2022
Janganlah Takut—Tuhan Bersamamu
Julai 2022


“Janganlah Takut—Tuhan Bersamamu,” Untuk Kekuatan Remaja, Julai 2022.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Julai 2022

Janganlah Takut—Tuhan Bersamamu

Ketakutan bukanlah baru. Sejak zaman kuno, ketakutan telah menghadkan pandangan anak-anak Tuhan. Dalam 2 Raja-Raja, raja Siria telah menghantar sepasukan untuk menangkap dan membunuh nabi Elisa.

“Esok paginya hamba Elisa bangun, lalu keluar dari rumah dan nampak tentera Siria dengan kuda dan kereta kuda mereka mengelilingi kota itu. Dia balik kepada Elisa dan berseru, “Malanglah kita, tuan! Apakah yang harus kita lakukan?” 2 Raja-Raja 6:15.

Itu adalah ketakutan sedang berbicara.

“Janganlah takut,” kata Elisa. “Yang di pihak kita lebih banyak daripada yang di pihak mereka.”

Kemudian Elisa berdoa, “Ya Tuhan, celikkanlah mata hambaku ini supaya dia dapat melihat!” Tuhan mengabulkan doanya. Hamba Elisa menengadah dan nampak bukit itu penuh dengan kuda dan kereta kuda berapi di sekeliling Elisa.”2 Raja-Raja 6:16–17

Kita mungkin ada atau tidak ada kereta kuda berapi dihantar untuk menghalau ketakutan kita dan menakluki kebimbangan kita, tetapi pengajarannya jelas. Tuhan bersama kita, tahu akan kita dan memberkati kita dalam cara yang hanya Dia dapat lakukan.

Jika kita secara aktif mempercayai Tuhan dan cara-Nya, jika kita melibatkan diri dalam pekerjaan-Nya, kita tidak akan takut akan arah aliran dunia atau terganggu olehnya. Tuhan sedang menjaga kita dan berdiri di samping kita.