2023
4 Cara Yesus Kristus Menguatkan Anda
Januari 2023


“4 Cara Yesus Kristus Menguatkan Anda.” Untuk Kekuatan Remaja, Jan. 2023.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Januari 2023

4 Cara Yesus Kristus Menguatkan Anda

Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.
Filipi 4:13

Imej
cairn

Di seluruh dunia, orang Kristian bersukacita dalam tulisan suci ini: “Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.” (Filipi 4:13).

Apabila orang mendengar ini, sesetengah daripada mereka mungkin berfikir ia bermaksud mereka boleh lulus ujian apa pun, menang sebarang permainan dan menerima setiap keinginan. Tetapi itu bukan apa yang tulisan suci ini ajarkan.

Ia ditulis oleh Rasul Paulus semasa dia berada dalam penjara. Sebagai seorang tahanan, terdapat banyak yang Paulus tidak dapat lakukan, tetapi dia tahu bahawa Yesus Kristus dapat menguatkan dia untuk melakukan perkara yang paling penting.

Ini sama bagi anda!

1 Kristus Menguatkan Anda untuk Tahu

Yesus Kristus telah memberi anda beberapa cara penting anda dapat mengetahui apa yang benar. Dia telah mengajar kita semua untuk selalu berdoa (lihat 3 Nefi 18:18) dan meminta untuk mengetahui apa yang benar (lihat Moroni 10:4–5). Anda juga boleh mencari dan mengetahui apa yang benar melalui pengkajian tulisan suci anda.

Doa dan kajian tulisan suci membawa Roh ke dalam hidup anda. Roh boleh berucap kepada “fikiranmu dan … hatimu” (Ajaran dan Perjanjian 8:2), “mengisi jiwamu dengan kebahagiaan,” dan “menerangi fikiranmu” (Ajaran dan Perjanjian 11:13).

Dengan cara ini, anda boleh “dengarkanlah Dia”—dengar kata-kata Juruselamat dan ikuti apa yang Dia telah firmankan. Presiden Russell M. Nelson mengajar bahawa ini adalah “pola untuk kejayaan, kebahagiaan, dan kegembiraan dalam kehidupan ini.”1

2 Kristus Menguatkan Anda untuk Bertindak

Kekuatan datang kepada anda semasa anda berusaha untuk mematuhi perintah-perintah dan membuat pilihan yang baik yang membawa kepada kedamaian dan kegembiraan. Yesus Kristus menguatkan anda untuk melakukan ini walaupun pilihan-pilihan itu sukar dibuat. Kadangkala anda mungkin membuat pilihan yang tidak baik. Syukurnya, Korban Tebusan Juruselamat memungkinkan pertaubatan. Oleh kerana Yesus Kristus, anda boleh menjadi bersih dan mendapat kebahagiaan. Dia boleh menguatkan anda untuk “melakukan lebih baik dan menjadi lebih baik”2 setiap hari.

3 Kristus Menguatkan Anda untuk Mengatasi

Semasa di penjara, Paulus menulis: “Aku sudah belajar berpuas hati walaupun aku hanya memiliki sedikit.

“Aku sudah mengalami hidup serba kekurangan dan juga lebih daripada kecukupan. Aku mengetahui rahsianya untuk menghadapi berbagai-bagai keadaan” (Filipi 4:11–12).

Dalam kata lain, Paulus pelajari bahawa, melalui Kristus, dia boleh mengatasi dan belajar dari percubaan dan cabarannya. Yesus Kristus dapat menguatkan anda untuk melakukan yang sama.

Juruselamat menderita “kesakitan dan kesengsaraan dan cubaan daripada setiap jenis.” Dia mengambil ke atas diri-Nya kelemahan kita supaya “Dia boleh mengetahui … bagaimana menyokong [yang bermaksud untuk membantu] umat-Nya menurut kelemahan mereka” (Alma 7:11–12). Tidak kira apa yang anda hadapi, Yesus Kristus dapat menguatkan anda untuk bertahan dan mencapai hal-hal yang anda tidak akan dapat lakukan sendiri.

4 Kristus Menguatkan Anda untuk Menjadi

Yesus Kristus telah menjadikan kebangkitan satu realiti bagi kita semua, dan Dia menjadikan kehidupan abadi mungkin bagi mereka yang bertaubat, menerima tatacara-tatacara penting, dan membuat dan mentaati perjanjian yang berkaitan dengan mereka. Tanpa Kristus, kita tidak dapat memenuhi apa yang Bapa Syurgawi paling inginkan—untuk kita menjadi lebih seperti Dia dan Putera-Nya, Yesus Kristus,dan tinggal bersama Mereka secara abadi.

Imej
Yesus Kristus

Anda boleh menjadi lebih seperti Yesus Kristus semasa anda belajar tentang Dia, bergantung pada dan percaya kepada-Nya, dan mengikuti teladan-Nya. Ini akan membawa anda untuk hidup dengan lebih iman, harapan, kasih ihsan, kesabaran, kerendahan hati, kesucian, dan kepatuhan. Ini semua sifat Juruselamat.

Semasa anda berusaha untuk mengikuti Yesus Kristus, Dia akan menjadi harapan dan cahaya anda yang akan membimbing anda untuk menjadi semua yang Dia tahu anda boleh menjadi. Dan, dengan Paulus, anda akan dapat berkata, “Dengan kuasa yang diberikan oleh Kristus, aku berdaya menghadapi segala macam keadaan.”