2023
Perlukah Kita Menjadi Sempurna Sekarang?
Februari 2023


“Perlukah Kita Menjadi Sempurna Sekarang?” Untuk Kekuatan Remaja, Feb. 2023.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Februari 2023

Perlukah Kita Menjadi Sempurna Sekarang?

Imej
remaja putera membaca kitab suci

Ilustrasi oleh Emily E. Jones

Tulisan suci telah ditulis untuk memberkati serta menggalakkan kita, dan sudah tentu fungsinya sedemikian. Tetapi tahukah anda, dari semasa ke semasa ayat suci akan muncul dan mengingatkan kita bahawa kita tidak sebaik yang kita harapkan? Contohnya di Matius 5:48, ia tertulis bahawa kita haruslah menjadi sempurna seperti Bapa di syurga yang sempurna. Dengan perintah itu, kita mahu mengaku kalah sahaja dan tidak mencuba untuk usahakan. Matlamat selestial itu nampaknya tidak dapat dicapai. Tetapi sudah tentu Tuhan tidak akan memberi kita sebuah perintah yang Dia tahu kita tidak boleh patuhi.

Imej
remaja puteri dengan payung dalam hujan

“Ya, datanglah kepada Kristus, dan disempurnakanlah di dalam Dia”, Moroni merayu. “Mengasihi Tuhan dengan segala daya, fikiran dan kekuatanmu, maka … dengan rahmat-Nya kamu boleh menjadi sempurna di dalam Kristus” (Moroni 10:32; penekanan ditambah). Satu-satunya harapan kita untuk kesempurnaan yang sejati adalah untuk menerimanya sebagai kurnia daripada syurga—kita tidak boleh “bekerja untuk mendapatkan” kesempurnaan ini.

Imej
remaja puteri mendaki bukit bersama seekor anjing

Melainkan Yesus, tiada pelaksanaan yang sempurna dalam perjalanan duniawi yang kita lalui sekarang, jadi semasa berada di dunia kefanaan, marilah kita berusaha untuk penambahbaikan yang stabil dan mengelak daripada menaruh harapan yang berlebihan pada diri kita serta orang lain.

Imej
kapal di atas lautan bergelora

Jika kita bertabah, maka perbaikan kita akan dilengkapkan dalam keabadian—inilah maksud kesempurnaan dalam Perjanjian Baru.