Friend
Yakub dan Nefi Melihat Yesus
Mac 2024


“Yakub dan Nefi Melihat Yesus,” Friend, Mac 2024, 26–27.

Pesanan Bulanan Friend , Mac 2024

Yakub dan Nefi Melihat Yesus

Imej
alt text

Ilustrasi oleh Andrew Bosley

Yakub adalah adik lelaki Nefi. Dia dilahirkan selepas keluarga mereka meninggalkan Yerusalem. Yakub tiba ke negeri yang dijanjikan sebagai seorang kanak-kanak.

Imej
alt text

Yakub dan Nefi melihat Yesus Kristus. Mereka berkongsi kesaksian dengan keluarga mereka untuk membantu mereka belajar tentang Yesus.

Imej
alt text

Mereka juga kongsikan kata-kata daripada nabi Yesaya. Yesaya juga telah melihat Yesus dan menulis tentang Dia dalam tulisan suci. Yakub dan Nefi menggunakan kata-kata Yesaya dari tulisan suci untuk mengajar keluarga mereka tentang Yesus.

Imej
alt text

Mereka mengajarkan bahawa Yesus akan datang ke bumi. Dia akan mati dan hidup semula. Mereka berkongsi kesaksian mereka tentang Yesus Kristus supaya keluarga mereka akan menanti-nantikan kedatangan-Nya.

Halaman Mewarna

Yesus Ialah Juruselamat kita

Imej
alt text here

Ilustrasi oleh Adam Koford

Bilakah anda merasai kasih Yesus?