“Nabi Yesaya,” Friend, Dis. 2026, 46–47.
Pesanan Bulanan Friend, Disember 2026
Nabi Yesaya
Suatu hari di bait suci, Tuhan memanggil Yesaya untuk menjadi seorang nabi. Yesaya mengasihi orang ramai dan mengajar mereka tentang kedatangan Yesus Kristus.
Yesaya pelajari bahawa Yesus Kristus akan datang pada suatu hari nanti untuk menyelamatkan umat-Nya daripada dosa. Tetapi tidak semua orang akan mengenali Dia sebagai Juruselamat mereka. Yesaya sedih kerana dia tahu ramai orang tidak akan percaya kepada Yesus.
Yesaya juga bernubuat tentang Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Suatu hari nanti Dia akan kembali dan menjadi Raja seluruh bumi. Dia akan memenuhi rancangan Bapa-Nya dengan membawa kebaikan dan kedamaian selamanya. Yesaya berkata semua orang akan tahu Yesus Kristus ialah Juruselamat mereka.
Halaman Mewarna
Yesus Kristus Dilahirkan di Betlehem
Ilustrasi oleh Audrey Day. Boleh disalin untuk kegunaan Gereja sahaja.
Bagaimanakah anda meraikan kelahiran Juruselamat?
© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di AS. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, December 2026. Malay. 20036 348