“Daud dan Goliat,” Friend, Jun 2026, 46–88.
Pesanan Bulanan Friend, Jun 2026
Daud dan Goliat
Orang Filistin sedang menyerang orang Israel. Setiap pagi seorang gergasi bernama Goliat mencabar orang Israel untuk melawannya, tetapi tiada yang berani.
Daud merupakan seorang gembala lelaki yang beriman kepada Tuhan. Suatu hari, Daud membawa makanan kepada saudara-saudaranya yang berada dalam tentera orang Israel, lalu dia mendengar cabaran Goliat.
Daud memberitahu bahawa dia tidak takut melawan Goliat. Tuhan telah melindungi Daud ketika dia melawan singa dan beruang sambil menjaga domba-dombanya. Dia tahu Tuhan akan melindunginya semula.
Daud mengumpul lima batu licin. Dia membawa umbannya dan pergi menghadapi Goliat.
Apabila Goliat nampak Daud, dia meninggikan suaranya dan mengejek Daud. Dia berkata bahawa seorang gembala tidak dapat mengalahkannya.
Daud berlari ke arah Goliat dan melempar batu dengan umbannya. Batu itu kena pada dahi Goliat, dan gergasi itu jatuh ke tanah.
Apabila orang Filistin melihatkan Goliat telah mati, mereka lari ketakutan. Orang Israel telah memenangi peperangan itu! Daud mempercayai Tuhan, dan Tuhan telah melindungi orang Israel.
Halaman Mewarna
Iman dalam Yesus Kristus akan Membantu Saya Menjadi Berani
Ilustrasi oleh Audrey Day. Boleh disalin untuk kegunaan Gereja sahaja.
Bilakah Yesus telah membantu anda menjadi berani?
© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di USA. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly The Friend Message, June 2026. Malay. 20063 348