“Selamat dalam Api,” Friend, Okt. 2026, 46–48.
Pesanan Bulanan Friend, Oktober 2026
Selamat dalam Api
Raja Nebukadnezar telah membina sebuah patung emas besar dan memaksa rakyat untuk menyembahnya. Jika mereka enggan melakukannya, mereka akan dilemparkan ke dalam satu relau api.
Sadrakh, Mesakh, dan Abednego mengasihi Tuhan dan tidak mahu menyembah tuhan palsu raja.
Tiga sekawan ini memberitahu raja bahawa mereka hanya akan menyembah Tuhan. Mereka percaya Tuhan akan melindungi mereka. Namun jika Tuhan tidak menyelamatkan mereka, mereka akan mempertahankan apa yang mereka percaya.
Raja menjadi marah. Dia mengarahkan mereka dilemparkan ke dalam relau api. Tetapi apabila raja melihat ke dalam relau itu, dia terperanjat untuk melihat seorang makhluk syurgawi di dalam api bersama tiga lelaki itu.
Raja memanggil Sadrakh, Mesakh, dan Abednego, dan mereka melangkah keluar dari relau itu. Api itu langsung tidak menyentuh baju atau mencederakan mereka.
Sadrakh, Mesakh, dan Abednego mematuhi perintah-perintah Tuhan, bahkan ketika nyawa mereka dalam ancaman. Teladan mereka membantu raja untuk mempercayai Tuhan.
Halaman Mewarna
Para Nabi Dipanggil untuk Menyampaikan Firman Tuhan
Ilustrasi oleh Audrey Day. Boleh disalin untuk kegunaan Gereja sahaja.
Bagaimanakah anda mengikuti nabi?
© 2026 by Intellectual Reserve, Inc. All rights reserved. Dicetak di AS. Kelulusan bahasa Inggeris: 6/19. Kelulusan terjemahan: 6/19. Terjemahan Monthly Friend Message, October 2026. Malay. 20061 348