“Elisa Menyembuhkan Naaman,” Friend, Julai 2026, 46–48.
Pesanan Bulanan Friend, Julai 2026
Elisa Menyembuhkan Naaman
Naaman seorang panglima dalam tentera Siria. Dia menghidap penyakit kulit yang menyakitkan dipanggil kusta.
Isteri Naaman mempunyai seorang hamba perempuan Israel. Perempuan itu beriman kepada Tuhan. Dia berkata jika Naaman dapat melawat nabi Elisa, Naaman akan disembuhkan.
Naaman mengembara jauh ke rumah Elisa. Elisa menghantar hambanya untuk memberitahu Naaman bahawa Tuhan akan menyembuhkannya jika dia mandi di Sungai Yordan sebanyak tujuh kali.
Naaman marah kerana dia mahu nabi Tuhan menemuinya dan menyembuhkannya. Naaman merungut bahawa Sungai Yordan tidak sebaik sungai-sungai besar di Siria.
Tetapi hamba-hamba Naaman bertanya kepada Naaman mengapa dia tidak akan melakukan tugas mudah yang nabi Tuhan minta dia lakukan.
Naaman berhenti menjadi angkuh dan mendengarkan hambanya. Dia membasuh dirinya di Sungai Yordan sebanyak tujuh kali, dan Tuhan menyembuhkannya. Naaman tahu bahawa Elisa adalah seorang nabi dan Tuhan benar-benar wujud.
Halaman Mewarna
Tulisan Suci Mengajar Saya Untuk Mengikuti Yesus Kristus
Ilustrasi oleh Audrey Day. Boleh disalin untuk kegunaan Gereja sahaja.
Apakah cerita tulisan suci yang membantu anda mengikuti Yesus?
© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di AS. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, July 2026. Malay. 20066 348