2022
Jangan Tunggu! Jadilah Seperti Para Gembala
Disember 2022


“Jangan Tunggu! Jadilah Seperti Para Gembala”, Untuk Kekuatan Remaja, Dis. 2022.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Disember 2022

Lukas 2:8–20

Jangan Tunggu! Jadilah Seperti Para Gembala

Imej
para gembala

Pada suatu malam yang sunyi dahulu, para gembala cermat mengawasi kawanan domba mereka.

Imej
domba

Para gembala ada tugas yang penting. Domba perlukan makanan, air dan perlindungan daripada bahaya.

Imej
malaikat

Tiba-tiba, seorang malaikat muncul!

“Janganlah takut! Aku datang membawa Berita Baik untuk kamu. … Pada hari ini … telah lahir Penyelamat kamu, Kristus, Tuhan.”

Imej
malaikat

Malaikat itu memberitahu para gembala bahawa mereka akan menemui bayi yang dibedung dengan kain, berbaring di dalam balung di Betlehem.

Imej
koir malaikat

Koir malaikat memenuhi langit dan menyertai malaikat menyanyikan pujian terhadap Tuhan.

“Termulialah Tuhan di langit yang tertinggi! Dan di atas bumi, sejahteralah manusia yang menyenangkan hati-Nya.”

Imej
para gembala

“Marilah kita pergi ke Betlehem dan lihat apa yang Tuhan telah beritahu kita.”

Imej
para gembala mengikut bintang

Para gembala tidak menunggu. Ini terlalu penting! Mereka “segera pergi” ke Betlehem.

Imej
para gembala di palung

Para gembala menemui Yesus yang dibedung dengan kain, berbaring di dalam palung, seperti yang malaikat itu katakan.

Imej
bayi Yesus

Inilah Mesias yang dijanjikan, yang datang untuk menjadi Juruselamat dan Penebus dunia serta membawa kebahagiaan sejati kepada kita!

Imej
para gembala

Para gembala begitu teruja! Mereka berkongsi apa yang mereka dengar dan lihat.

“Juruselamat dunia telah lahir!”

“Mesias telah datang akhirnya!”

Imej
remaja putera sedang belajar tulisan suci

Para gembala “segera pergi” kepada Yesus. Anda juga boleh!

Anda boleh belajar tentang-Nya.

Imej
remaja putera sedang memotong rumput di halaman

Anda boleh melayani-Nya dengan melayani orang lain.

Imej
remaja puteri berkongsi Kitab Mormon dengan remaja putera

Anda boleh bersaksi tentang-Nya.