2021
Wahyu Berterusan
Mac 2021


“Wahyu Berterusan”, Untuk Kekuatan Remaja, Mac 2021, 16.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Mac 2021

Wahyu Berterusan

Dari ucapan persidangan umum April 2020.

Imej
Penglihatan Pertama

Ilustrasi oleh Ben Simonsen

Nabi Joseph Smith menerima wahyu demi wahyu. Banyak wahyu yang diterima oleh Nabi Joseph telah dipelihara untuk kita dalam Ajaran dan Perjanjian.

Selain itu, kita diberkati dengan wahyu yang berterusan kepada para nabi hidup yang merupakan wakil yang “dilantik oleh Tuhan, yang diberi hak kuasa untuk berfirman bagi-Nya.”1

Wahyu peribadi turut tersedia bagi semua orang yang mencari bimbingan daripada Tuhan dengan rendah hati. Ini adalah sama pentingnya dengan wahyu yang nabi terima.

Wahyu peribadi adalah berdasarkan pada kebenaran rohani yang diterima daripada Roh Kudus. Roh Kudus ialah pewahyu dan saksi untuk semua kebenaran, terutama tentang Juruselamat. Tanpa Roh Kudus, kita tidak dapat benar-benar tahu bahawa Yesus ialah Kristus. Peranan penting Dia adalah untuk memberi kesaksian tentang Bapa dan Putera dan gelaran serta kemuliaan Mereka.

Saya memberi jaminan kepada anda bahawa bimbingan wahyu boleh diterima oleh setiap kita apabila kita bekerja di ladang anggur Tuhan dengan rendah hati.

Dengan rendah hati saya memohon agar setiap kita akan mencari wahyu yang berterusan untuk membimbing hidup kita dan mengikuti Roh ketika kita menyembah Tuhan Bapa Syurgawi dan Juruselamat kita, Yesus Kristus.

Nota

  1. Hugh B. Brown, “Joseph Smith among the Prophets” (Sixteenth Annual Joseph Smith Memorial Sermon, Logan Institute of Religion, Dec. 7, 1958), 7.