2021
Bagaimanakah Saya Boleh Tahu Bahawa Saya Mendengar Suara Tuhan dalam Hidup Saya?
Februari 2021


“Bagaimanakah Saya Boleh Tahu Bahawa Saya Mendengar Suara Tuhan dalam Hidup Saya?” Untuk Kekuatan Remaja, Feb. 2021, 29.

Pesanan Bulanan Untuk Kekuatan Remaja, Februari 2021

Bagaimanakah Saya Boleh Tahu Bahawa Saya Mendengar Suara Tuhan dalam Hidup Saya?

Imej
remaja putera sedang membaca kitab suci

Presiden Russell M. Nelson telah menjemput kita untuk “berfikir secara mendalam dan kerap” tentang cara kita mendengar Yesus Kristus dan untuk “mengambil langkah agar mendengar-Nya dengan lebih baik dan lebih kerap” (“‘How Do You #HearHim?’ A Special Invitation,” Feb. 26, 2020, blog.ChurchofJesusChrist.org).

Kita boleh mendengar-Nya melalui kitab suci dan kata-kata para nabi. Tetapi apa yang penting bukan mendengar atau membaca kata-kata itu sahaja. Melalui Nabi Joseph Smith, Tuhan telah menjelaskan:

“Suara-Kulah yang memfirmankan [kata-kata ini] kepadamu; kerana ia diberikan melalui Roh-Ku kepadamu … ;

“Kerana itu, kamu dapat bersaksi bahawa kamu telah mendengar suara-Ku” (Ajaran dan Perjanjian 18:35–36).

Tambahan, usaha untuk mendengar-Nya bukanlah sesuatu yang kita lakukan sekali-sekala. Presiden Nelson mengatakan bahawa, “Ia memerlukan usaha yang sedar dan konsisten” (“Dengarkanlah Dia,” persidangan umum Apr. 2020 [Ensign atau Liahona, Mei 2020, 89]).

Apabila anda belajar, berdoa, menyembah, melayani dan mematuhi perintah-perintah Tuhan, Dia akan memberkati anda dengan Roh-Nya dan melalui Korban Tebusan Yesus Kristus, akan mengubah anda. Maka, anda boleh tahu bahawa anda telah mendengar suara-Nya.