2022
Yesaya Mengajar tentang Yesus Kristus
September 2022


“Yesaya Mengajar tentang Yesus Kristus”, Pesanan Bulanan Friend, September 2022

“Yesaya Mengajar tentang Yesus Kristus”

Pesanan Bulanan Friend, September 2022

Yesaya Mengajar tentang Yesus Kristus

Imej
Yesaya menulis

Ilustrasi daripada Apryl Stott

Yesaya ialah seorang nabi. Dia hidup sebelum Yesus Kristus dilahirkan. Namun, dia tahu Yesus akan datang.

Imej
Yesaya berucap

Yesaya mengatakan bahawa Yesus akan dilahirkan sebagai Putera Tuhan. Yesus akan membantu dan menyembuhkan orang lain.

Imej
Yusuf, Maria dan bayi Yesus

Yesaya juga mengatakan bahawa Yesus akan datang ke bumi. Dia akan digelar Putera Kedamaian. Dia akan mengorbankan nyawa-Nya untuk kita kerana Dia amat mengasihi kita.

Imej
Yesus Kristus yang telah bangkit

Perkara yang diajar oleh Yesaya betul-betul berlaku. Bertahun-tahun kemudian, Yesus datang ke bumi. Dia menunjukkan jalan kepada kita. Dia telah mati dan hidup semula. Dia hidup pada hari ini!

Imej
seorang ibu membaca kepada anak-anaknya tentang Yesus Kristus

Saya boleh belajar tentang Yesus Kristus. Apabila saya mengingati perkara yang telah dilakukan oleh-Nya bagi saya, saya boleh merasa kedamaian dan harapan!

Halaman Mewarna

Saya Boleh Belajar tentang Yesus Kristus

Imej
Yesus Kristus berlutut untuk bercakap dengan seorang wanita

Klik pada gambar untuk memuat turun.

Ilustrasi oleh Apryl Stott

Apakah kisah kegemaran anda tentang Yesus?