2022
Belajar tentang Yesus Kristus dan Mencapai Kuasa-Nya
September 2022


“Belajar tentang Yesus Kristus dan Mencapai Kuasa-Nya” Untuk Kekuatan Remaja, Sept. 2022.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, September 2022

Belajar tentang Yesus Kristus dan Mencapai Kuasa-Nya

Saya ingin berkongsi bagaimana kita boleh menarik ke dalam kehidupan kita kuasa Tuhan dan Guru kita, Yesus Kristus.

Kita bermula dengan belajar tentang Dia.1 “Tidaklah mungkin bagi [kita] untuk diselamatkan dalam kejahilan” (Ajaran dan Perjanjian 131:6). Semakin kita memahami ajaran Juruselamat dan apa yang Dia lakukan bagi kita, semakin kita tahu bahawa Dia boleh memberi kuasa yang kita perlu untuk hidup kita.

Sebagai Orang Suci Zaman Akhir, kita merujuk misi-Nya sebagai Korban Tebusan Yesus Kristus, yang menjadikan kebangkitan kenyataan bagi semua dan membolehkan kehidupan abadi bagi mereka yang bertaubat akan dosa-dosa dan menerima dan mentaati tatacara-tatacara dan perjanjian yang penting.

Di bawah rancangan Bapa yang abadi serta agung, Juruselamatlah yang telah menderita. Juruselamatlah yang mematahkan belenggu kematian. Juruselamatlah yang membayar harga untuk dosa-dosa dan pelanggaran kita dan memadamkan mereka berdasarkan syarat pertaubatan kita. Juruselamatlah yang membebaskan kita daripada kematian jasmani dan rohani.

Istilah kudus seperti Korban Tebusan dan Kebangkitan menggambarkan apa yang Juruselamat telah lakukan, menurut rancangan Bapa, supaya kita boleh hidup dengan harapan dalam hidup ini dan memperoleh kehidupan abadi dalam dunia yang akan datang.