Ajaran dan Perjanjian 2021
Penukaran Hati Ialah Matlamat Kita


“Penukaran Hati Ialah Matlamat Kita,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Ajaran dan Perjanjian 2021 (2020)

“Penukaran Hati Ialah Matlamat Kita,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2021

Imej
seorang wanita sedang mengkaji tulisan suci

Penukaran Hati Ialah Matlamat Kita

Matlamat segala pembelajaran dan pengajaran injil adalah untuk memperdalamkan penukaran hati kita terhadap Yesus Kristus dan membantu kita menjadi lebih seperti Dia. Untuk sebab ini, apabila kita mengkaji injil, kita tidak hanya mencarikan maklumat baru; kita mahu menjadi seorang “manusia baru” (lihat 2 Korintus 5:17). Ini bermaksud bergantung pada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus untuk membantu kita mengubah hati kita, pandangan kita, tindakan kita, dan sifat semula jadi kita.

Tetapi pembelajaran injil yang memperkukuhkan iman kita dan membimbing kepada mukjizat penukaran hati tidak berlaku sekaligus. Ia meluas dari bilik kelas ke hati dan rumah individu. Ia perlukan usaha harian yang tetap untuk memahami dan mematuhi injil. Tetapi Bapa Syurgawi tidak mengharapkan kita untuk melakukannya sendirian—Dia akan mengutuskan Roh Kudus untuk membantu kita dalam penukaran hati.

Roh Kudus membimbing kita ke kebenaran dan memberi saksi tentang kebenaran itu (lihat Yohanes 16:13). Dia menerangi minda kita, memulihkan pemahaman kita, dan menyentuh hati kita dengan wahyu Tuhan, sumber semua kebenaran. Roh Kudus menyucikan hati kita. Dia mengilhamkan satu hasrat untuk mematuhi kebenaran di dalam kita, dan Dia membisik kepada kita cara-cara untuk membuat demikian. Memangnya, “Roh Tuhan … akan mengajar kamu segala-galanya ” (Yohanes 14:26).

Demi sebab-sebab ini, dalam usaha kita untuk mengamal, belajar, dan mengajarkan injil, kita harus carikan teman Roh dahulu. Matlamat ini harus menentukan pilihan kita dan membimbing fikiran serta tindakan kita. Kita harus carikan apa pun yang menjemput pengaruhan Roh dan menolak apa pun yang menolak pengaruhan itu—kerana kita tahu bahawa jika kita boleh menjadi layak hadirat Roh Kudus, kita juga boleh menjadi layak dalam hadirat Tuhan dan Putera-Nya, Yesus Kristus.