2023
Mengambil Roh Kudus sebagai Pembimbing Anda
Oktober 2023


“Mengambil Roh sebagai Pembimbing Anda,” Untuk Kekuatan Remaja, Okt. 2023.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Oktober 2023

Mengambil Roh Kudus sebagai Pembimbing Anda

Bapa kita di Syurga tahu bahawa dalam kefanaan kita akan menghadapi cabaran, kesengsaraan, dan kekacauan; Dia tahu kita akan bergelut dengan soalan, kekecewaan, godaan, dan kelemahan. Untuk memberi kita kekuatan fana dan bimbingan ilahi, Dia memberikan Roh Kudus.

Melalui tugas ilahi, Roh mengilhami, bersaksi, mengajar dan mendorong kita untuk berjalan dalam cahaya Tuhan. Kita mempunyai tanggungjawab yang kudus untuk belajar mengenali pengaruh-Nya dalam hidup kita dan bertindak.

Bagaimanakah kita melakukan itu?

Pertama, kita berusaha agar hidup layak untuk Roh.

Kedua, kita harus sudi menerima Roh.

Ketiga, kita harus mengenali Roh apabila ia datang.

Keempat, kita harusnya bertindak pada dorongan pertama.

Semoga kita mengambil berat panggilan Tuhan untuk “cerialah, kerana Aku akan menuntunmu” (Ajaran dan Perjanjian 78:18). Dia memimpin kita melalui Roh Kudus. Semoga kita hidup dekat dengan Roh, cepat bertindak atas dorongan pertama kita, mengetahui bahawa ia datang daripada Tuhan. Saya bersaksi tentang kuasa Roh Kudus untuk membimbing kita, melindungi kita dan sentiasa bersama kita.