“Tujuan,” Panduan Pelaksanaan EnglishConnect (2023)
“Tujuan,” Panduan Pelaksanaan EnglishConnect
Tujuan
EnglishConnect ialah program pembelajaran bahasa Inggeris yang disediakan oleh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Tujuan EnglishConnect adalah membantu individu meningkatkan keberdikarian rohani dan duniawi dengan membangunkan kemahiran bahasa Inggeris dalam persekitaran iman, persahabatan, dan perkembangan.
EnglishConnect Menyokong Pekerjaan Penyelamatan dan Permuliaan Tuhan
EnglishConnect boleh membantu anak-anak Tuhan:
-
Menjalankan injil Yesus Kristus. Dalam EnglishConnect, peserta menerapkan prinsip belajar “melalui pembelajaran dan juga melalui iman” (Ajaran dan Perjanjian 88:118). Pengajar dan pelajar menguatkan iman mereka semasa mereka mencari dan menerima bantuan Tuhan. (Contoh)
-
Menjaga mereka yang memerlukan. Kemahiran berbahasa Inggeris boleh meluaskan peluang keberdikarian dan pelayanan. EnglishConnect membantu peserta bersedia untuk pelayanan, pekerjaan, dan peluang pendidikan. Di samping itu, para peserta melayani dan mengasihi satu sama lain semasa mereka mengajar dan belajar bersama. (Contoh)
-
Jemput semua untuk menerima injil. Dalam kumpulan EnglishConnect, peserta belajar dan menggunakan asas-asas injil serta membina persahabatan. Sepanjang EnglishConnect, peserta mempunyai banyak peluang untuk mengikuti Roh semasa mereka mengasihi, berkongsi, dan menjemput orang lain untuk mengalami berkat-berkat injil. (Contoh)