2023
Orang Mati Akan Berdiri di Hadapan Tuhan
Disember 2023


“Orang Mati Akan Berdiri di Hadapan Tuhan,” Untuk Kekuatan Remaja, Dis. 2023.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Disember 2023

Orang Mati Akan Berdiri di Hadapan Tuhan

Dalam wahyunya, Yohanes melihat Penghakiman Terakhir.

Imej
Yesus Kristus

He Comes Again to Rule and Reign (Dia Kembali untuk Menguasai dan Memerintah), oleh Mary R. Sauer

orang yang sudah mati, baik orang besar mahupun orang biasa, semuanya berdiri di hadapan [Tuhan]

Kuasa Kebangkitan Yesus Kristus membawa semua orang ke hadirat Tuhan untuk dihakimi (lihat Alma 11:42–44; 33:22; 40:21; Helaman 14:15–17; Mormon 9:13–14).

kitab-kitab pun dibuka

Kitab-kitab ini mewakili catatan-catatan yang disimpan di bumi tentang apa yang orang lakukan di bumi untuk mengikut jalan perjanjian (lihat Ajaran dan Perjanjian 128:7).

kitab orang hidup

“Dari satu segi, Kitab Orang Hidup adalah jumlah pemikiran dan tindakan seseorang—catatan hidupnya. Namun, tulisan suci juga memberitahu bahawa sebuah catatan syurgawi disimpan tentang orang beriman, termasuk nama dan laporan perbuatan soleh mereka” (Panduan Tulisan Suci, “Kitab Kehidupan,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org).

dihakimi

Penghakiman Terakhir datang selepas orang-orang dibangkitkan. Yesus Kristus akan menjadi Hakim bagi setiap orang. Penghakiman ini akan menentukan kemuliaan abadi yang akan diterima oleh setiap orang. (Lihat Panduan Tulisan Suci, “Penghakiman Terakhir,” scriptures.ChurchofJesusChrist.org; Alma 41:3–5; Ajaran dan Perjanjian 88:26–32.)

menurut perbuatan mereka

Setiap orang akan dihakimi menurut perbuatan dan hasrat mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 137:9). Mereka akan dihakimi sama ada mereka patuh kepada perintah-perintah Tuhan dan bertindak secara harmoni dengan segala cahaya dan kebenaran yang mereka terima dalam kehidupan ini.