2022
Memilih
Jun 2022


“Memilih,” Untuk Kekuatan Remaja, Jun 2022.

Pesanan Untuk Kekuatan Remaja Bulanan, Jun 2022

Memilih

Yosua mendesak bangsanya membuat pilihan yang baik—untuk mengikuti Tuhan.

memilih

Keupayaan kita untuk memilih dan bertindak untuk diri sendiri dipanggil hak pilihan. Ia adalah satu bahagian penting dalam rancangan Bapa Syurgawi. Satu tujuan hidup ini adalah untuk menunjukkan kita akan memilih untuk mematuhi perintah Tuhan supaya kita boleh menjadi lebih seperti-Nya. Kita akan dihakimi menurut pilihan kita. (Lihat 2 Nefi 2:27; Ajaran dan Perjanjian 101:78; Abraham 3:25.)

sekarang

Yosua mendesak bangsanya untuk memilih sekarang. Kita boleh membuat pilihan penting sekali dan kemudian cuba kekal komited pada pilihan itu. (Lihat Mazmur 37:5.)

layani

Dalam ayat ini, layani bermaksud menyembah, membantu, mematuhi, dan mengabdikan diri kepada seseorang. Kita harus layani Tuhan (lihat Musa 1:15).

tuhan-tuhan

Israel telah diperintahkan untuk hanya melayani Tuhan yang benar dan hidup, Yesus Kristus (lihat Keluaran 20:2–5). Yosua memberi contoh tuhan-tuhan lain yang bangsanya tidak harus sembah. Tuhan-tuhan lain dalam hidup kita boleh termasuk harta benda, pendapat orang lain, kepentingan lain—apa sahaja yang menjauhkan kita daripada Tuhan.

aku dan keluargaku

Yosua bercakap untuk dirinya dan keluarganya Dia berkata mereka hendak mengabdi kepada Tuhan. Dia mahu memimpin keluarganya dalam kesolehan dan mengajar mereka untuk mengikuti Tuhan (lihat Ajaran dan Perjanjian 93:40).