2023
Buka Hati Anda kepada Roh Kudus
April 2023


“Buka Hati Anda kepada Roh Kudus,” Untuk Kekuatan Remaja, Apr. 2023.

Pesanan Untuk Kekuatan Remaja Bulanan, April 2023

Buka Hati Anda kepada Roh Kudus

Pada musim Easter ini, saya bersyukur kepada Bapa Syurgawi kita demi kurnia Putera Terkasih-Nya, yang datang ke bumi secara sukarela untuk menjadi Penebus kita. Saya bersyukur untuk mengetahui bahawa Dia telah menebus dosa-dosa kita dan bangkit dalam Kebangkitan. Setiap hari saya diberkati untuk mengetahui bahawa, kerana Korban Tebusan-Nya, suatu hari nanti, saya boleh dibangkitkan untuk hidup selama-lamanya bersama keluarga terkasih.

Saya tahu perkara-perkara ini melalui satu-satunya cara kita semua boleh tahu. Roh Kudus sudah berucap kepada minda dan hati saya bahawa ini adalah benar—bukan hanya sekali tetapi dengan kerap.

Kita mempunyai janji Roh Kudus yang tidak terharga sebagai teman. Kewajipan kita adalah untuk memilih membuka hati kita untuk menerima arahan rohani yang berterusan dan penghiburan melalui Roh Kudus sepanjang hidup.

Imej
bunga

Ilustrasi oleh Emily E. Jones

Pilihan pertamanya adalah untuk merendahkan hati di depan Tuhan.

Imej
tangan berdoa

Kedua adalah untuk berdoa dengan iman kepada Tuhan Yesus Kristus.

Imej
kompas

Ketiga adalah untuk mematuh dengan tepat.

Imej
bentuk hati

Dan yang keempat adalah untuk berdoa bagi mengetahui keperluan dan hati orang lain dan bagaimana untuk menolong mereka bagi pihak Tuhan.

Saya berdoa dengan segala hati semoga anda akan dengar suara Roh, yang dihantar kepada anda dengan murah hati. Dan saya berdoa agar anda akan sentiasa membuka hati untuk menerima Roh agar anda boleh merasakan kebahagiaan memiliki-Nya sebagai teman sentiasa anda.