atau pekerja mahkamah, termasuk melalui e-mel.

Para pemimpin harus berbicara dengan penasihat undang-undang Gereja jika, dalam keupayaan Gereja mereka, mereka:

  • Percaya mereka harus bersaksi atau berkomunikasi dalam hal-hal yang sah.

  • Diminta atas proses undang-undang untuk bersaksi atau berkomunikasi dalam perihal undang-undang.

  • Diarahkan untuk memberi bukti.

  • Diminta untuk menyediakan dokumen atau maklumat secara sukarela.

  • Diminta untuk berkomunikasi dengan peguam atau penguasa sivil tentang tindakan undang-undang, termasuk pendengaran penghukuman atau parol.

Walau dilakukan dengan niat yang baik, maklumat yang para pemimpin Gereja kongsi dalam tindakan undang-undang boleh disalahtafsirkan dan memusnahkan. Perkongsian sedemikian boleh menjadi sangat berbahaya kepada mangsa-mangsa dan keluarga mereka. Mengikuti polisi Gereja juga membantu mengelakkan Gereja daripada terlibat dalam perihal undang-undang secara salah.

38.8.24.2

Kesaksian dalam Tindakan Undang-undang

Para pemimpin Gereja tidak boleh bersaksi bagi pihak Gereja dalam apa-apa tindakan undang-undang tanpa kebenaran dari Pejabat Penasihat Am. Polisi ini juga digunakan untuk pendengaran hukuman dan parol. Para pemimpin Gereja tidak boleh memberikan bukti lisan atau bertulis dalam kemampuan kepimpinan mereka tanpa kelulusan ini.

Para pemimpin tidak harus mencadangkan atau mengimplikasikan bahawa kesaksian mereka dalam tindakan undang-undang mewakili kedudukan Gereja.

Para pemimpin tidak seharusnya mempengaruhi kesaksian seorang saksi dalam apa-apa tindakan undang-undang.

Maklumat talian untuk penasihat undang-undang Gereja disediakan dalam 38.8.24.