Untuk Kekuatan Remaja
Percaya kepada Kristus Sebelum Dia Datang Lagi
April 2024


“Percaya kepada Kristus sebelum Dia Datang Lagi,” Untuk Kekuatan Remaja, Apr. 2024.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, April 2024

Yarom

Percaya kepada Kristus sebelum Dia Datang Lagi

Bangsa Nefi beriman sebelum Juruselamat datang, dan kita boleh beriman sebelum Dia datang lagi.

Imej
Yesus Kristus melawat bangsa Nefi

Pernahkah anda terfikir bagaimana rasanya untuk percaya kepada Juruselamat sebelum Dia datang ke bumi? Bangsa Nefi kuno harus melakukan itu—“menanti-nantikan Mesias, dan percaya kepada-Nya untuk datang seakan-akan Dia telah datang” (Yarom 1:11).

Pada masa kini, kita mempunyai catatan tulisan suci dan sejarah yang bersaksi bahawa Yesus Kristus telah hidup, mati, dan bangkit semula. Kita percaya kepada Juruselamat yang sudah datang. Tetapi kita juga percaya kepada Juruselamat yang akan datang lagi.

Sebelum Yesus Kristus datang, bangsa Nefi Beriman Untuk:

Imej
Raja Benyamin dan isterinya berdoa

Dosa-dosa mereka diampuni.

“Barang siapa akan percaya bahawa Kristus akan datang, orang yang sama boleh menerima pengampunan dosa-dosa mereka, dan bersukacita dengan kebahagiaan yang amat besar, bahkan seakan-akan Dia telah datang di kalangan mereka” (Mosia 3:13; penekanan ditambah).

Imej
Enos

Mengampuni diri mereka.

“Dan datanglah suatu suara kepadaku, memfirmankan: Enos, dosa-dosamu diampuni bagimu. … Oleh kerana itu, rasa bersalahku disapu bersih. Dan aku berkata: Tuhan, bagaimana itu terjadi? Dan Dia berfirman kepadaku: Kerana imanmu kepada Kristus, yang sebelum ini tidak pernah engkau dengar atau lihat. Dan bertahun-tahun berlalu sebelum Dia akan menyatakan diri-Nya dalam daging; … imanmu telah menjadikan engkau suci” (Enos 1:5–8, penekanan ditambah).

Imej
Yakub berkhutbah

Melaksanakan mukjizat.

“Kita tahu tentang Kristus, dan kita memiliki suatu harapan akan kemuliaan-Nya beratus-ratus tahun sebelum kedatangan-Nya. … Sedemikian rupa sehingga kita benar-benar dapat memerintahkan dalam nama Yesus dan bahkan pokok-pokok mematuhi kita, atau gunung-ganang, atau ombak laut” (Yakub 4:4, 6; penekanan ditambah).

Imej
Moroni menulis pada kepingan-kepingan

Menerima wahyu.

“Dan terdapat ramai yang mempunyai iman yang sangat kuat, bahkan sebelum Kristus datang, yang tidak dapat dihalang dari sebalik tirai itu, tetapi benar-benar telah melihat dengan mata mereka” (Eter 12:19, penekanan ditambah).

Sebelum Yesus Kristus Datang Lagi, Kita Boleh Beriman Untuk:

Diampuni, mengampuni diri kita, melaksanakan mukjizat, dan menerima wahyu (seperti bangsa Nefi).

Imej
remaja putera menyanyi di gereja

Sediakan diri kita untuk kedatangan-Nya.

Semasa kita berusaha untuk mentaati perjanjian kita, kita bersedia untuk hidup di kerajaan selestial. “Kerana lihatlah, kehidupan inilah waktu bagi manusia bersedia untuk bertemu dengan Tuhan; ya, lihatlah masa kehidupan inilah masa bagi manusia untuk melaksanakan kerja mereka” (Alma 34:32).

Imej
remaja di hadapan bait suci

Sediakan dunia untuk kedatangan-Nya.

Kita telah dijemput oleh Presiden Russell M. Nelson untuk menjadi sebahagian daripada “pekerjaan terbesar di bumi”—pengumpulan Israel. “Bapa Syurgawi kita telah menyediakan banyak roh-roh yang mulia—menurut saya, pasukan terbaik-Nya—pada fasa terakhir ini. Roh-roh mulia itu—wira-wira itu—ialah anda!”1

Imej
remaja puteri sedang berpelukan

Mempunyai harapan pada masa yang susah.

Apabila Juruselamat datang lagi, yang soleh akan hidup dalam kedamaian. Juruselamat akan memerintah, dan ketidaksolehan akan diperbetulkan. “Kerana Tuhan akan berada di tengah-tengah mereka, dan kemuliaan-Nya akan berada di atas diri mereka, dan Dia akan menjadi raja mereka dan pemberi hukum mereka” (Ajaran dan Perjanjian 45:59–59).

Imej
remaja puteri

Percaya pada Kebangkitan.

Semua manusia akan dibangkitkan. Kita akan mempunyai tubuh yang sempurna dan baqa. Kita boleh melihat orang tersayang yang telah meninggal dunia. “Roh dan tubuh akan disatukan kembali dalam bentuknya yang sempurna; baik anggota tubuh mahupun tulang sendi akan dipulihkan pada rangkanya yang semula jadi, bahkan seperti kita sekarang ada pada waktu ini” (Alma 11:43).

Imej
Yesus Kristus menampakkan diri kepada Bangsa Nefi

Bangsa Nefi kuno beriman kepada Juruselamat sebelum Dia datang. Kita boleh beriman bahawa Juruselamat akan datang lagi—apabila “[kita] akan melihat [Dia] dalam awan di langit, berbalutkan kuasa dan kemuliaan yang besar” (Ajaran dan Perjanjian 45:44; lihat juga Kisah Rasul-Rasul 1:11). Bagaimanakah mengetahui bahawa Dia akan datang lagi mengubah apa yang anda akan lakukan hari ini?

Nota

  1. Russell M. Nelson, “Harapan Israel” (pertemuan rohani remaja sedunia, 3 Jun 2018), Gospel Library.