2023
Datang kepada-Nya
Mac 2023


“Datang kepada-Nya,” Untuk Kekuatan Remaja, Mac 2023.

Pesanan Untuk Kekuatan Remaja Bulanan, Mac 2023

Datang kepada-Nya

Juruselamat menjemput kita untuk meletakkan beban kita kepada-Nya.

Imej
Yesus Kristus

Ilustrasi oleh Annie Henrie Nader

Marilah kepada-Ku

Kita boleh datang kepada Juruselamat dengan mempelajari Injil-Nya, beriman kepada-Nya, bertaubat, membuat dan mentaati perjanjian, dan mengikuti teladan-Nya.

lelah … beban yang berat

Kerja fizikal dan beban fizikal boleh meletihkan kita, begitu juga dengan beban mental, emosi dan rohani. Juruselamat menawarkan kita kedamaian-Nya, tidak kira jenis beban yang kita bawa.

perintah (kuk)

Kuk ialah satu alat untuk memegang dua haiwan bersama supaya mereka boleh menarik beban bersama, seperti bajak atau gerabak. Kuk biasanya mempunyai satu rasuk kayu yang terletak pada bahu setiap haiwan, membahagikan beban.

terimalah (belajar)

Kita boleh belajar tentang Yesus Kristus dengan mengkaji ajaran-ajaran-Nya dan teladan-Nya—dan dengan cuba mengikutinya.

rehat

Peristirahatan Juruselamat adalah kedamaian-Nya, yang menenangkan minda dan roh kita. Dia membantu kita mengatasi kebimbangan duniawi dan memberi kita kekuatan rohani apabila kita berasa lemah.

mudah diturut… mudah dipikul

Mengambil kuk Juruselamat ke atas diri kita bermaksud mengikat diri kita kepada-Nya melalui perjanjian. Ia bermaksud memberi hati kita kepada Dia dan pekerjaan-Nya. Apabila kita melakukan ini, beban kita berasa lebih ringan kerana Dia sedang membantu kita.