Friend
Permaisuri Ester
Friend Ogos 2026


“Permaisuri Ester,” Friend, Ogos 2026, 46–48.

Pesanan Bulanan Friend, Ogos 2026

Permaisuri Ester

Ilustrasi Permaisuri Ester dan raja

Ester ialah seorang Israel, atau Yahudi, yang tinggal di Persia. Raja memilihnya untuk menjadi permaisurinya.

Ilustrasi Haman yang marah mengangkat tangannya ke arah Mordekhai yang sedang berdiri

Haman ialah hamba raja. Semua orang perlu tunduk kepadanya. Tetapi sepupu Ester, Mordekhai, hanya akan tunduk kepada Tuhan.

Ilustrasi askar membaca daripada skrol

Haman menjadi marah dan memberitahu raja bahawa orang Yahudi tidak mematuhi undang-undang. Raja membenarkan Haman membuat undang-undang baharu supaya semua orang Yahudi akan dibunuh.

Ilustrasi Mordekhai bercakap dengan Ester

Mordekhai meminta Ester bercakap dengan raja tentang mengubah undang-undang Haman, tetapi dia berasa takut. Kadangkala raja akan membunuh orang yang datang menghadapnya tanpa jemputan.

Ilustrasi Ester di istana melihat ke luar pada orang-orang yang sedang berjalan

Mordekhai berkata bahawa Tuhan mungkin telah menempatkan Ester di istana raja untuk menyelamatkan orang Yahudi.

Ilustrasi Ester dan dua wanita berlutut dan berdoa

Ester tahu dia mesti bercakap dengan raja. Ester meminta semua orang Yahudi dan pelayannya untuk berpuasa bersamanya.

Ilustrasi raja menghulurkan tongkatnya kepada Ester

Ester berpuasa selama tiga hari. Apabila dia pergi menghadap raja, raja menghulurkan tongkatnya. Ini bermakna dia gembira melihatnya. Ester memberitahu raja bahawa dia dan bangsanya akan dibunuh kerana undang-undang Haman.

Ilustrasi Ester memandang ke langit ke arah sinaran cahaya

Raja mencipta satu undang-undang baharu yang akan melindungi orang Yahudi. Iman Ester terhadap Tuhan dan keberaniannya untuk bercakap dengan raja telah menyelamatkan bangsanya.

Halaman Mewarna

Saya Boleh Memberitahu Orang Lain Tentang Yesus Kristus

Fail PDF halaman mewarna seorang budak lelaki di perhentian bas menunjukkan gambar Yesus Kristus kepada dua orang perempuan

Ilustrasi oleh Audrey Day. Boleh disalin untuk kegunaan Gereja sahaja.

Dengan siapakah anda boleh berkongsi injil? Berdoalah dan bertanyalah!